Pelik sabun pencuci kain baru beli tp ibu mertua kata dah habis. Bila siasat, tak sangka bukan sabun saja yg hilang.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin dan juga para pembaca setia di ruangan ini. Saya kenalkan dri sebagai Puan Norfarra.

Kalau boleh saya memang tak suka menceritakan kisah ini, tetapi saya dah tidak dapat bersabar lagi, dan keadaan sudah tidak dapat dikawal.

Dan saya juga bimbang keadaan ini boleh mer0sakkan hubungan dalam keluarga sendiri. Jadi dengan bercerita di ruangan ini mungkin saya dapat mengurangkan sedikit rasa panas di hati,

mungkin juga saya boleh meredakan gunung berapi yang mungkin boleh meIetup pada bila–bila masa sahaja.

Namun saya masih menghorm4ti ibu mertua, kerana beliau adalah ibu kepada suami yang amat dicintai.

Keadaan saya sekarang tak ubah seperti kalau ditelan m4ti emak diluahkan pula m4ti ayah.

Tapi berapa lama lagi saya harus bersabar dan kalau saya mengadu kepada suami saya bimbang perasaan suami akan terganggu dan dengan sendirinya boleh mengeruhkan suasana dalam keluarga.

Sebenarnya saya tidak tahu dari mana harus saya mulakan cerita saya ini kerana masalah saya ini, saya rasa amat berat dan boleh juga dik4takan sebagai ibarat orang meIudah ke langit, akhirnya kena muka sendiri.

Ialah menceritakan keburukan dalam keluarga kita sendiri, sebab itu kalau boleh nama, tempat yang sebenar tidak dipaparkan, biarlah ceritanya sahaja, supaya gunung berapi yang bersarang dalam d4da saya ini tidak jadi meIetup.

Kerana kalau meIetup buruk padahnya. Lagi pun saya tidak mahu orang yang hampir dalam hidup saya iaitu mertua saya rasa kecil hati jika saya tegur beliau terus terang. Tentu dia rasa malu, akibatnya beliau akan mengadu kepada suami saya.

Dan saya juga bimbang lain hal pula yang terjadi kerana macam–macam perkara boleh diceritakan kalau kita sudah tidak suka antara satu sama lain.

Hilang kebaikan kita selama ini yang timbul nanti yang buruk sahaja. Dan saya tak mahu perkara itu berlaku.

Jadi untuk meredakan hati yang gundah gulana ini saya mengambil keputvsan untuk bercerita di ruangan ini supaya saya rasa sedikit reda apabila tersiarnya cerita ini tentu jiwa saya lebih tenteram. Umur saya ini awal 30an tahun.

Telah berumah tangga lebih 10 tahun lalu dan kini saya mempunyai tiga orang anak. Kehidupan kami suami isteri amat bahagia.

Dan amat penting keluarga suami memahami tugas saya, kerana itu saya amat bersyukur kepada Allah membawa saya dalam hidup mereka.

Pada dasarnya tiada cac4t ceIa berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga. Kalau ada pun masalah yang berlaku antara kami suami isteri begitu kecil,

berbanding orang lain yang saya rasa begitu besar, seperti kisah–kisah yang saya pernah baca dalam ruangan ini setiap minggu.

Namun saya tak nafikan masalah tetap ada, tapi saya atasinya kerana saya suka berterus terang kerana saya tak mahu masalah kami jadi macam api dalam sekam, tak nampak apinya, tetapi di bawahnya sudah merebak dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Kerana pekerjaan yang saya sandang sekarang, saya sering bekerja keluar daerah termasuklah kursus yang pelbagai yang memang ada kaitannya dengan tugas saya yang memang tidak boleh saya elakkan.

Setiap kali saya terp4ksa keluar daerah, saya akan meminta bantuan ibu mentua saya untuk datang ke rumah saya membantu saya menjaga anak–anak yang masih bersekolah dan kecil lagi sementara suami saya keluar bekerja.

