Mertua kata kami hanya menumpang. Terlalu lama ak pendam akirnye meletvp dan ak kluar dri rumah tu. Suami pula makin menjadi2

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min, tolong hide profile saya. Saya tak tahu nak mulakan dari mana, cerita saya ni panjang sikit. Sebelum tu saya mohon tolong bagi pendapat yang baik–baik sebab saya sendiri pun tengah down.

Saya berkahwin dengan suami dah lama dan dikurniakan dua anak yang comel–comel. Pada permulaan hubungan kami ni tak direstui oleh family suami dan adik beradik tiri saya, tapi family kandung saya semua okay.

Family suami haIau kami keluar dari rumah sehelai sepinggang waktu saya mengandungkan anak pertama.

Waktu tu hidup kami teruk sangat, tido kat parking, kadang–kadang sehari tu kami takde makan.

Kalau ade pun buah tebu dengan jambu je tu pun kitorang curi–curi ambil kat tanaman family suami. Paling sedap makanan kitorang masa tu maggi kari dengan roti kosong je.

Alhamdulillah baby dalam perut masa tu kuat, takde apa–apa jadi walau pun mak dia takde makan.

Perlahan–lahan Allah bagi rezeki, saya dapat kerja dan suami pun dapat kerja. Jadi, dapat la kami sewa bilik, bila dah stabil sikit, dapat la sewa rumah.

Waktu tu suami bekerja keras sampai la dia dapat beli kereta secondhand.

Masa tu ekonomi kitorang alhamdulillah tak banyak tapi cukup la untuk sambut baby yang bakal lahir . Bila dah senang, family mertua datang ambil suami semula nak berbaik.

Jujur dari sudut hati saya yang dalam, saya takut suami berubah tapi saya tak nak suami jadi anak derh4ka.

Saya izinkan suami pulang ke rumah family dia dan berbaik semula. Tapi family suami tak pernah pelawa saya untuk ke sana sekali walaupun mereka tau yang saya ada dekat situ.

Suami sambut raya dengan family dia, main mercun happy happy, saya cuma mampu tengok kegembiraan suami dari jauh je (dalam kereta ) sambil tunggu suami.

Bila kita tengok orang yang kita sayang happy, kita pun dapat rasa kegembiraan tu walau sedikit.

Saya takde family kat sini, kawan pun takde sebab tu saya takde tempat nak pergi beraya.

Akhirnya hari yang ditunggu menjelang, baby boy dah keluar melihat dunia. Masa tu baru saya ade kawan, dah tak bosan.

Saya tak ready nak bagi jumpa baby ni kat family lelaki tapi tak sampai dua minggu tiba–tiba mak mertua dengan bapak mertua datang rumah nak tengok baby.

Saya terk3jut masa tu, suami pun bawak turun baby jumpa atok dengan nenek dia, saya cuma duduk di dalam bilik je.

Tipulaa kalau tak berdebarkan, suami datang jumpa saya bagitau mak dia nak bawak balik baby kat rumah dorang kejap.

Mula–mula saya tak bagi tapi suami mem4ksa saya boleh buat apa. Saya pun bagiIah susu yang saya dah pam tadi, kemudian saya dapat tau family dia bagi susu tepung kat anak saya.

Alasannya, dia kata susu badan saya tak sihat, takde vitamin baby tak kenyang.

Keesokan harinya family suami suruh datang rumah ajak saya sekali. Okay masa tu dah berbaik semula.

Family suami boleh terima mungkin sebab dah ade cucu dan dorang suruh saya berpantang dekat rumah dorang.

Paling maIang dalam hidup saya tak sampai sebulan berpantang mentua balik–balik desak saya suruh pergi kerja sebab dia kata badan saya ni kuat.

Perlahan–lahan family suami tak izinkan suami saya bekerja, m4kin hari saya m4kin pelik dengan sikap mak mentua saya.

Tak bagi suami kerja tapi p4ksa saya bekerja walaupun masih dalam pantang. Dorang buat saya macam takde hak ke atas anak saya.

Apa yang saya buat semua tak kena. Nak civm anak sendiri pun kene marah kata kuman nanti budak s4kit tapi kalau family dorang gomol–gomol anak saya boleh pulak.

Saya terp4ksa telan je sebab dah tak nak g4duh. Saya sunyi family jauh apa semua.

Saya taktau apa family sana cakap kat suami sampai dia dah tak nak bekerja, nafkah jangan cakap lah, suami betul–betul dah berubah, dah bukan macam suami yang saya kenal dulu.

Tanggungjawab ntah ke mana. Suami tak bekerja takpe sebab mak dia selalu bagi duit kat dia.

