6 tahun isteri saya dih1na sebab tak ada zuriat. Ak menagis saat terdgr doanye. Bila dpt rezeki anak isteri kena k4nser hati

#Foto sekadar hiasan. Nukilan ini, tiada lain hanyalah untuk sekadar berkongsi pengalaman hidup saya sahaja. Beberapa tahun lepas, saya mengenali seorang wanita bernama Aisyah Humaira.

Kami ditakdirkan dalam satu kelas ketika sedang belajar di tahun ketiga ijazah undang–undang.

Pada mulanya, saya langsung tak perasan akan kewujudan beliau. Orangnya biasa–biasa saja, bertudung bawal, bersopan santun dan sangat menghorm4ti orang lain.

Ditakdirkan pada suatu hari, saya dan Humaira berada dalam satu kumpulan projek.

Di situlah saya mulai kenal dengan beliau. Cukup saya katakan, lelaki yang memiliki beliau, akan menjadi lelaki yang bertuah.

Dipendekkan cerita, setelah tamat pengajian, saya langsung tak berjumpa dengan beliau sehinggalah pada suatu hari, kami bertemu ketika menghadiri kursus undang–undang.

Ketika itu dia sedang bekerja sebagai seorang pensyarah dan saya pula sebagai seorang peguam. Perwatakannya tetap sama dan saya mulai tertarik dengan beliau.

Setelah setahun belajar untuk mengenal hati budi masing–masing, saya membuat keputvsan untuk menjadikan beliau isteri yang sah.

Sudah tentu pada ketika itu, ramai yang pelik dan ramai juga berpendapat bahawa kami tidak sepadan. Manusia, terkadang lebih cenderung melihat rupa daripada hati.

Namun, walau tidak sempurna beliau di mata orang, beliau adalah wanita yang paling istimewa dalam hidup saya selepas ibu saya.

Kecantikan tidak akan membahagiakan. Dua tahun kami bernikah, kami masih belum dikurniakan zuriat. Pelbagai cara sudah kami usahakan.

Tapi ternyata, Allah punyai perancangan yang lebih baik. Kami berdua reda dengan ketentuan.

Tapi, mulut manusia tak siapa yang boleh tutup. Kadang–kadang bila balik ke kampung, ada yang bertanya itu ini.

Beliau tetap tersenyum walau saya sebagai suami, tahu apa yang ada dalam hati beliau. Empat tahun berlalu, kami masih tidak punya rezeki.

Terkadang beliu menangis, meminta maaf kerana tidak mampu memberikan zuriat pada saya, tidak mampu menjadi isteri yang sempurna.

Keadaan lebih teruk bila saud4ra mara yang lain mula menunjukkan rasa yang tidak senang.

Ada yang mencadangkan saya untuk berkahwin lain dan cadangan itu disampaikan di hadapan isteri saya. Dia tetap tersenyum, tapi hatinya sudah pasti r3muk. Dan saya sebagai suami hanya mampu memujuk.

Suatu hari, ibu saud4ra saya bersuara ‘tak pernah lagi dalam keluarga kami ni, berkahwin tapi tak ada anak. Lima tahun kahwin tapi masih tak ada. Bagi sajaIah suami tu kahwin lagi satu.’

Allah, sungguh saya lihat wajah isteri saya berubah dan linangan air matanya laju mengalir. Perlahan dia berjalan ke bilik.

Saya memberi dia ruang dan beberapa ketika, saya melihat isteri saya sedang berdoa selepas solatnya sambil menangis teresak–esak.

‘Ya Allah, aku bukanlah h4mba-Mu yang baik. Aku tidak sempurna. Aku lemah. Kuatkan aku ya Allah. Bantulah aku untuk menjadi isteri yang sempurna.

Aku takut aku berd0sa, jika suamiku berasa kecewa akan aku. Kurniakan aku rezekimu ya Allah’.

Saya menangis mendengar doanya dan lantas saya memeIuknya. Dia menangis dalam dakapan saya dan berulang kali memohon maaf.

Tak, ini bukan salah sesiapa. Cuma takdir Allah, menentukan kita masih tak punya rezeki. Sabar wahai isteriku.

Genap ulang tahun kami yang keenam, Alhamdulillah isteri saya disahkan hamil. Syukur kami, gembiranya kami hanya Allah yang tahu.

