10thn bcinta, kami putus. Aku sunyi xde teman dn anak2. Bila brubat tergamam ak dpt pesanan mcm nie dri org tu

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum kepada semua pembaca di ruangan ini. Nama aku Ana.. Aku berusia 33 tahun, single dan bekerja di sektor swasta di KL.

Aku bekerja sebagai Sr Executive yang mana aku rasa kerjaya yang dimiliki sekarang agak stabil.

Aku suka membahagiakan family aku.. Mak ayah dan adik beradik.. Apa yang mak ayah aku nak, sedaya upaya akan aku cuba tunaikan..

Tapi hidup aku kosong tanpa suami, anak-anak2 disisi.. Aku cemburu tengok kebahagian kawan-kawan aku yang lain.. punya suami dan anak-anak. Sumpah terasa sunyi sangat bila kau sorang di KL jauh dari family..

Kadang itu, aku cuba juga kuatkan diri, berfikiran positif tapi sapa lah aku.. manusia biasa yang ada rasa nak bahagia..

Aku pernah kecundang pada cinta.. Cinta aku dikhi4nati setelah hampir 10 tahun bercinta.. dari zaman U sampai lah bekerja aku dengan si dia.. tanpa aku sedar, dia ada pasang perempuan lain dibelakang aku.

Aku kecewa sangat sampai aku minta mak ayah aku bawa pergi jumpa ustaz buat aku lupakan dia.. 10 tahun aku tunggu dia..

Dan alhamdulilah setelah beberapa bulan hati aku dah stabil dan tak ingat pada si dia lagi..

Di tempat kerja aku ada sorang kakak cleaner yang asal dari negara seberang (tak nak lah aku sebut dari negara mana). Aku selalu borak dengan dia..

aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. Dia memang tahu aku ni single dan mencari pasangan. Tapi entah lah..

aku sebenarnya dah macam berputus asa nk cari pasangan, nak start all over again, nak mengadap kecewa kena reject lagi.

Aku lawa okay, haha.. cuma kebanyakakan lelaki yang aku kenal dalam web mencari pasangan (islamic) semua macam takut nak mendekati aku..

Maaybe sebab position aku.. entah la.. aku pun tak tahu.. Lama- kelamaan aku pun dah tak active main apps yang mencari pasangan sama ada islamic or non islamic..

sebab apa? sebab aku macam dah malas.. kita nak serius, diaorang nak main- main.. looking teman borak lah, teman mengopi laa…

To cut the story short.. Kakak cleaner itu ada suggest pak ustaz dekat negara dia untuk ubatkan aku.

Lebih kurang macam ubat dari jauh lah.. untuk mudahkan jodoh aku.. kot ada benda yang menghalang ke or lain-lain.. Dah lama sebenarnya dia pujuk aku untuk try..

tapi aku lengah-lengahkan sebab yela, takot juga perubatan dari negara seberang nie.. entah betul entah tidak.. takot pun ada ser4m pun ada.. so aku ignore selama beberapa bulan..

Tapi lately agaknya aku rasa down sangat dengan diri aku bila ramai kawan-kawan aku yang kahwin dan ada yang dah beranak 2 3 orang anak.

So 1 hari itu aku cakap dengan akak cleaner itu aku nak cuba (masa ni sy4itan tengah seronok r4suk)..

So aku transfer sejumlah wang, bagi gambar, nama, nama mak ayah (Ya Allah, ampunlah d0sa-d0saku, masa ni tak fikir d0sa, cuma fikir nak dapat jodoh).

Aku ragu-ragu, berkali-kali aku tanya dengan akak itu, “betul ke dia buat semua itu berlandaskan ayat quran? Betul ke dia pak ustaz?”

Dan setiap kali itu juga akak cleaner itu cakap, “iya dik, betul dik, dia memang terkenal dengan perubatan islamik di negara saya”… Dan aku pun teruskan juga sebab niat nak dapat jodoh yang terbaik..

Aku lupa.. bukan minta pada orang tapi pada Allah.. Ya Allah, ampunilah aku atas kesilapan yang telah aku lakukan..

Selang beberapa hari kemudian, aku dapat pesanan suara dari pak ustaz itu.. 1 pesanan yang buat aku terduduk.. buat aku rasa berd0sa sangat pada Allah sebab ragu-ragu dengan takdir aku..

Dia minta gambar aku tanpa sehelai benang.. B0G3L.. Ya Allah.. aku rasa macam sumpah ditipu hidup-hidup..

Alasan dia gambar yang aku bagi dulu tutup semua anggota badan aku.. so dia tak dapat scan.. Allah.. aku rasa macam nak pitam, nak munt4h masa itu dengan permintaan j1jik dia..

Aku terus call akak cleaner itu, cerita apa yang pak ustaz itu mintak kat aku (as expected, dia back up pak ustaz itu)..

So aku terus cakap aku nak cancel berubat sebab aku dah rasa ini tak betul.. Sangat tak betul..

After end call dengan akak cleaner itu terus aku buat solat taubat mohon ampun pada Allah..

Moral of the story, sentiasa lah percaya takdir Allah.. Dia tak bagi sekarang mana tahu Dia bagi yang terbaik di kemudian hari.. Sentiasalah berdoa, redho dan berfikiran baik-baik pada Allah..

Lepas ni aku nak continue balik bangun pagi untuk solat tahajud, solat taubat dan solat hajat.. Tiada yang dapat bantu kita selain Allah yang Maha Kuasa..

Aku syukur sangat Allah tarik aku dari buat d0sa yang sangat besar.. Syukur Ya Allah Terima kasih sangat Ya Allah…

Aku takot juga sebab dah bagi gambar aku pada pak ustaz itu walaupun tutup full (macam-macam dia boleh kenakan aku, nauzubillah).

Tapi aku berserah dan redho saja sebab salah aku, aku dah tersilap langkah.. Aku mohon Allah lindung aku dari benda-benda yang tak baik.. Yang benar, – Ana (Bukan nama sebenar)