Hanya sbb itu ak membnci ibu. Aku tahu ibu s4kit tapi aku xnak pergi ziarah. Adik pesan ibu nk jumpa ak hingga la dpt berita ibu dah xde

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum, utama sekali, terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan, jika tidak, terima kasih juga kerana sudi membaca.

Hari ni hati aku h4ncur kerana keeg0an aku suatu hari yang lalu. Tangisan tidak dapat mengembalikan dia yang sudah pergi.

Aku rindu, jadi, aku ingin berkongsi. Aku ada 10 adik beradik, aku yang paling sulung, dan aku dan adik yang di bawah aku diberikan pada keluarga angkat oleh ibu.

Ibu lahirkan aku masa umur dia 21 tahun, dia serahkan kami kerana dia tak mampu menjaga kami.

Tak lama lepas tu, ibu berkahwin lagi, tapi suami ibu yang baru ni, bukan seorang suami yang baik.

Dengan suami yang baru, ibu ada lagi 8 orang anak, 2 ‘simpan’, lagi 6, ibu jaga tanpa bantuan suami. Hidup ibu susah. Aku pernah sekali menjenguk ibu di rumah lamanya, masa tu, umur aku 12 tahun.

Aku dibawa oleh keluarga angkat aku. Seingat aku, rumah tu besar, rumah papan, atap bocor, adik – adik keluar mencari tin kosong untuk dijual.

Masa tu aku tak faham sangat, cuma yang aku faham, itu ibu kandung aku dan dia hidup susah.

Selain dari memori tu, aku tak pasti umur aku berapa, tapi yang aku ingat, ibu masakkan aku ketam masak lemak cili api, ibu suapkan aku makan.

Mungkin ini salah satu sebab kenapa aku suka ketam sangat yang aku baru perasan sekarang.

Sepanjang hidup aku, tak pernah aku dengar perkara yang baik tentang ibu. Hinggalah aku sudah mulai faham kenapa ibu buat ‘hal’.

Aku selalu ingatkan diri aku yang ibu jadi begitu adalah kerana mereka. Aku mendewasakan diri aku sendiri melalui pengalaman hidup yang mungkin tidak jauh daripada apa yang ibu lalui.

Aku mengalami Maj0r depr3ssive dis0rder yang menyebabkan keberg4ntungan aku pada ubat. Percayalah ibu, walau apa pon yang mereka perkatakan tentang ibu, sikit pon akak tak percaya.

Aku selalu membayangkan, macam mana kalau ibu yang jaga dan besarkan aku, aku tak perlu lalui keperitan hidup macam ni.

Kenapa ibu beri aku pada orang. Dan ya, ada sampai satu tahap, aku marah ibu kerana memberikan aku pada orang, tapi, tapi aku tak pernah benci ibu.

Mungkin kerana aku tak faham dan aku tidak dapat penjelasan sepenuhnya daripada ibu sendiri melainkan penceritaan orang di keliling aku.

Ibu pernah sekali balik beraya bersama aku, tapi disebabkan aku tidak dibesarkan oleh dia, jadi perasaan sayang tu non-existence?

Atau mungkin ada, cuma hanya kepada sebagai hubungan ibu dan anak? Wallahualam. Tapi aku seronok sebab aku ada adik–adik.

Kemudian pada satu hari, aku berg4duh dengan ibu. Aku bukan cari g4duh, tapi cuma menasihatkan dia. Bukan tempat aku untuk menasihati dia, maafkan aku ibu.

Kerana kejadian ‘g4duh’ tu la, aku tak keluar beraya bersama dia bila dia datang dengan adik- adik.

Aku eg0.. maafkan aku ibu, maafkan akak adik–adik. Itu semua cerita lama, masa Allah bagi aku peluang untuk bersama ibu dan adik–adik. Tapi aku tak sedar.

Aku selalu rasa yang masa tu panjang lagi, tapi dalam aku tak sedar, sebenarnya, masa tu singkat je..

Beberapa bulan lepas, aku ada terserempak adik perempuan aku kat hospitaI, dia ada kata ibu nak jumpa aku untuk jelaskan apa yang berlaku.

Memang aku berniat nak jumpa ibu, tetapi keadaan pandemik sekarang membataskan pergerakkan.

Aku ingat lepas habis PKP or whatever it is, memang aku nak jumpa ibu.

Then masa terus berjalan, aku dapat berita ibu masuk hospitaI, hospitaI tempat aku berjumpa ps1kiatri aku. Ibu kena warded disebabkan buah pinggangnya yang membengk4k.

Lama juga dia diwardedkan. Ada 1 haritu, aku berada di hospitaI, hati aku kuat suruh aku naik dan jumpa ibu, tapi otak aku ni b0doh, dia tak mahu.

