Aku cuba cool tp r4bak bekeccai h4ti aku dgr pengakuan suami. Dia nak ceerai sbb rasa diri dia k0tor sangat

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Nana (bukan nama sebenar), umur lewat 20-an.

Aku sengaja try hantar ni, kalau lepas, alhamdulillah. Kalau tak, takpe lah. At least admin baca sudah lah, takde la aku kecewa sangat.

Aku dah kahwin. Dah cerai, dah rujuk. Dan bakal diceraikan lagi sekali. Kalau nak tanya apa aku rasa sekarang ni? Tak tahu nak rasa apa dah. Kosong.

Kami kahwin, suka sama suka. Kami bercinta sebelum kahwin. Tapi tak lama. Dalam beberapa bulan je.

Kemudian kami terus kahwin. Ketika tu semuanya berjalan lancar, jadi dalam hati ak, ‘oh maybe he’s the one’.

Aku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari. Dan aku tak ada payung. Nice. Kami memang ok sangat masa awal–awal kahwin.

Kalau dalam instagram pun, member–member tak larat comment bersemut manjang. Tapi benda tu tak lama. M4kin hari aku rasa suami aku m4kin hilang.

Dia dengan aku tapi jiwa dia entah ke mana. Jadi secara normalnya, sebagai isteri akan ada naluri yang mesti ada sesuatu yang tak kena.

Rasa tak sedap satu macam. Mula dari tu, aku dah start ajak dia bincang. Selalu–selalu tanya, ada masalah ke? Ada orang lain? Ada buat salah ke?

Ada dengar apa–apa dari sesiapa ke? Tapi semua soalan aku, dibiarkan sepi. Tak nak bincang lansung.

Start aku tanya soalan macam–macam. Dia start pergi kerja sesubuh subuh dan balik lewat malam. Padahal dia kerja office hour.

Dan tempat kerja dia hanya 15 minit je dari rumah kami. Dan benda tu pun berlalu beberapa bulan, aku makan hati berulam jantung, dia tetap tak ade perasaan.

Aku mula minta tolong masa ni. Minta tolong Allah sangat–sangat. Hari-hari aku doa dan sedekahkan dia alfatihah, supaya lembut hati.

Memang nampak ada yang tak kena, tapi dia tak nak langsung berbincang. Dan alhamdulilah, Allah dengar doa aku. Allah lembutkan hati dia.

Satu hari, dia nak berbincang. Aku cuba untuk cool dan cakap, ‘If you’re with someone else, just let me know okay? It’s okay untuk jujur, i promise i tak akan marah.’

then there you go. Dia pun start confession dia dengan, ‘Ye, betul, hati i ada pada ada orang lain, you kenal dia, i dah tidur dengan dia.’

Gelap. R4bak. Banjir. H4ncur berkec4i. Masa aku taip ni pun sebak giIa, walhal benda tu dah lama. Masih terngiang–ngiang tiap–tiap patah yang dia ucap malam tu.

Allahuakbar lembik lutut aku masa tu. Tapi aku cuba untuk kuat (dan b0doh) untuk marriage aku, aku cakap ‘it’s okay, cari Allah.

We can fix this together’. Sekali lagi aku h4ncur, dia menolak. Dia cakap dia nak berpisah je, sebab rasa kotor sangat.

Untuk pendekkan cerita, Dia ceraikan aku di mahkamah January haritu. Dalam keadaan aku sayang sangat pada dia.

Aku dah try hulurkan peluang kedua, ditolaknya mentah–mentah. Dalam tempoh iddah. Tak ade kata maaf. Tak ade pujuk rayu.

Tak ade bersua muka untuk bincang. Dia jumpa family aku pun, senyum–senyum je. Macam tak salah apa.

Pelik tapi benar. Tak ade common sense. Tapi masa seminggu lagi nak habis iddah, dia rujuk aku thru phone call. Aku macam nak b4ntai m4ki je masa tu.

Sebab sorry tak ade, pujuk tak ade, tetiba kau rujuk? Eh ingat aku tiang letrik?

Tapi dalam keadaan aku sayang lagi kat dia dan tu memang apa yang sebenarnya aku harapkan dari dia. Aku happy, aku bersyukur sangat–sangat malam tu. Sayang seribu kali sayang.

Rujuk pun main–main je kot. Dia rujuk tapi tak jejak–jejak kaki kat rumah (sebelum kami berpisah, dia keluar menyewa kat luar dengan alasan dia perIukan ruang.

Walhal dia berseronok acah-acah bujang kat luar). Selepas 53 hari lepas rujuk, baru balik rumah. Macam–macam alasan dia bagi bila aku tanya bila nak balik.

Last–last dia b4ntai ayat ni kat aku, ‘you kalau p4ksa i, you tak akan dapat i.’

Dah tu buat apa jadi suami, kalau tak reti balik jaga bini kat rumah? Kenapa lah ada orang ceIaka macam ni wujud?

Lepas dia balik rumah 6 hari, dia pergi tinggalkan aku sendiri lagi. Dia balik rumah parents dia dengan alasan nak balik beraya.

Dia keluar rumah lagi sekali, tinggalkan aku masa aku pergi kerja. Tanpa cakap apa–apa. Masa tu aku dah start rasa, dia ni buang masa. Dia ni giIa.

Saya rasa cukuplah dengan permainan ni. Raya pun tak ade fikir tentang aku, tak ade tanya apa–apa, aku raya macam mana, aku raya kat mana.

Dia enjoy raya macam orang bujang, macam tak ade apa yang berlaku. GiIa. Start raya lah, aku mula buka mata. Aku mula sedar.

Aku mula fikir diri sendiri. Aku tawar hati. Aku mula susun satu satu hidup aku. Aku mula bangun untuk diri aku.

Aku cuba selamatkan diri aku. Aku cuba rawat diri aku. Aku mula tolong diri aku. Aku start balik semua dari zero.

Alhamdulilah sekarang aku lebih tenang. Aku dah boleh senyum dalam perit. Aku k0rban segala galanya untuk dapatkan balik diri aku.

Aku dapat restu parents dan family aku. Aku try dapatkan balik apa yang aku hilang sejak kenal dia.

Aku masih berusaha dapatkan balik diri aku, doakan aku. Masih panjang perjalanan aku. Aku jalan terus, tak nak pandang belakang lagi.

Doakan aku berjaya dunia dan akhir4t, doakan urusan aku dan dia dipermudahkan, sebab dah tiada lagi rasa cinta.

Pesanan dari aku buat semua, takde siapa boleh tolong kita, Allah je boleh tolong. Mintak kat Allah. Aku yakin the power of doa.

Aku doa, dapat. Aku doa, dapat. Allahuakbar, Allah Maha Besar. Jadilah lelaki yang bertanggungjawab dengan apa yang awak buat.

Kalau dah kahwin, takyah acah–acah solo. Kalau betul nak poIigami, belajar bagi habis. Then silakan.

Kahwin cerai bukan benda remeh. Fikir betul–betul. Jangan tunggang agama. Once a cheater, dia akan temberang lagi takyah tunggu, sila chaw derrrr.

Perempuan, nak taat boleh, jangan b0doh macam aku. Solo ke dah kahwin ke, tak payah la eh kacau rumahtangga orang, okay?

Dear ladies, sebelum kahwin, shop around dulu okay? ‘Perempuan yang paling maIang adalah perempuan yang salah pilih suami’. – Nana