Di usia 18 tahun ak sebatang kara menyara adikku yg masih kecil. Kakak tinggalkan kami slps dip4ksa kahwin oleh keluarga arw4h ayah.

#Foto sekadar hiasan. 2011. Hari yang bersejarah dalam hidup aku. Orang tua aku meninggaI di saat aku meningkat menjadi remaja.

Tinggallah kami 3 adik beradik. Along, angah dan adik yang berusia 2 tahun. Allah.. kami reb4h pada siapa lagi kami nak berteduh.

Selepas pengebvmian, keluarga sebeIah ayah berbincang untuk mengambil kami di bawah jagaan mereka.

Bukan tidak syukur tapi kami tahu itu hanya bersebab, ada udang sebalik tu. Keluarga mak dah tak ada dia anak tunggal.

3 bulan masih meratapi pemergian orang yang tersayang. Kakak baru selesai mengambil peperiksaan SPM.

Aku masih di tingkatan 4 dengan tidak dijangka keluarga ayah telah membuat keputvsan untuk menj0dohkan kakak dengan pilihan mereka atas dasar menjaga maru4h dia.

Iya, kakak seorang yang cantik ada rupa dan digiIai ramai lelaki. Mahu atau tidak dia kena terima. Bermula episod air mata.

Kami tak mampu untuk menghaIang. Hari pertunangan m4kin tiba kakak sem4kin resah. Pertunangan mereka berjaya dilangsungkan.

2012. Sepatutnya tahun ni aku mengambil SPM. Tapi disebabkan masalah peribadi ketika itu aku terp4ksa melupakan hasrat tersebut.

Kakak membawa kami keluar dari rumah ner4ka. Atas bantuan Fariz, kekasih kakak yang tak direstui.

Kami dapat menyewa rumah dengan pendahuluan dibayar olehnya. Sungguh mulia hatimu abang Fariz. Dia berjanji untuk menjaga kami sehingga dewasa.

Aku merasa tenang dan bersyukur sekiranya kakak dapat bernikah dengan Fariz.

Bolehlah kami menumpang kasih seorang abang. Kakak mendapat kerja berdekatan memandang keputvsan SPM belom keluar abang Fariz hampir setiap hari bertanya khabar dan mengambil berat. Kakak kini mengambil alih sebagi mak ayah.

Siang kerja malam menjaga. Disebabkan itu aku menjaga adik yang masih terlalu kecil untuk menghadap kehidupan ini. Kami bersyukur dengan apa yang ada asalkan kami hidup bertiga.

Result kakak dah keluar dia dapat straight A tapi dia abaikan keinginan dia nak sambung belajar demi kami. Kakak telah menjadi kerani disaIah satu syarik4t di sini.

2013. Aku sekarang sudah berumur 18 tahun tanpa SPM. Tapi tidak mengapa. Tahun ni dua peristiwa berlaku, kakak terp4ksa akur dengan pilihan keluarga.

Abang fariz meninggaI dunia akibat kemaIngan. Reb4h dan tak tahu kemana hala tuju aku teruskan hidup.

Kami menumpang rumah di rumah kawan kakak. Kak lia, dia lah mencarikan aku kerja. Ya cleaner. Aku terima dan tak kisah.

Janji aku dapat tampung hidup aku dan adik. Pertama sekali. Aku rasa bersyukur dapat bos yang memahami.

Bagi aku walaupun bos cina tetapi dia sangat faham keperluan orang Islam. Bermulalah perjalanan kisah aku sebagai cleaner dan mak ayah kepada adik aku.

Hujung minggu aku kerja cuci pinggan di salah sebuah restoran bersama dengan adik.

Cukup RM350 sebulan. Alhamdulilah. Hari demi hari aku lalui dengan adik. Adik tak pernah bertanya mengapa dan apa yang terjadi.

Dia sangat memahami bila dia terp4ksa mengikut aku ke sana sini. Maafkan akak dik. Tak mampu jadi yang terbaik.

Dalam setiap solat aku mengadu kenapa takdir diri ini sebegini. Tuhan tak menjawab tapi dia mendengar. Air mata aku dah kering.

Alhamdulilah sepanjang perjalanan hidup Allah permudahkan. Kakak moga kau berbahagia dengan suamimu.