Jadi aku terus batalkan niat aku dan balik. Bulan 8, penyudah segalanya. Satu pagi, aku dapat panggiIan dari nombor yang aku tak kenal.

Selalunya, aku tak akan jawab, tapi pagi tu, aku jawab adik perempuan aku menangis cakap jantung ibu aku terhenti dan doktor akan cuba 30 minit untuk cuba selamatkan dia.

Aku duduk depan handphone aku menunggu panggiIan adik aku mengharapkan berita baik, tapi Allah.. Allah sebaik perancang, ibu disahkan meninggaI pada 8 Ogos 2021, jam 10 pagi.

Masa tu, aku rasa bagaikan hilang nafas. Aku meraung sekuat hati aku. Jantung aku berdebar laju, nafas aku tersekat–sekat. Allah, Allah, Allah.

Hari tu aku tidak ke hospitaI sebab pihak hospitaI perlu melakukan c0vid test dan keputvsan akan keluar dalam tempoh 24 jam.

Masa tu, setiap masa mulut aku kumat kamit berdoakan semoga aku dapat civm ibu buat kali terakhir.

Alhamdulillah, kurang dari 24 jam, adik perempuan aku call dan beritahu boleh ambil jen4zah ibu. Aku sampai di hospitaI selepas Isyak.

Ada adik–adik aku 5 orang menunggu sama. Aku agak kekok pada mula sebab masing- masing dah besar. Kali terakhir aku jumpa mereka masa mereka masih kecil.

2 jam kami menunggu. Alhamdulillah, van jen4zah sampai dan ibu dibawa ke Masjid malam tu juga.

Ibu nampak macam orang sedang tidur lena, nyenyak sungguh. Aku tak menangis sedikit pon, mungkin kerana ibu berada di depan mata aku.

Ibu dikebumikan esok, jadi malam tu, aku balik dulu. Esok paginya, aku sudah sampai di Masjid.

Ada adik–adik yang duduk menjaga ibu sepanjang malam. Terima kasih adik.. setelah semua bersiap, aku dan adik perempuan aku dipanggil untuk sama – sama mandikan jen4zah ibu.

Jantung aku berdegup laju dan sedikit rasa takut, tapi aku gagahkan juga.

Tukang mandi jen4zah memberi arahan pada kami. Masa mandi tu, aku lihat muka dia puas–puas.

Dalam hati aku berkata, “inilah tangan yang menyambut aku ketika aku dilahirkan..”, “ini bibir yang mencium dahi aku..” dan “ini kaki yang gagah menggendong aku 9 bulan di dalam rahimnya..” dan, “dan aku, aku penghuni rahimmu yang pertama ibu..”

Aku ditegur kerana menangis, maaf, tapi aku tak mampu menahan lagi. Mandikan ibu sangat mudah.

Masa aku dan adik bedakkan muka ibu, ibu nampak seperti sedang senyum mungkin hanya aku sahaja yang merasa macam tu, wallahualam.

Tapi, bersihnya ibu, wanginya ibu Ya Allah.. Kemudian ibu disembahyangkan, kami adik–beradik mencium ibu buat kali terakhir. Sejuk, bersihnya wajah ibu.

Kemudian ibu dibawa ke tempat persemadiannya yang terakhir. Sebelum dibawa pergi, aku berpesan pada adik–adik lelaki untuk bawa ibu turun, dan Alhamdulillah, semua dipermudahkan.

Terima kasih Ya Allah.. aku tak dapat tengok ibu dibawa turun sebab perempuan tidak dibenarkan masuk.

Tapi sebaik aku sampai di rumah, aku dimaklumkan bahawa penggali kubvr kata kubvr ibu berbau harum.. Allahuakhbar!

Sampai di sini sahaja. Aku minta maaf sekiranya ada kekurangan dalam bahasa dan penceritaan aku.

Pada adik-adikku, terima kasih kerana menjaga ibu, terima kasih kerana bersusah senang bersama ibu, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi ibu.

Semoga Allah baIas jasa kebaikkan kalian pada ibu. Aamiin. Kepada pembaca, terima kasih kerana sudi membaca. Semoga kalian sentiasa menyayangi ibu bapa kalian, jangan pernah eg0 dan terlalu mengikut kata hati.

Berg4duh, kecil hati macam mana pon, baliklah, jumpa mereka, berbuat baik pada mereka sementara mereka masih ada.

Ibu kandung, ayah kandung, ibu angkat, ayah angkat, mak tiri, ayah tiri, mak cik, pak cik, adik beradik, doesn’t matter, siapa pon, berbuat baiklah selalu, supaya tiada penyesalan apabila mereka sudah pergi.

Aku hanya mampu kirim doa pada ibu, semoga Allah ampunkan d0sa-d0sa ibu dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh.. aamiin.. – Siti (Bukan nama sebenar)