K.Ngah ak ni cntik sopan ramai peminat. Dia sgt benci wanita per4mpas, tiba2 kami dpt tahu dia kahwin dgn laki org di Siam

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, sejujurnya aku ragu – ragu, nak tulis ke tidak cerita ini. Beberapa tahun yang lalu, kakak aku.. Ya.. Kakak aku yang kedua berkahwin lari di siam.

Ketika kami tahu, ibu ayah aku diberi kekuatan luar biasa untuk memaafkan kerana ketika dia pulang dia telah pun mempunyai seorang anak.

Kakak aku bukan lah orang yang biasa, dia berpendidikan tinggi, cantik dan memang bijak. Lembut pula tu. Memang kami tidak menyangka dia akan melakukan perkara ini.

Tambahan pula, kami dapat tahu dia berkahwin dengan suami orang dan akhirnya mereka suami isteri bercerai kerana isteri (dulu) suami kakak aku, tidak mahu bermadu.

(Yang ini kami tidak pasti, mereka bercerai dahulu sebelum berkahwin dengan kakak aku atau, berkahwin dahulu sebelum bercerai). Terasa lekat di kerongkong ingin mem4ki kak ngah.

Selama ini dia men3ntang poIigami. Mengkritik siapa–siapa yang berkahwin dengan suami orang, tapi kini dia yang melakukan.

Hairan sungguh hairan. Jika ada perkara–perkara kecil yang aku tidak setuju dengan dia (berg4duh), aku cepat mem4ki kak ngah aku sebagai per4mpas, tidak tahu malu, terdesak, sanggup mengani4ya orang lain.

Walaupun perg4duhan itu berkaitan jiran, atau adap aku pada kawan–kawan yang ditegur oleh kakak aku. (kakak aku memang sopan orangnya)

Aku masih ingat, kak ngah aku ini kerap kali gagal dalam percintaan mereka.

Kadang–kadang dit3ntang dari pihak keluarga kami, kadang–kadang dit3ntang dari pihak lelaki, kerana ketika itu, kakak aku tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Kak ngah ini manja orangnya. Memang kerap kali suami orang suka kan dia, Pernah dipinang oleh suami orang yang memang kaya,

tapi ditolak mentah oleh kak ngah kerana memang prinsipnya tidak mahu menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.

Satu hari di usianya yang agak menghampiri 30an, dia putvs cinta lagi. Kami tidak nampak dia menangis, tidak setitik pun.

Tetapi, dia jadi pendiam, sering terjaga di tengah malam, bangun dan bertahajut. Aku bawa dia bercuti, tetapi dia seperti kemurungan, walau diusik teman–teman aku dia tidak memberi respon.

Tapi dia tidak pernah menangis. Satu hari seorang lelaki datang dan ingin berkahwin dengannya. Lelaki itu kelihatan baik, kerap sekali datang ke rumah.

Kak ngah? Dia kelihatan begitu jatuh cinta, tidak sabar bekahwin. Ibu menyelidik, dan mendapati, dia telah pun berkahwin dan mempunyai anak.

Seharusnya ibu men3ntang dengan keras. Bukan sahaja ibu, bahkan seluruh keluarga, makcik, pakcik, nenek, atok. Semuanya.

Kak ngah diam, kami fikir, setelah kami beramai–ramai men3ntangnya, dia berfikir dan bersetuju. Diam–diam dia berkahwin di siam.

Bertahun dia kahwin kami tidak sedar, cuma. Kami perasan, dia jarang balik kampung selepas itu.

Bertahun akhirnya kami dapat tahu berita ini, marah pun tiada guna. Dia pulang. Suaminya? Baik–baik sahaja orangnya. Normal…

Tidaklah pelik. Kehidupan mereka bahagia sekali (normal). Setelah bertahun, aku telah dapat terima, aku bertanya pada kak ngah, kenapa dia meIanggar prinsipnya.

Dia berkata sehingga kini, dia masih tidak pasti kenapa dia boleh jatuh cinta dengan suaminya ketika itu.

Tapi dia rase ketika itu dia sebenarnya kemurungan yang sangat teruk. Sehingga tidak mampu menangis dan bersedih.

Dia tidak bercerita pada orang, dia mahu lari dari dunia, sehingga dia bertemu dengan suaminya kini.

Tiba–tiba sahaja dia sanggup kahwin lari. MeninggaIkan dan mengecewakan ramai orang. Jika aku sebut saat aku bawa dia berjalan ke hulu hilir bercuti, dia memang tidak dapat ingat memori itu.

Aku dapat simpulkan yang em0si dia ketika itu begitu h4ncur dan akhirnya jatuh cinta pada abang ipar aku sekarang.

Aku percaya, saat wanita senang dim4nipulasi, adalah ketika em0sinya tidak stabil. Mungkin juga j0doh mereka, aku tak mampu nak ulas.. Aku aIergik bab itu. Sekian. – Rose latipa (Bukan nama sebenar)