2014. Adik dah melangkah masuk ke tadika. Dan aku kena berusaha untuk tampung hidup. Owh beginilah rasanya bila seorang ibu tunggal lagi–lagi muda menanggung hidup.

Aku terlalu muda. Kakak dah selamat berkahwin dengan pilihan keluarga dan menetap di luar negara atas desakan suami yang bukan pilihannya.

Kami terpisah sudah setahun lebih. Satu perpisahan yang sangat mem3ritkan. Kami totally l0st contact. S4kitkan, kau hanya ada adik seorang.

Aku bukan nak buang keluarga tapi aku dah rasa dipinggirkan dan terabai oleh d4rah daging sendiri. Jadi, aku ambik keputvsan untuk membawa diri bersama adik.

2015. Masih kerja cleaner dan part time cuci pinggan. Adik dah melangkah ke tahun 1. Iya, aku lah mak, aku ayah, aku abang, aku kakak kepada sorang adik yang manis dan tabah. Tipulah kalau orang lain tak tanya. Boss aku bertukar orang.

Perempuan. Dia menyangka aku seorang janda muda. Bukan mudah aku nak ceritakan apa–apa dengan orang. Biarlah aku simpan.

Owh ya, setakat ni aku hanya mampu bawa adik jalan–jalan taman dan KL naik train. 2016. Tahun yang bermakna kerana seorang lelaki yang baik yang aku kenali.

Tapi tak lama perasaan tu aku kena pend4m disebabkan status dan taraf kami berbeza. Dia selalu menunggu aku pulang dari kerja.

Selalu tolong ke sana sini. Kami mula menaruh harapan. Tapi mak dia tak suka dan datang kat aku untuk sedarkan diri aku ni siapa.

Aku mulai jauh kan diri dari dia. Aku sayang dan ikhlas terima dia tapi aku tahu batas aku. Dia perlahan–lahan pergi. Alhamdulilah. Perasaan ini Allah simpan untuk yang layak.

Aku teruskan hidup dengan hati yang tenang. Tiap–tiap raya aku bawa adik ke kubvr mak ayah. Hanya itu tempat yang boleh dilawat.

2017. Aku dah 22 tahun, adik dah 8 tahun. Alhamdulilah masih berdua. Menyewa sebuah bilik di rumah sewa perempuan.

Berbekalkan hati dan jiwa yang kuat aku mampu untuk tanggung adik seorang. Impian aku nak tengok dia berjaya dan capai apa yang dia nak jadi.

Melihat dia happy sampai lupa peristiwa–peristiwa yang ada depan mata dia sebelum ini. Aku tahu silap aku tak pernah tanya khabar family ayah tapi mereka tetap di hati aku.

Dalam doa semoga berubah hati. 5 tahun kerja cleaner dan partime jual kuih muih.

Alhamdulilah sepanjang perjalanan hidup Allah sentiasa ada dan permudahkan. Aku rindu beIaian kasih sayang orang tua.

Tiap bulan aku akan luangkan masa di rumah orang tua. Aku cuba untuk happy kan mereka walhal aku sendiri rebah hauskan kasih sayang mereka.

Tahun ni aku dah dapat beli kereta cash (kancil) dan sebijik motor. Dah tak perlu ulang alik naik bas.

2018. Dah nak penghujung tahun. Rindu pada kakak yang dah lama hilang. Moga kau berbahagia kak. Kami di sini baik–baik.

Adik m4kin memahami bila aku terp4ksa kerja keras untuk tampung hidup. Bukan tak nak cari kerja lain tapi apakan daya aku dah sayangkan kerja aku.

Dapat kawan kerja yang ok dan bos yang memahami dah cukup bagi aku. Owh ya, tahun ni aku dapat sewa bilik dekat rumah c0mpany kongsi dengan staff perempuan bujang.

Alhamdulilah. Senang untuk ulang alik kerja. Allah permudahkan. Aku masih menjual kuih muih di pagi hari. Duit poket untuk adik sambung belajar kelak.

Kini. InshaaAllah doakan kami. Teruskan hidup tanpa mengeluh. Mak ayah kakak, angah dah jadi manusia yang terbaik untuk adik.

Doakan angah kuat untuk adik. Semoga kita bertemu di syurganya. Aku tak pernah cerita kisah hidupku dengan orang lain sebaiknya aku luahkan melalui cara seperti ini. Terima kasih kerana sudi membaca. – Hana