Siapa kata pointer xbagus tak blh berjaya. Result ak dri skolah biasa2 je, ak org susah. Tp siapa sangka skrg ak blh jdi manager

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hi korang. Thanks admin kalau published. Nama saya Sotong, bukan sebab saya lembut tapi sebab suka makan sotong kering. Emm dap.

By the way, saya perempuan, berumur 33 tahun & ini kisah saya (digalakkan makan sotong sambil baca sebab macam panjang).

Sebenarnya saya risau yang amat sebab saya graduate dengan pointer hanya 2.85 je, macam mana saya nak compete dengan pemegang pointer-pointer yang tinggi-tinggi? Yang cantik-cantik? Yang lawa-lawa (ok ni selingan haha). Habislah saya. Tapi, rezeki di tangan tuhan.

Lepas habis je degree, saya ditawarkan kerja sebagai Penolong Pengurus dekat sebuah jabatan kerajaan. Syukur.

Walaupun status kontrak. Dan basic gaji saya cuma level N27 yang biasa-biasa sebab saya gunakan sijil STPM je masa ni (belum graduate masa dapat kerja). STPM saya pun, emm sedih nak cerita.

Pointer cukup-cukup makan tapi lepas juga ke IPTA. Berkat doa mak. Ok sambung. Almost 4 years juga bertahan, sehinggalah saya dinaikkan pangkat ke Pegawai Tadbir.

Ok, masa ni mak dah gembira sbb saya dah berjaya sikit. Sikit je. Orang kata baru nak menapak. Dapatlah belanja mak juga, belikan adik-adik itu ini.

Lepas tu, saya terjumpa kawan lama, 6-7 tahun tak jumpa. Dia HR & offer saya kerja dekat company dia. Bincang dengan mak, mak kata terpulang pada saya and dia doakan yg terbaik.

Saya terima offer dia, pergi interview dan yes, rezeki saya. Pada mulanya gaji ditawar lebih kurang dengan jawatan pegawai tadbir tadi, ada tambahan sikit.

tapi habis interview, HR call saya & saya ditawarkan kerja sebagai Head of Department pula. Allah, saya menangis masa tu.

Sebab yelah, saya dah lepaskan jawatan di jabatan kerajaan tu, rasanya dapat kerja dengan gaji yang lebih sedikit dah memadai. Saya dah takde ayah, saya tanggung mak & adik-adik. Saya kena kerja keras.

Saya pun mulakan kerja baru walaupun pak saudara, mak saudara and ada juga kawan-kawan yang macam marah saya berhenti kerja kerajaan.

Kata mereka saya menolak rezeki. Tak apa, saya senyum & mula saving. Dari kerja pertama juga saya saving untuk future.

Cabaran di tempat kerja ada macam-macam. Sebab hanya saya seorang HoD yang muda & perempuan.

Saya ikut resam padi tapi saya tetap jalankan tugas & tanggungjawab dengan sewajarnya. Awal bulan lepas, saya saja scroll indeed.

Masa ni tolong adik, dia nak cari kerja. Saya cuba jela hantar resume dekat 1 company luar negara. Bukan tak puas tapi saja mencuba masa ni.

4 hari kemudian, saya terima panggilan dari luar negara. Rupanya panggilan interview untuk resume yang saya submit tu.

Oh adik saya juga berjaya dapat kerja yang dia minta. Phone interview dulu dari luar negara & kemudian saya berjumpa dengan regional manager untuk interview peringkat kedua.

Ya, rezeki berpihak kepada saya sekali lagi. Call mak, dia sekali lagi cakap jangan lompat kerja selalu, suruh saya fikir & istikharah. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai manager.

Dan inilah kerja saya sekarang, saya harap saya akan lama di sini sebab serasi dengan jiw4.

Ya, saya tak pandai belajar. Sebab apa? Alat tulis saya tak pernah cukup, mak orang susah. Pensil tekan saya tak ada, saya share pensil 2B dengan adik-adik. Sy jadi takde mood nak study. Calculator pun takde sebab tu add math sy failed.

Asyik pinjam kawan. Masa exam pinjam dari cikgu. Pergi sekolah jalan kaki. Saya jarang bawa duit ke sekolah, mak bagi bekal, selalunya nasi goreng tampal.

Air tak ada, saya tadah mulut dekat paip belakang kelas. Saya banyak main. Saya culas belajar. Tapi saya sebenarnya seorang yg aktif dalam apa jua sukan, saya bina soft skill dari zaman universiti

Saya masuk kelab debat, saya juga ketua pelajar & ketua pengawas, saya join program dengan MPP, saya bina keyakinan diri melalui semua ni.

Pada mulanya, kawan-kawan usulkan nama saya untuk jawatan itu ini, saja nak kenakan saya, tapi lama-kelamaan saya belajar tanggungjawab dan mula serius belajar soft skills.

Cikgu dan pensyarah juga mula nampak bakat saya selain study yang tak seberapa. Saya tak punya apa-apa selain kemampuan untuk sesuaikan diri mengikut keadaan & kemampuan untuk bercakap.

Again, UPSR saya cuma 3A2B, STPM & degree, pointer saya bawah 3. Tapi tak mustahil untuk orang macam kita berjaya kan?

Utamakan mak kita dalam apajua kita nak buat, jangan pernah downgrade diri sendiri bila tak pandai, sebab ade sesuatu dalam diri kita yang orang lain nampak, & bila kerja, jangan pernah sedetik merasa tidak ikhlas.

Goodluck untuk semua. Pergi salam peluk cium mak abah awak, minta doa restu. Semoga berjaya dalam hidup. Amin. – Sotong