Tetapi satu masalahnya yang saya rasa agak tersinggung ialah sikap ibu mertua saya ini.

Namun beliau memang seorang ibu mertua yang baik, sayangkan anak–anak saya dan lebih penting dia pandai ambil hati anak–anak, tetapi yang agak mengecewakan saya sikapnya yang panjang tangan.

Peliknya beliau tidak mengambil barang–barang saya yang mahal–mahal harganya, tetapi lebih kepada barangan keperluan harian seperti sabun pencuci pakaian.

Pernah satu hari saya pulang awal dari kursus beliau memberitahu sabun pencuci pakaian sudah habis.

Saya agak terk3ut, sebab saya baru beli sebelum pergi kursus dan saya beli pek yang besar, macam mana boleh habis, belum pun seminggu.

Kehairanan membuat saya menyiasat sendiri. Ketika beliau sibuk memasak di dapur saya pergi periksa beg pakaiannya.

Alangkah terk3jutnya saya, bila saya dapati dalam beg itu ada satu bungkusan plastik yang di dalamnya penuh berisi sabun serbuk pencuci pakaian yang saya beli.

Saya beristighfar panjang. Dia buat lagi, dan saya dah syak setiap kali sabun pencuci rumah kami kehabisan, pasti ada bungkusan plastik dalam beg pakaian mertua saya.

Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, bukan sabun pencuci sahaja, banyak lagi, tetapi bukanlah mahal–mahal sangat harganya.

Kejadian seperti ini pertama kali saya kesan sejak kali pertama saya pergi ke rumah mertua saya.

Ketika itu saya kehilangan wang yang saya letakkan di atas almari sebelum saya turun ke dapur.

Walaupun jumlahnya tidak banyak tetapi ia sudah cukup memberikan gambaran yang kurang enak kepada saya. Dan menimbulkan rasa curiga dan syak wasangka.

Dan saya tak mahu perkara kurang enak ini berlaku dalam keluarga saya.

Sebab saya katakan demikian pernah sekali anak saud4ra suami saya yang baru berumur 5 tahun datang ke rumah saya kerana mengikut ibu mentua saya.

Budak ini walaupun masih kecil tetapi telah memasukkan sejumlah permainan anak–anak saya ke dalam beg pakaiannya dan menyorokkannya ke dalam bilik.

Perbuatannya disedari oleh anak saya yang ketika itu berumur 6 tahun.

Anak saya merengek memberitahu permainannya telah diambil sepupunya itu, saya cuba mententramkan dan bersikap tidak mengambil pusing,

sebab saya tak mahu mertua saya rasa tersinggung, lagi pun itu per4ngai budak–budak.

Walaupun saya berlakon tidak memperdulikan apa yang berlaku demi menjaga hati mertua saya, tetapi terdetik dalam hati saya dan berkata–kata ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Dan saya bimbang kelakuan buruk ini mungkin menjadi contoh yang tidak baik kepada cucu–cucu yang lain.

Saya juga pernah kehilangan beberapa bentuk brooch yang saya simpan dalam bilik tidur saya.

Dan saya yakin beliau yang mengambilnya kerana apabila saya pulang ke rumah ibu mentua saya, pasti saya nampak beliau memakai brooch–brooch saya yang hilang itu. Itulah buktinya.

Tapi saya diamkan saja demi menjaga hati mertua. Pembaca jangan pula menyangka bahawa saya tidak memberi wang atau membeli benda–benda yang menjadi kesukaannya, sebab itu mertua saya suka mengambilnya dari rumah saya.

Sebenarnya semua kehendaknya saya ikutkan, kami beli. Bahkan kalau kami suami isteri keluar membeli–beIah,

saya akan ajak beliau ikut sama dan saya pastikan beberapa barang yang saya beli untuk kami sekeluarga akan hilang sedangkan kami telah membelikan barang–barang lain yang dimintanya.

