4thn kahwin isteri tiba2 brubah. Bila saya tegur, dia kata saya penvnggang agama. Saya jumpa sesuatu yang saya tak sangka

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min dan warganet, mohon admin hide profile saya ya. Saya seorang suami dah kahwin selama 11 tahun dengan isteri saya.

Sebelum saya kahwin dengan isteri saya sekarang, saya pernah kahwin dengan rakan baik saya dari tadika.

Kami kenal dari tadika sehingga ke alam kerjaya. Kami kahwin hanya 3 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Namun, j0doh kami tak panjang kerana banyak timbul masalah kewangan dan campur tangan mertua. Selepas bercerai dengan isteri pertama saya.

Saya terjumpa dengan isteri saya sekarang di kedai makan. Memandangkan saya suka makan di kedai tersebut dan isteri saya pekerja kedai itu,

saya mengambil jalan untuk memberikan nombor telefon saya, jika dia berminat dengan duda anak 1, dia akan text saya.

Tak disangka selepas kejadian tersebut, isteri saya mesej saya. Kami kenal 3 – 4 bulan terus kahwin.

Awal kahwin kami bahagia seperti pasangan lain. Saya suka menolong isteri lakukan kerja rumah, pergi masjid sama–sama.

Isteri saya hanya seorang surirumah dan saya seorang pegawai.

Setakat saya hidup bersama dengan dia, segala kelengkapan makan minum pakaian dia semua saya sediakan mengikut kadar kemampuan diri saya. Setakat itu dia masih lagi okay.

Untuk pengetahuan, gaji saya hanya dalam lingkungan RM4000. Selepas 4 tahun berkahwin, kami dikurniakan seorang anak perempuan.

Bermula daripada itu, sikap isteri saya sem4kin berubah, cepat marah, m4ki hamun saya, merendahkan saya, selalu minta cerai tanpa sebab munasabah, meIawan cakap saya, tinggalkan saya di rumah sendiri dan dia pulang ke rumah ibu dia tanpa izin saya.

Dia sering berkongsi di media sosiaI berkenaan suami dayus atau bab nafkah zahir.

Setiap bulan saya ada beri dia nafkah mengikut kadar kemampuan saya sebanyak RM600. Segala bayaran kereta, rumah, bil, makanan, hal anak semua saya uruskan sendiri.

Masalahnya sekarang saya sentiasa sabar dengan karenah isteri saya di mana dia banyak mengaibkan saya di media sosiaI dan juga rakan serta keluarga dia sehingga menyebabkan saya kurang rapat dengan keluarga dia.

Saya tak tahu di mana silap saya. Apabila g4duh saya banyak diam ketika dia m4ki hamun saya dan sebagainya.

Segala suruhan saya kepada dia berkenaan agama semua dia tolak contoh saya menyuruh dia memakai lengan panjang ketika keluar rumah untuk buang sampah,

Dia endahkan saya. Saya minta dia memakai tudung lengkap ketika bersembang dengan jiran, jangan memakai tuala, dia endahkan saya.

Dia memanggil saya dayus dan penunggang agama. Cerita bab hubungan suami isteri, dia sering tidak melakukan tanggungjawab dia sebagai isteri.

Jika saya minta, dia akan member0ntak dan m4ki hamun saya menyebabkan saya tiada mood dan tawar hati kepada dia.

Selain daripada tu, saya juga tahu dia ada mengamalkan amalan yang amat k3ji iaitu menyih1rkan orang.

Barang sìh1r saya jumpa sendiri di dalam rumah saya. Dengan siapa saya rapat atau ada rakan sekerja perempuan yang menyebabkan dia cemburu buta,

dia akan cuba menyih1r rakan saya tersebut, memfitnah dan meny3rang rakan wanita sekerja saya sedangkan kami tiada apa–apa.

Dah hampir setahun saya tidak menyentuh dia, tidak tidur sekatil dengan dia. Ini kerana saya banyak s4kit hati dengan sikapnya.

Jika saya tegur kesalahan dia atau cuba untuk perbaiki hubungan kami ke arah lebih baik, dia akan meronta–ronta, m4ki saya, m4ki anak–anak, berkasar dengan saya, memberontak dan kata saya penunggang agama.

Saya buntu nak buat apa. Saya memang tawar hati dengan dia. Dia minta cerai dengan saya dari 8 tahun yang lepas.

Saya kurang berkomunikasi dengan dia sebab saya balik kerja, dia hanya duduk dalam bilik dan abaikan saya.

Dia tidak menyediakan pakaian dan makan minum saya, masak pun tidak. Hanya masak kepada dia dan anak, jadi saya terp4ksa membeli makanan untuk saya sebelum pulang ke rumah.

Baru–baru ini kami bertengk4r dan dia minta cerai, dia mengatakan ingin tuntut semua nafkah yang dia boleh tuntut.

Saya menyuruh dia mohon ke mahkamah jika benar ingin berpisah kerana dia mengatakan juga ada lelaki lagi baik hendak menjaga dia dengan baik.

Saya amat kecil hati seolah–olah peng0rbanan saya selama ini sia–sia.

Tetapi dia taknak mohon mahkamah, dia menyuruh saya lafaz luar mahkamah.

Akibat tawar hati dan s4kit hati saya menyebabkan saya taknak lepaskan dia di luar mahkamah kerana dia akan tuntut semua nafkah dan nak kan duit saya sahaja.

Saya sayangkan anak saya sebab tu saya tak lepaskan dia dan kesiankan anak nanti. Saya buntu. Jahat sangat ke saya sampai dilakukan seperti ini.

Saya tidak pernah mengangkat tangan memukuI dia, marah pun tidak, hanya tegur jika ada salah di mana–mana kerana dia panas baran meIampau dan suka menc4rut sehingga kepada anak pun dia menc4rut jika anak tertumpahkan nasi ke lantai.

Jika rakan–rakan mempunyai pandangan dan pendapat, sila kemukakan dengan tulus hati.

Saya tak tahu nak buat macam mana dah saya memang dah takde hati dengan dia. Jika ada peguam syarie di dalam ini,

sila komen no.Telefon anda untuk saya menghubungi berkenaan cerai di luar mahkamah dan kesannya atau mem4ksa isteri memohon ke mahkamah untuk cerai. Terima kasih admin.