Aku baru kawin 6bln tp rasa mcm kawin dgn duda anak 2 plk. Tak faham Mona ni mak jenis apa. Sedih ak dgr kembar mengadu pda ak

#Foto sekadar hiasan. Hi, nama aku Janet berumur awal 30-an dan baru sahaja berkahwin 6 bulan yang lepas. Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya.

Aku tak tahulah kalau peribahasa ni ada kena mengena dengan kisah yang akan aku ceritakan ni.

Aku di sini hanya ingin meminta pendapat dan pandangan dari pembaca ruangan ni apa yang patut aku lakukan.

Pada awal perkenalan sehinggalah pernikahan aku bersama suami aku David (bukan nama sebenar), syukur semua dipermudahkan.

Awal nya semua nampak indah belaka. Ibu ayah dari kedua–dua beIah pihak merestui hubungan kami. Perkahwinan kami berjalan dengan lancar.

Walaupun sudah lama bercinta sebelum kahwin, kami jarang sekali berg4duh besar.

Pada awal berkenalan dengan suami aku, aku tahu yang David mempunyai seorang kakak. Tapi aku tidaklah rapat sangat dengan kakak ipar aku sewaktu masih berkawan dengan suami aku.

Kerana kakak ipar aku tinggal di rumah yang berlainan dan kami jarang berjumpa kecuali ada makan–makan keluarga David.

Aku namakan kakak ipar aku Mona. Mona mempunyai dua orang anak kembar yang tidak berbapa.

Mengetahui perkara itu aku langsung tak ambil pusing sebab semua orang ada sejarah hidup mereka masing–masing termasuklah Mona.

Sehinggalah aku tersedar yang aku rupanya bernikah dengan seorang duda atau bapa tunggal yang tak rela.

Masa awal–awal pernikahan dulu, Mona selalu menghantar kembar ke rumah aku dan David, memandangkan pada musim PKP aku diarahkan untuk bekerja dari rumah oleh orang atasan.

Jadi aku okay sahaja apabila Mona menghantar kembar ke rumah atas alasan ada dia ada urusan.

Tapi dari sehari ke dua hari sampai berminggu–minggu dia tinggalkan anak dia di rumah aku. Makan, minum, mandi dan tidur anak dia semua dia tak hiraukan.

Nak katakan dia busy bekerja mencari sesuap nasi untuk anak–anak dia, oh tidak sama sekali.

Untuk pengetahuan pembaca, Mona seorang pekerja kerajaan gred 41 yang sudah lama bekerja, jadi faham–fahamlah ye berapa gaji dia.

Dan gaji dia langsung tak terkesan dek PKP ni. Korang tau kembar kadang–kadang tak makan sampailah dia hantar kembar ke rumah aku.

Kembar mengadu cakap lapar dari pagi tak makan. Masa tu dah pukuI 2 petang. Dan korang nak tau tak kenapa dia hantar kembar ke rumah aku?

Korang sabar jap. Aku rasa nak asah pis4u kejap. Sebab boyfriend dia tak suka tengok anak dia di rumah. Rumah sapa? Rumah Mona. HAHAHA, ni satu hal.

Satu hal lagi, Mona ni jenis yang bangga cakap dekat aku yang dia pegi tidur dengan ramai laki dekat rumah dia.

Apa yang aku patut buat? Kembar asyik bagitau yang Mona selalu bawak laki balik. Aku tak tau nak respon macam mana.

Aku kesian tengok kembar diorang masih kecik dan tak tahu apa–apa. Aku pun dua kali lima join buntu dengan diorang.

Atas dasar kesian dengan kembar, aku terp4ksa relakan hati nak jagakan diorang. Kalau tak Mona akan tinggal diorang dekat rumah tak bagi makan.

Lepas tu, baru mesej aku kata dia ada em3rgency jadi dia tinggalkan kembar dekat rumah jadi nak mintak tolong aku ambik kan.

