Ak izinkan suami join konvoi moto. Tak sangka sangkut plk dgn janda. Alasan mereka buat ak kecewa. Ak tahu apa perlu buat hingga suami ubah fikiran

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku berumur 37 tahun dan suami pun sebaya. Kami berkawan dari tingkatan 3.

Dah berkahwin selama 13 tahun. Jadi hubungan kami ni dah terlalu lama dan kenal per4ngai masing – masing.

Kami mempunyai 3 org anak. Dari susah senang dan kami memiliki aset bersama–sama. Susah senang dah lalui bersama–sama. Sama–sama kerja sebagai penjawat awam.

Hidup tidak mewah sangat tapi segalanya mencukupi. Suami seorang guru, aku pon bergaji tetap.

Selama berkahwin, segalanya berkongsi, bukan duit semata–mata dari suami. Aku banyak membantu dari segi kewangan untuk melengkapkan keperluan keluarga kami.

Bohonglah sepanjang perkahwinan, kami tidak diuji. G4duh–g4duh biasalah, adat dalam berumahtangga.

Di musim PKP ni aku diuji dengan ujian yang semua orang perempuan berat untuk terima. Tapi aku redha, mungkin hikmah Allah nak beri untuk aku muhasabah diri.

Awal tahun suami terjebak dengan ride motorsikal. Aku izinkan dia ikut kumpulan konvoi motor kerana aku terlalu percayakan yang suami aku seorang yang setia dan tidak akan buat perkara bukan–bukan belakang aku.

Suami ride pon bawak anak kami yang berumur 12 tahun bersama–samanya. Jadi memang aku tidak akan syak apa–apa, tapi hakik4tnya bukan begitu.

Suami berlaku curang belakang aku kerana dia sempat berkenalan dengan janda anak 2 dalam kumpulan ride motor tu.

Perkara ni kantoi sebab aku dapat surat saman,tapi gambar dalam surat saman bukan suami aku dengan anak aku.Gambar dalam saman tu suami aku dengan perempuan.

Bila aku tengok facebook, aku nampak komen dari kawan-kawan dia di Facebook usik–usik pasal jumpe ‘isteri’ baru.

Pada mulanya suami menafikan cakap kawan–kawan hanya mengusik, jadi aku tenang semula. Rupa–rupanya masa ride tu suami boncengan motor bersama janda tu.

Kawan–kawan perempuan yang sama–sama ride galakkan mereka naik motor bersama. Anak aku disuruh bonceng motor orang lain. Kawan–kawan ride semua bagi sokongan.

Perkara ini terb0ngkar apabila pada hari lahir aku suami menyatakan hasrat untuk mencari pembantu untuk menjaga ibunya di kampung sebab ibunya takut bila sorang–sorang di rumah.

Jadi suami nak cari peneman kononnya untuk menjaga ibunya. Aku ingatkan pembantu yang boleh datang balik hari, tetapi rupanya isteri baru untuk dirinya.

Sambil menyelam sambil minum air la ni!! Sungguh h4ncur hati aku apabila suami menyatakan sebab untuk beristeri baru tu.

Sambil memberitahu akan kekurangan diri aku, kiranya kehadiran janda tu untuk melengkapkan kekurangan aku. Allahu akbar!! Sungguh aku kecewa.

Selama mana kami berkahwin, aku terima segala keburukan suami tanpa mengaibkan suami pon.

Aku bersabar dengan sikap panas barannya, sikap suka m4ki hamunnya. Dia berkenalan dengan janda tu pon tidak sampai sebulan, baru beberapa hari tetapi sanggup buat keputvsan sebegini rupa.

Suami cakap janda tu hidup susah, duduk kampung bercerai dengan suaminya sebab ex suaminya isap ice.

Suami nak bantu.. Allahhhh.. Aku tak kuat, suami suruh aku meminang janda tu untuk dirinya. Aku tak sekuat itu.

Aku sangkakan cinta dan sayang suami aku hanya untuk aku dan anak–anak tapi tidak. Allah benar menguji aku! Aku redha.

Ujian tidak berakhir di situ, janda tersebut berani mesej aku mintak izin untuk dia berkahwin dengan suami atas alasan untuk menjaga syurga suami aku.

Takdirnya mereka bertemu dan saling jatuh cinta atas aturan Allah, sangat manis kata–kata dia.

Konon nak cari pahala menjaga orang tua dan dia tidak mahu tuntut apa–apa dari suami dan aku.