Suami m4kin lalai tapi hidup dia sentiasa ade duit. Suami m4kin boros dan tak kesah pasal susu anak, keperluan anak. Dia dah m4kin jauh.

Pernah sekali kant0i text dgan perempuan lain mengaku bujang tapi pakai dp anak bila perempuan tu cakap comel anak suami reply tu bukan anak dia tu anak saud4ra je.

Kant0i main game dengan perempuan lain. Paling s4kit kant0i nak carik hotel book anak ayam tepi jalan.

Hati saya h4ncur masa tu tapi saya bertahan demi anak. Tak sampai beberapa bulan saya disahkan mengandung lagi dah 3 bulan.

Masa tu dugaan betul–betul buat saya tak boleh sabar. Masa ni PKP kali pertama, bapak mentua dan ipar yang lain balik ke bandar mak mentua tinggal

sebab masa tu ingat PKP 2 minggu je tak tahu pulak masa tu dia tambah lagi 2 minggu dan sekian–sekian masa tu saya memang tak cukup rehat.

Mana nak bagi makan anak bagi mandi apa semua, bila saya panggil suami mintak tolong angkat barang berat, mak mentua cakap jangan kacau suami, dia penatt.

Masalahnya suami tak berkerja 24 jam main game, penat saya takde pulak nak fikir.

Saya bangun jam 8 pagi settlekan budak, masak apa semua sendiri. naik turun tangga bersihkan rumah mop lantai,

pastu tiap malam mak mentua minta tolong masakkan kuih–kuih cucur–cucur, saya layan je. Nanti nak kena tidurkan budak lagi.

Jam 3 pagi baru saya dapat rehat sebetulnya. Mata baru nak pejam mak mentua k3jutkan saya suruh urutkan badan diaa, kebetulan masa tu mak mentua baru jatuh tangga tangan tak boleh bergerak tapi boleh jalan la.

Saya la yang tolong mandikan mak mentua, ik4tkan rambut dia pakaikan baju apa semua.

Bila dia nak makan asam pedas saya buatkan. Tapi bapak mentua selalu call suami marah–marah cakap saya tak buat kerja rumah.

Saya jadi marah tapi saya telan je taknak g4duh punya pasal. Daripada perut saya masih tak nampak sampai la saya sarat mengandung, itu rutin saya setiap hari bangun jam 8 pagi tido dekat subuh.

Saya pernah terlelap bangun lambat sebab penat sangat, mak mentua punya sindir boleh bagi anugerah dah kot.

Saya jadi tawar hati buat kerja rumah, sikit pun tak terlintas dalam kepala otak suami untuk tolong.

Dia tau saya tengah sarat dan dia nampak saya tengah angkat karpet, angkat meja, angkat sofa nak bersihkan nak mop apa semua tapi sikit pun tak tolong, rupanya tengah bahagia main game dengan perempuan lain.

Saya g4duh besar dengan suami, saya siap bagi tunjuk apa suami buat kat belakang saya. Mak mentua tentu la pert4hankan anak diaa.

Saya masa tu str3ss yang meIampau sangat. Saya takde tempat meluah perasaan, saya tak nak bagitau family saya pasal ni sebab tak nak dorang risau tambahan pula nak jaga nama baik suami.

Setiap hari saya menangis melayan per4ngai suami dengan mak mentua.

Sampai la satu tahap yang mana saya dah tak boleh nak kawal perasaan saya sendiri. Masa ni puasa dah nak dekat raya, saya g4duh besar dengan mak mentua.

Mak mentua tengking saya tunjuk–tunjuk perut saya cakap saya takkan selamat. Dia siap cakap, “kau bukan anak aku, kau kat sini menumpang makan je.”

Masa tu saya betul–betul sentap, saya cakap kat mentua balik, “ye kau bukan mak aku, mak aku tak pernah layan aku macam ni.”

Saya pun bawak diri keluar rumah. Suami mula–mula tak nak ikut saya keluar rumah, tapi mak dia ulang ayat yang sama yang kitorang menumpang makan buatkan suami pun terasa terus keluar rumah balik kat rumah sewa lama.

Sampai rumah sewa saya kene marah oleh suami pasal tak hormat family dia.

Saya dah bertahan cukup lama, kitorang g4duh besar, family dia balik–balik call cakap saya kurang ajar tengking mak dorang. Masa tu saya betul–betul down giIa.

Nak lari satu sen pun takde, tapi saya masih pilih untuk memendam sampai la raya.

Saya p4ksa suami pergi rumah mak dia sebab mak dia sorang–sorang je kesian jugak.

Suami pun pergi la minta maaf dengan mak dia. Tak sampai berapa hari, mak dia dah balik ke bandar.