Namun kegembiraan itu tak lama apabila isteri saya disahkan gugur ketika usia kandungan hanya 5 minggu. Namun beliau tetap tabah dan bersabar.

Beberapa bulan kemudian, rezeki kami sampai lagi dan Alhamdulillah kali ini kandungannya mampu bertahan.

Ketika mengandungkan zuriat pertama, segalanya dipermudahkan. Makan senang, tidur senang dan isteri saya bertambah serinya.

Ya, mungkin dia hanya biasa–biasa, tapi dia bid4dari saya dan hanya saya yang mampu melihat kecantikannya.

Cukup 9 bulan 10 hari, zuriat pertama kami selamat dilahirkan. Tak dapat digambarkan rasa syukur pada Allah atas rezeki ini.

Isteri saya, sudah tentu orang yang paling bahagia. Tujuh tahun penantian akhirnya bahagia di penghujungnya. Zuriat perempuan pertama kami, sangat comel seperti ibunya.

Saling tak tumpah seperti ibunya. Sama seperti bayi lain, bezanya dia tak banyak meragam dan jarang s4kit.

Mungkin atas kesabaran kami, Allah permudahkan segalanya. Sebelas bulan selepas kelahiran zuriat pertama, Allah Maha Tahu, isteri saya disahkan menghidap k4nser hati.

Di situlah bermulanya hidup kami di hospitaI. Tidur dan bangunnya di katil hospitaI, anak kami terp4ksa ditinggalkan di nawah jagaan ibu mertua saya.

Virus k4nser cepat merebak dan m4kin lama keadaan isteri saya sem4kin uzur. Saya mohon cuti tanpa gaji untuk menjaganya di hospitaI.

Ada yang marah, kata mereka banyak lagi kerja saya belum selesai. Tapi siapa peduli. Isteri saya adalah amanah dan anugerah Allah.

Mana mungkin saya nak tinggalkan anugerah terindah dalam hidup saya. Siang malam saya teman dia di hospitaI.

Wajah isteri saya saban hari saban berubah. Terkadang air matanya mengalir di saat tidur, mungkin menahan s4kit.

Sungguh dia seorang wanita yang istimewa, masih mampu tersenyum dan bertabah. Masa kami dihabiskan di hospitaI dan kadang–kadang saya bawa anak kami melawat ibunya.

Setelah sekian lama bert4rung nyawa, takdir Allah lebih indah dan isteri saya disahkan meninggaI ketika kami sedang solat maghrib bersama.

MeninggaInya di atas katil ketika t4hiyyat akhir. Allah, sekuat mana hati lelaki, remuk berkecai juga apabila melihat sekujur jasad bid4dari saya terbaring kaku.

Jasad yang selama ini menjaga saya sebagai suami, yang sekali tidak pernah meny4kitkan hati suami.

Mengalir air mata saya, melihat wajah isteri yang telah tiada. Apabila ibu mertua tiba, saya bawa anak kami ke ibunya, anak sekecil itu memanggil ibu,

memegang erat tangan ibu, mencivm dahi ibu dan hanya mampu termenung melihat ibu yang tidak bernafas lagi.

Allah, berat sungguh ujian ini pada saya. Saya reda walau sesukar manapun hati ini nak melepaskan bid4dari saya.

Urusan pengebvmian, segalanya dipermudahkan Allah. Tangis si anak membuat ramai yang hadir mengalirkan air mata.

Kasih sayang ibu yang tidak lama dapat dinikm4ti oleh si anak, beIaian ibu ketika si anak membesar. Allah Maha Tahu.

Saya lemah, jujurnya. Tapi amanah yang ditinggalkan isteri, semangat dan kesabaran isteri membuatkan saya kuat.

Semoga tenang bid4dariku. Tunggu abang dan Ainul di sana. Buat sahabat, suami dan anak–anak lelaki di luar sana, sayangiIah dan hargailah ibu serta isterimu.

Dugaan yang Allah turunkan buat kalian, hadapilah bersama dan jangan biarkan ianya ditanggung seorang wanita.

Mereka lemah, kalian yang menguatkan mereka. Dan bersabarlah, sungguh takdir dan hikmah Allah itu ada. Terima kasih. – Ahmad Sani