Sampai skrg saya dihntui rasa bers4lah sebab saya, kawan2 diberhentikan kerja. Hingga hidvp mereka porak per4nda

Hari ini saya dihantui rasa bersalah. Mungkin rasa bersalah seumur hidup. Saya kerja makan gaji sahaja.

Sektor apa dan bahagian apa, saya rahsiakan. Selama berbelas tahun bekerja, saya bertugas dalam pengurusan projek dan tender.

Senang cerita hal–hal tender atau projek, saya memang banyak pegang rahsia tender atau projek. Risik0 kerja dalam bidang ni adalah cukup mudah terdedah dalam c0rruption dan money game.

Selama bekerja, Alhamdulillah Allah masih jaga diri untuk tidak terjebak dalam c0rruption ini.

Setakat kontraktor cuba cucuk – cucuk untuk cuba nasib tu dah masak sangat dengan permainan mereka. Saya memang tak bagi muka pada kontraktor yang cuba nasib nak cucuk tu. Nasib mereka lah. Ada rezeki mereka, ada la, bukan dengan deal belakang.

Dipendekkan cerita, setelah lama bekerja, Ada lah sorang si mamat (bukan nama sebenar). Ramai yang tahu dia agak kuat makan duit kontraktor, tapi semua ambil langkah biar sahaja.

Saya juga biarkan sahaja. Bagi saya rezeki masing–masing walaupun terlalu obvi0us si mamat ni agak berduit dari orang biasa.

Banyak kontraktor komplen pasal si mamat ni. Mamat ni memang agak c0rrupt lah senang cerita. Saya risau akan ditanya oleh Allah s.w.t di padang mahsyar nanti.

Saya nampak kemungkaran dan ada kuasa untuk buat sesuatu, tapi saya tidak buat apa–apa.

Saya risau saya juga akan diheret sama nanti. Jadi saya mengambil keputvsan untuk melaporkan pada pihak berkuasa (internal affairs) supaya mereka sekadar siasat sahaja.

Tidak sangka rupanya pihak berkuasa korek sehingga lubang cacing.

Internal Affairs Buat per4ngkap, mamat ni kena check mate. Si mamat ni didapati bersalah. Rupa–rupanya nilai k0rupsi / salah laku bernilai jutaan ringgit!

Pada asalnya saya hanya minta siasat sahaja tetapi tidak sangka pihak berkuasa siasat sedalam–dalamnya.

Dalam kes ini, ramai yang terlibat dan main peranan. Kes ini memberi impak besar sehingga organisasi review semula proses sehingga proses sem4kin ketat.

Saya dihantui rasa bersalah. Disebabkan laporan saya tersebut, si mamat dibuang kerja.

Anak bini berg4ntung penuh pada si mamat. Nasib si mamat selepas dibuang kerja saya rahsiakan.

Saya dih4ntui rasa bersalah sebab saya seperti tik4m belakang kawan–kawan sendiri. Hidup anak bini si mamat porak peranda disebabkan saya.

Mana taknya, dah biasa hidup senang, tiba–tiba jadi susah. Mamat dan keluarga hidup susah selepas dibuang kerja.

Saya dih4ntui rasa bersalah sebab niat asal hanya sekadar minta disiasat dengan harapan si mamat bertaubat dan tak buat kerja c0rrupt tu lagi.

Saya dihntui rasa bersalah sebab rentetan siasatan tersebut, ramai juga yang terlibat dan diheret sama. Ada yang dibuang kerja, ada juga yang diturunkan gred gaji dan ada juga hanya sekadar tatatertib sahaja.

Ada staff yang bakal bersara yang terlibat sedikit dalam c0rruption tersebut hilang duit pencen.

Saya dih4ntui rasa bersalah kerana disebabkan siasatan ini, bahagian saya dapat malu. Ramai membawang berkenaan benda ni. Macam viral juga la.

Cuma internal sahaja. Saya dih4ntui rasa bersalah kerana disebabkan kes ini, kerja jadi sem4kin susah.

Saya dah susahkan rakan–rakan sepejabat saya disebabkan proses yang sem4kin ketat ini. Saya rujuk pada para astatizah berkenaan perkara ini.

Tindakan saya dik4takan tindakan yang betul. Tetapi ia tetap tidak dapat hilangkan rasa bersalah sehingga hari ini.

Sehingga hari ini tiada sesiapa tahu bahawa saya adalah punca mereka kant0i besar. Sebelum saya m4ti, saya harap saya m4ti dalam iman, khusnul khotimah dan tiada salah sesama manusia.

Saya biasa minta maaf dengan orang jika saya buat salah, malah jika termengumpat pon saya akan minta maaf.

Tapi hal ini, jika saya luahkan dengan mereka semua yang didakwa tu, saya tak yakin mereka akan maafkan saya.

Saya selalu berdoa kepada Allah semoga saya pergi dalam keadaan yang tenang tanpa rasa bersalah disebabkan kes ini. Semoga confession ini dapat mengubati hati ini. Terima kasih… – Lencai (Bukan nama sebenar)