Aku cakap takkan la dia mahu nafkah, makan minum zahir batin semua. Macam aku b0doh pulak dibuatnya tidak boleh berfikir pasal nafkah.

Dia tidak tahu yang suami dan mak mertua aku sangat kedekut dan berkira–kira dalam beli makan dan barang–barang.

Susah untuk suami belanja aku dan anak makan yang sedap–sedap kalau keluar berjalan mana pon selama ni, aku yang belanja makan.

Bukan nak mengungkit, tapi hakik4t yang suami sangatlah kedekut orangnya. Sungguh ayat–ayat manis dari seorang janda yang nak sangat suami aku sebab suami aku bekerjaya.

Cuba kalau suami aku tak ada kerja yang bagus, mahu ke dia yang bini no 2?

Semata–mata nak jaga mak mertua aku pulak tu. Janda tu tak kenal lagi per4ngai sebenar suami aku. Kalau dia berada tempat aku sekarang, sump4hh dia menyesal.

Allah.. sungguh singkat fikirkan suami aku. Dia nak bertindak macam tu kerana terlalu ikutkan perasaan, nafsu semata–mata.

Dia ambil kesempatan atas kebaikan aku sebab aku menerima kesalahan dia yang dulu. Menjadikan dia yakin aku boleh terima lagi.

Janda anak 2 tu cakap bukan–bukan pasal aku. Dia cakap suami dah sediakan segalanya kat rumah aku semua ada, apa lagi yang tak cukup.

Allah.. duit aku pon berhabis untuk kumpul aset bersama, sedap mulut dia nak s4kitkan hati aku.

Suami aku ada sikap suka buruk–burukkan isteri pada orang yang baru dia kenal. Nak meraih simpati janda tu untuk berkahwin dengan dia, sanggup burukkan aku.

Allah!! Aku benar–benar diuji. Aku suruh pilih sama ada suami nak aku atau janda tu, tapi suami nak dua–dua. Sungguh tamak! Janda tu ugvt aku untuk menjaga hati suami aku.

Kalau aku tidak berubah, (balik duduk rumah emak suami) dia tidak teragak–agak untuk kahwin dengan suami aku. (Panjang cerita sebenarnya dalam masalah menjaga mak mertua yg tinggal sorang–sorang ni) Allah.

Walaupon hubungan kami suami isteri bermasalah, bukan hak janda tu untuk datang dalam hidup kami untuk selesaikan, bukan ini caranya.

Aku beraIah, suami akui dia tersilap. Dia tidak patut buat macam ni. Dia cakap aku sangat baik sebab aku tidak pernah tinggikan suara pada suami.

Walaupun dia m4ki aku, aku hanya mampu menangis je. Lepas tu hubungan kami baik semula, dia pon tak sanggup kalau beristeri 2.

Besar tanggungjawab, nak pelihara anak–anak tiri lagi. Akhirnya kami berpindah ke rumah mak suami aku.

Rumah kami tidak dijual, jadi tempat persinggahan kami. Aku sanggup berulang alik tiap hari dan menguruskan anak–
anak aku sekolah.

Aku nak jadi seorang isteri yang terbaik untuk suami, menjaga ibunya. Aku cakap mak kena tunggu sampai aku balik kerja.

Aku suruh jiran mak tengok–tengokkan emak sementara aku sampai rumah. Aku buat apa yang suami nak, takpe aku berk0rban.

Walaupon perasaan aku sangat h4ncur. Duit aku habis untuk beli macam–macam kat rumah mertua.

Takpe pahala aku kejar jugak. Setelah melihat hubungan kami suami isteri sem4kin baik, akhirnya janda tu mengundurkan diri.

Dia jeles dengan apa yang aku ada dan dapat dari suami. Kalau dia jadi madu aku, macam mana la dia nak kawal rasa cemburunya melihat aku memiliki segalanya.

Janda tu katanya dah takde apa–apa tapi aku sentiasa berhati–hati sebab tr4umanya dan f0bia tu sangat terkesan di hati.

Aku sangat takut berbuat salah sebab suami aku akan bertindak mencari perempuan lain dari mencari Allah kalau kami ada masalah.

Hikmah PKP ni, ride pon takde, suami berjanji akan bawak aku ke mana saja suami ride lepas ni sebab janda tu ada dalam kumpulan ride tuuu.

Aku sentiasa berdoa suami pencen terus dari ikut ride. Rasa nak g4ntung motor tu, motor tu atas nama aku. Doakan aku kawan – kawan. Dunia tempat ujian.