Macam biasa saya sunyi takde kawan borak, asyik tengok dinding je, suami busy dengan game.

Masa ni kitorang memang kerap berg4duh, suami dah pandai angkat tangan. Dia tak kesah pun keadaan saya macam mana.

Setiap kali nak pergi check up mesti dia akan marah saya konon menyusahkan, tak lama kemudian saya dah bersalin anak kedua.

Masa ni saya mer0yan, suami tak jaga makan minum saya masa ni. Masa saya pantang, waktu makan saya jam 9/10 malam, itu pun sehari sekali.

Suami lebih utamakan game dia. Saya mintak tolong tukarkan pampers anak pun kene g4duh dulu.

Pernah sekali saya betul–betul s4kit badan, sendi semua s4kit sampai nak demam, saya mintak tolong suami urutkan.

Dia urut tak sampai seminit, saya betul–betul terkilan masa tu. Agaknya dia ingat beranak ni macam buang t4ik kot.

2 minggu berpantang suami marah kat saya sebab saya tak tolong dia kemas rumah. Saya malas nak layan pera4ngai dia, saya pun tolonglah apa yang patut.

Tak sampai beberapa hari, saya check HP suami dan ya, dia buat per4ngai lama dia.

Carik hotel, faham–faham laa ye. Masa ni saya mer0yan habis, saya jijik, saya tawar hati. Bila saya member0ntak dia pukuI saya sedangkan saya dalam pantang,

masa ni dia yang buang rasa sayang saya kat dia. Saya tak boleh buat apa – apa sebab saya memang takde satu sen pun.

Keesokannya, dia pujuk saya, dia terangkan kenapa dia buat macam tu. Alasan tu saya tak boleh terima, konon saya tak boleh nak puaskan dia.

Saya ni berpantang? Start sini saya dah tawar hati dengan dia. Tapi saya kene slow – slow, saya ajak dia solat, dia m4ki saya.

Pernah sekali saya sound dia, sekali dengan kawan–kawan dia dalam game. Saya cakap, ”dah masuk waktu tak nak solat! Dengar je dah azan tapi buat b0doh! Dah tau azan senyap la sikit.

Ini tak, m4ki orang sana sini time azan elok sangat! Yang kawan-kawan kau pun satu, dah tau orang tu ada anak bini sibuk 24 jam ajak main game dah kenapa.”

Mungkin dia malu masa tu sebab kawan – kawan dia dengar, dia m4ki saya, dia pukuI saya, begitu laa seterusnya.

Saya dah lama tak bekerja, suami tak bagi nafkah apa semua plus suami tak izinkan bekerja tapi sehari sebelum puasa baru–baru ni, adik dia balik.

Jadi saya buat keputvsan untuk carik keje sebab dah ade orang boleh tengokkan anak–anak.

Alhamdulillah dapat kerja, waktu bekerja saya jam 4 sampai 12. Minggu pertama, suami hantar dan ambil saya tapi itu pun tak ikhlas dia kata saya ni menyusahkan.

Bila dia ambil saya balik kerja, yang keluar dari mulut dia menyusahkan. Dia tak tanya pun saya dah berbuka ke? Okay tak keje?

Dia sibuk marah pasal saya menyusahkan dia. Tup tup mak mentua call bagitau lepas ni ade orang yang hantar ambil saya pergi keje, suami dah tak hantar saya.

3 hari sebelum raya, pekerja di pejabat yang rapat dengan saya ade kontak rapat dengan orang positif. Suami dapat tau dia kalut suruh saya pergi check.

Lepas tu dia salahkan saya sebab m4ti–m4ti nak kerja jugak, sekarang dah menyusahkan orang dalam rumah .

Saya pun pergi check dan kene kuarantin. Masa saya kuarantin dalam bilik, suami g4duh dengan adik dia sebab suami tak tolong dia kemas rumah tapi cara adik dia bercakap seolah ayat tu dia tujukan kat saya sebab dia cakap,

“aku penat laa, tolong la sikit. Bini kau tu apa je dia buat? Tu berkurung dalam bilik, semak la. keluar la dari rumah nii, ber4mbus!”.

Saya sampai saya berg4duh besar dengan suami, suami nak kurung saya dari rumah dan nak ambil Hp saya.

PukuI? Dia dah Ienyek muka saya, dia seret saya dari tingkat atas pastu campak saya macam patung kat bilik bawah.

Saya memanng nak minta fasakh tapi saya risau anak–anak hidup dalam keluarga yang pecah. Saya str3ss sebab tu saya meluah kat sini minta pendapat tapi tolong bagi saya pendapat yang baik–baik.