Aku dah risau sangat aku pecut pergi rumah dia, jiran diorang bagitau yang kembar meraung menangis dari tadi. Aku dah risau sangat–sangat.

Jadi aku hon kereta sekuat hati, jerit nama diorang dalam 30 minit aku depan rumah dan takde respon.

Aku sikit lagi nak telefon bomba pecahkan gate rumah. Aku mesej Mona bagitau hal ni. Korang tau apa respon dia? “Oh mungkin kembar tidur kot.”

Hati aku dah nak terjatuh dah bila kembar bukak pintu lepas 50 minit aku dekat luar rumah.

Yang paling buat aku geram, korang nak tahu tak apa em3rgency dia… sebab nya dia nak keluar dating, siap post story IG.

Jadi, membawa hati yang panas menggelegak macam gunung berapi nak meIetus, aku mengadu lah dengan suami aku.

Bagitau semua, sebab aku rasa dah nak nangis dah. Kalau aku mengadu dengan lain nanti dah dikira bukak aib keluarga dia pulak dah. Bila aku bagitau David, dia kata aku batu apikan adik beradik dia pulak.

Aku awalnya bagi peluang dekat Mona dengan tolong jaga kembar, sebab mana lah tau kan dia dapat jumpa laki yang boleh jadi bakal suami dia dan bapak tiri kembar.

Tapi, memandangkan dia asyik tukar laki macam tukar baju, jadi maksudnya dia masih nak enjoylah tu sedangkan umur dia pun dah nak masuk 40.

Bila dikenang balik s4kitnya hati aku. Ada harit u, dia call aku cakap nak hantar kembar ke rumah sebab boyfriend dia nak datang.

Aku bagitau la yang aku ada hal, takde dekat rumah. Kadang–kadang dia hantar jugak, kadang–kadang tak.

Kalau dia tak hantar tu tak bermaksud yang boyfriend dia tak jadi datang tapi dia pergi hantar kembar ke tempat lain.

Ada kejadian haritu aku rasa nak menangis sebab geram sangat dengan sikap Mona ni. Dahlah tak bertanggungjawab, sekali pakej dengan penipu yang b0doh.

Hari tu orang atasan call dan inform aku supaya turun kerja esok pukuI 1.30 petang.

Tiba–tiba pukuI 10 pagi esok nya Mona call aku dan bagitau yang dia nak hantar kembar dekat aku sekejap.

Okaylah, hantarlah tapi aku ada hal pukuI 1.30 petang aku bagitau Mona. Jadi dia okay jer dan janji akan ambik kembar sebelum aku turun kerja.

Mona bagitau dia ada hal urgent waktu tu. Bila dah pukuI 1.00 petang aku call dia tak angkat, 1:30 petang tak angkat.

Aku terp4ksa call orang atasan dan bagitau ada hal urgent tak dapat nak turun. PukuI 2:00 petang dengan muka slumber tak ada maaf keluar dari mulut dan terus ambik kembar.

Aku dah tak tau dah macam mana nak respon dengan Mona ni. Appointment keja aku terp4ksa cancel.

Dia pegi tipu suami aku yang dia ada urusan padahal dia tengok syok check-in dengan skandaI.

Suami aku pun sebenarnya str3ss mengenangkan per4ngai kakak dia yang tak habis–habis menyusahkan orang.

Waktu PKP ni dia bekerja seperti biasa, kalau dia cuti dia bolehlah jagakan kembar untuk Mona. Kalau tak aku pulak yang jadi m4ngsa Mona.

Banyak lagi benda yang dia dah buat, tapi m4kin panjang pulak confession ni nanti. Aku cerita dekat sini sebab aku dah betul–betul buntu.

Tak tahu nak mintak tolong siapa. Jadi, kalau ada di antara pembaca si sini yang ada cadangan dan pendapat macam mana nak deal dengan Mona ni tanpa mengabaikan kembar sila lah komen dekat sini nanti aku baca.. Cadangan dan pendapat korang amatlah dialu – aIukan. – Janet (Bukan nama sebenar)