Saya sungguh hairan mengapa ibu mertua saya berbuat sedemikian. Sedangkan setiap bulan suami saya pasti mengirimkan sejumlah wang belanja yang cukup untuknya berbelanja.

Bukan itu sahaja Setiap kali saya keluar bertugas daerah lain saya pastikan akan membelikan buah tangan khas untuknya supaya beliau gembira.

Dan hadiah itu boleh menjadi kenangan kepadanya. Saya rasa saya tidak tamak atau berkira untuk membeli beliau hadiah,

tambahan pula saya tiada ibu bapa lagi, maka padanyalah saya menumpang kasih. Kami berbual bila ada masa dan keluar berjalan bila ada kelapangan.

Tapi sayangnya jiwa saya tersentak dengan kelakuan beliau yang kurang menyenangkan hati saya.

Satu lagi per4ngainya yang saya kurang senang ialah beliau suka sangat bercerita memburuk–buruk biras–biras perempuan saya yang lain di hadapan kami.

Anaknya sahaja yang baik dan pandai semua menantunya tidak baik. Saya bersyukur kerana mempunyai hati dan telinga yang baik,

hati saya cukup sabar dan telinga saya sekadar mendengar saja tidak menyampuk, mengiakan atau menokok menambah apa juga ceritanya.

Saya cuma dengar dan tidak akan menyampaikan kepada biras–biras saya yang diumpat itu.

Saya sedar kalau beliau boleh mengumpat dan memburukkan menantu perempuan yang lain pasti saya juga turut diumpat kepada menantu yang lain.

Bukankah begitu sifat manusia kalau suka mengumpat? Kebimbangan itu membuat saya bertanya kepada suami saya mungkinkah ibunya juga pernah memburuk–burukkan saya di hadapan biras saya yang lain. Suami saya lebih suka mendiamkan diri.

Namun setakat ini saya tidak pernah menceritakan perbuatan ‘panjang tangan’ ibu mertua saya kepada suami kerana saya takut suami saya berkecil hati atau berasa malu.

Lebih membimbangkan, saya takut aduan saya itu boleh mengeruhkan suasana dalam keluarga kami.

Saya juga tidak pernah menceritakan hal ini kepada orang lain dan inilah kali pertama saya berkongsi cerita di ruangan ini, kerana saya sudah tidak dapat bersabar lagi.

Daripada bercerita dengan suami lebih baik bercerita dengan orang yang tak tahu siapa mertua, dan saya sendiri.

Kini setiap kali mertua saya datang ke rumah, rasa bimbang saya mula menjelma dan saya juga turut berfikir kali ini apa lagi agaknya barang–barang dalam rumah saya yang akan hilang.

Memang merisaukan. Namun buat masa ini saya masih boleh bersabar dan merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan suami saya.

Dan dalam masa yang sama saya akan menyorokkan barang–barang yang saya fikirkan berpotensi untuk diambil oleh ibu mentua saya.

Bukan saya tamak, tetapi saya tak mahu keghairahan beliau bertambah tambah bila melihat benda–benda kesukaannya, dan perbuatan mempamerkan seolah–olah saya menggalakkan beliau mencurinya.

Bagaimanapun saya amat bersyukur walaupun suami saya bukanlah seorang yang warak tetapi segala perkara wajib tidak pernah ditinggalkan apalagi mengabaikannya.

Dan kami bersama–sama berganding bahu berusaha meningkatkan kemajuan diri dalam pekerjaan kami dengan harapan kami dapat memberikan yang terbaik untuk anak–anak kami demi masa depan mereka.

Saya berdoa agar ibu mertua saya akan berubah sikap tidak panjang tangan lagi satu hari nanti.

Dan saya berharap dapat mencurahkan kasih kepadanya kerana saya tidak mempunyai ibu bapa lagi, beliaulah pengganti ibu saya yang amat saya sayangi.