Isteri selalu hantar anak2 pi mengaji lewat malam, skali anak bgtau ‘ustaz’ selalu ambik diorg blk sekolah

#Foto sekadar hiasan. Admin tolong hide profile aku. Aku cuma nak luahkan. Pada mulanya aku bahagia dah selama 8 tahun ni berumahtangga bersama isteri aku yang tercinta. Dikurniakan dengan 2 orang anak perempuan.

Semuanya bermula dari rumah mertua yang kurang pr1vasi aku bawa isteri dan anak aku berpindah rumah berhampiran rumah mertua.

Aku ren0vate rumah tu hampir 250k termasuk perabot dan kelengkapan. Kami bahagia selama 3 tahun di rumah tu.

Isteri aku seorang surirumah tangga segalanya aku berk0rban kerana sayangkan dia dan anak2.

R4njau kehidupan berumahtangga biasalah asam garam ada pasang surut, g4duh, masam, em0si semua aku hadap dengan tenang.

Tapi asal bila g4duh ke merajuk, tiba2 mak ayah isteri aku datang ambil isteri aku dengan anak2 bawa balik rumah mertua aku.

Sedangkan apa salah aku sebagai suami menegur sesuatu untuk kebaikan. Bukannya aku marah bentak2, naik tangan dan kaki pon.

Aku tak pernah meny4kitkan isteri dan anak2 aku apatah lagi Iempang, naik kaki menced3rakan semua tu.

Walaupon aku ni lelaki ada sifat baran tapi bertempat. Sebab aku sayang anak2 dan isteri aku.

Aku memang sibuk siang malam dengan kerja cari rezeki bawa pulang untuk mereka, beri mereka segalanya.

Aku dahuIukan mereka semampu secukupnya untuk mereka dan memang mulanya dia pun faham dari mula kahwin dengan situasi kerja aku balik lewat.

Tapi segalanya mula berubah pada tahun 2020, masa covid aku lihat isteri aku mula menunjukkan tanda2 em0si dan bersikap dingin dengan aku dan anak2.

Dan masa tu pun aku sibuk dengan kerja kontrak buat dua buah rumah sewa mertua aku di sebeIah rumah mertua aku.

Dia cakap dia faham dengan situasi aku yang aku tak boleh bagi dia nafkah batin dalam masa tu sebab ada masalah k3ncing k0tor.

Dan aku pun berubat sehingga sembuh pada awal tahun 2021. Ceritanya selepas siap rumah sewa tu ada penyewa masuk dua2 rumah tu status bujang yang berstatus ustaz tahfiz umurnya muda setahun dari isteri aku.

Dan aku pelik bila isteri aku selalu hantar anak2 ke rumah ustaz tu dengan alasan untuk hantar anak2 belajar mengaji sehingga lewat malam.

Tapi bila habis mengaji kerap kali balik tidur di rumah mak dia. Alasan dia, anak2 dah penat nak tidur rumah nenek dia.

Dan aku kat rumah selalu kesorangan menunggu dia pulang. Kerap kali terjadinya benda ni dan selalu kerap dingin dengan aku terlintas kat dalam hati aku ada sesuatu yang dia buat yang isteri aku membelakangi aku.

Jadi aku tanya ada masalah atau tak puas hati ke, marah, aku mohon terus terang. Tapi isteri aku eg0 tak nak beritahu hal sebenar dan sembunyikan sesuatu.

Sehingga la aku ditinggalkan di rumah bulan puasa ni dah 3 minggu aku dibiarkan kesorangan dan isteri aku tidak ambik peduli pun pasal aku.

Jadi aku pergi ke rumah mertua aku untuk bincang pasal isteri aku. Ternyata tetiba isteri aku berubah per4ngainya 360 darjah.

Keras hati dan tawar hati dengan aku, dia marah2 aku tapi tak macam selalu dia cakap. Seolah–olah ada yang mengawal dia.

Tak nak ikut aku balik malah aku dih1na depan mak ayah dia. Alasan aku ni sibuk kerja dan dituduhnya aku ni pulak ada perempuan simpanan. Tapi aku paham sebab dia ni dari awal kecil memang anak mak dan manja dengan mak mertua.

