Nak aje ak sound, jnazah tu belum lg dikebumikan, dh sibuk cerita psl harta. Sbb kurgnye ilmu anak ksyangan arwaah merempat sana sini

Foto sekadar hiasan. Aku Sofea. Bukan nama sebenar. Berusia 24 tahun dan merupakan Pelatih Dalam Kamar di sebuah firma guaman. Matlamat aku jelas, aku nak buat litigation. To be specified, criminal litigation.

Tapi, dalam zaman PKP ni, aku rasa aku kena venture banyak lagi area of law. At least, kalau aku terduduk ekonomi pun jatuh, aku boleh survive dengan ilmu dan pengalaman yang aku ada.

Boss aku a.k.a master aku ni pun bijak. Dia tarik saja aku masuk dalam bidang general litigation dan salah satu anak kepada general litigation ialah melibatkan harta pusaka.

Masa zaman law school dulu, aku dapat C saja. Antara survive tak survive lah juga masa tu. Ye la, macam aku kata tadi, aim aku ialah to be a criminal lawyer.

Apoi pula masalah aku nak kena fokus benda yang tak ada kena mengena dengan area of law yang aku nak. Huhu.

Balik semula kepada cerita harta pusaka ni. Bila aku masuk dalam bidang harta pusaka, ya Allah, kemain banyak ye ragam.

Banyak yang sampai aku rasa eiii, kerasukan, ketamakan, ketidakadilan, penindasan, ketidaksefahaman tu memang berlaku.

The real one. Sampai la satu hari aku dok termenung dan fikir balik masa zaman nenek, atuk, pakcik dan makcik belah ayah aku meninggaal.

Ya wei, adik beradik ayah yang so-so saja jaga mak ayahnya pun tetiba muncul zassssssssssss timbul kata FARAID ye.

Tapi yang aku nak cerita ni ialah mengenai pakcik aku (selepas ini dirujuk sebagai “Ali”).

Ketika Ali meninggaal dunia, Ali telah meninggaalkan seorang (1) isteri, seorang (1) anak angkat lelaki, dua (2) orang adik beradik lelaki dan empat (4) orang adik beradik perempuan. Aku ingat lagi, masa tu aku duduk dekat tepi rumah.

Pastu aku terdengar la mak long dengan mak ngah aku sokse ksoksek cakap pasal harta si Ali ni sedangkan jenaazah Ali tu masih terbaring kaku lagi dekat dalam rumah.

Ei, ikutkan hati aku, nak saja aku jawab “Jenaazah tu belum lagi dikebumikan, dah sibuk cerita pasal harta.”

Tapi tu lah, nama pun NAK, tapi tak tercapai pun hasrat tu. Aku mengadu dekat mak aku saja la.

So, selepas kejadian semua tu, tibalah hari di mana mesyuarat adik beradik ayah aku, isteri Ali dan anak angkat Ali tu berlangsung. Kau tahu apa jadi?

Seperti yang dijangka, adik beradik perempuan si Ali tu dah mula mengira ngira bahagian dan jumlah wang yang dorang akan dapat.

Ayah aku ketika itu pentadbir harta pusaka (dilantik secara sepakat oleh adik beradik) bagitahu apa yang perlu di buat etc.

Disebabkan tak ada timbul cadangan mengenai harta perlu dibahagikan secara sama rata, maka kata sepakat membawa mereka untuk melalui faraid dalam pembahagian harta pusaka Ali.

Jadi, isteri Ali dapat bahagian, begitu juga dengan adik beradik ayah aku. So, siapa yang paling ksian dekat sini?

YES, ANAK ANGKAT ALI (selepas ini dirujuk sebagai “Ezam”).

Ezam ni anak ksayangan Ali. Yang ketika itu berumur 16 tahun. Yang dijaga oleh Ali dari umur budak ni seminggu.

Tak dapat apa-apa langsung dari harta pusaka Ali. Sebab apa? Sebab dia anak angkat.

Truth to be told, aku terfikir, adik beradik ayah aku memang tak terfikir nak bagi saguhati sikit ke dekat Ezam.

Ye la wei, budak ni belum lagi capai usia 18 tahun. Masih sekolah. Adik beradik bila dapat bahagian masing-masing, semua zasss lesap saja macam tu.

Cuma aku salute la dengan ayah dan pakcik aku sorang lagi.

Dia supply sedikit duit untuk Ezam sehingga Ezam habis sekolah dan make sure Ezam buat lesen motor.

At least, Ezam tak ada lah terkapai-kapai. Now, aku dah tak tahu Ezam dekat mana. Dia berpindah randah.

Mesti ada yang tertanya-tanya, isteri Ali kenapa tak jaga Ezam?

Sebenarnya, ini isteri Ali yang kedua. Isteri pertama dulu dah meninggaal dunia.

So isteri Ali ni pun tak berapa rapat dengan Ezam berbanding dengan isteri pertama Ali dulu. Lagi satu, faktor aurat. Kena ambil kira juga eh.

Korang, kalau la aku ada ilmu pasal pusaka ni dari zaman sekolah, mesti aku dah advise Ali mengenai perancangan pusaka masa dia hidup.

At least dia boleh la buat hibah ke wasiat ke untuk Ezam.

Nak kata tak ada duit, masa hidupnya duit berkepuk untuk hire lawyer/ majlis agama islam / service provider untuk sediakan dokumen-dokumen yang boleh menjamin kehidupan Ezam. At least tak ada la Ezam merempat sana sini.

Aku rasa, masyarakat kita patut dah tahu pasal hal-hal begini. Dan aku rasa one day ia akan menjadi tanggungjawab aku untuk spread the awareness ni.

Kalau korang okay, nanti aku nak sambung menulis Ragam Pusaka Part 2 yang berkisarkan k3s-k3s client yang maha dahsyat yang pernah aku attend sepanjang menjalani tempoh latihan dalam kamar ni.

Sambil sambil tu, aku boleh juga ajar cara nak uruskan harta pusaka kalau orang yang tersayang korang dah tak ada.

Ilmu ni penting eh. Jangan pandang sebelah mata eh. Adios