Sikit-skit emak dia backup. Jadi, aku tertanya tanya apa yang dia nak. Alasannya dia kata aku sibuk kerja.

Selama ni aku kerja aku tak pernah lupa tanggungjawab segala–galanya makan pakai, bil–bil segala–galanya aku tanggung.

Tanggungjawab dia cuma pikir jaga rumah, anak, masak dan kemas rumah ambil hantar anak sekolah.

Tapi aku tak p4ksa pon selalu masak dan kemas rumah. Makan pon selalu order kedai tapi bila aku rasa sesuatu macam dia berubah hati macam dia tak jujur dengan aku.

Aku selidik siasat dengan anak2 aku rupanya anak2 aku bagitahu seorang ustaz yang mengajar ngaji anak aku selalu rapat dengan isteri aku.

Sehinggakan aku tengah sibuk dengan kerja anak2 aku balik sekolah pun ustaz tu ambil anak2 aku kat sekolah tanpa pengetahuan aku.

Aku tak boleh tahan sabar bila dia cakap taw4r hati dan tak nak balik rumah. Semunya tentang kejujuran.

Aku tak boleh tahan sabar. Aku ambil keputvsan pergi centre p0tong line telepon isteri aku sebab line yang dia pakai nombor tu daftar atas nama aku.

Kemudian aku buat simkad baru aku pasang kat phone lama aku. Satu hari aku download whatsapp atas akaun gmail isteri sungguh luIuh hati aku bila aku tengok baca perbualan wassap isteri dengan ustad tu siap bersayang-sayang.

H4ncur hati aku tergamak dia menipu aku. Bila aku dah tahu aku terus pegi rumah dia jumpa sendiri ustaz tu kemudian ustaz tu dan isteri aku sendiri mengaku diorang ada hubungan belakang aku. Mak bapa mertua aku langsung tak mahu bercakap dan komen pasal hal ni.

Seolah–olah membenarkan apa saja anak kesayangan dia buat macam nak tukar menantu macam tukar baju.

Aku tak tau apa lagi yang diorang buat belakang aku seolah macam ade ilmu guna2 yang dipakai oleh ustad tu.

Aku rasa diani4ya, dia tak jujur dgn aku. Bulan puasa pulak tu. Aku terus pegi balai buat report polis.

Sekarang aku ikut saluran undang2 dan aku tak sanggup lihat orang yang aku percaya sanggup buat benda terkutuk ni belakang aku.

Aku ditipu hidup2. Aku tak redha apa yang diorang buat belakang aku. Aku cuma sayangkan anak2 aku.

Aku curiga bila aku pernah lihat sendiri anak2 perempuan aku dipeIuk civm dengan ustaz tu. Aku risau.

Tapi bila aku nak ambil anak2 bawa balik, mertua dengan isteri aku berkeras. Cuma aku tak sangka selama aku sibuk cari duit kerja keras rupanya ada duri dalam daging yang menghasut dan mengg0da isteri aku sehinggakan dir4cun pemikiran isteri aku dan mertua aku sampai bini aku sy0k sangat dengan ustaz tu.

Buat benda h4ram belakang aku. Aku tak nak hadap lagi pengani4yaan ni. Aku balik umah mak ayah aku.

Tak sanggup duduk sorang2 lagi kat rumah sendiri. Biar undang2 yang tentukan selepas ni.

Apa2 pun aku dah tak nak pikir sebab dah jadi kes polis dan aku dah mengadu dengan pejabat agama.

Kalau di dunia ni mereka terlepas. Kat akhir4t nanti lebih az4b mereka tanggung. Aku dah lama bersabar.

Walaupun mereka bahagia buat benda terIarang belakang aku. Tapi aku yakin Allah akan turunkan baIa pada mereka yang mer0sakkan rumahtangga aku.

Aku cuma nak pesan korang jangan lihat luaran pemakaian dan title sahaja korang terus pecaya bulat2.

Hati–hatilah semoga Allah menurunkan az4b dan pengajaran yang lebih d4hsyat disebabkan apa yang mereka buat belakang aku. Aminn.