Aku tak tahu la ada angin apa dlm badan bini ak ni. Yg pasti dia buat ak annoying. Klo mcm ni la lbh baik ak tak payah kawin

#Foto sekadar hiasan. Hi, Aku Izam. Berumur lewat 30 an dan sudah berumah tangga. Straight to the poin.

Aku sudah berkahwin selama 8 tahun dan masih belum mempunyai rezeki untuk mendapatkan anak.

Kisahnya sejak awal kahwin sehingga hari ini setiap saat, setiap minit dan setiap hari aku cuba untuk menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab,

Dulu aku ada anginnya juga tapi selepas berkahwin aku totally berubah untuk menjadi pemimpin dan demi inginkan keberkatan dalam rumahtangga serta nak jadikan keluarga kecil kami menjadi keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.

Serta aku mempunyai isteri yang cantik serta agak warak, cuma yang spoilnya baran, moody dan kadangkala menjengkelkan.

Boleh tolong advisekan aku how to handle keadaan ini? Aku minta maaf kerana setiap hari aku berfikir sampai rasa nak surrender dan menyesal.

Aku dan isteri masing–masing ada karier masing–masing, Isteri aku ada masa dia ok, ada masa mood / per4ngai dia swing memang bukan calang-calang jenisnya tak boleh nak cakap baik–baik.

Walaupun hal kecil, hal besar atau dia yang buat hal.Aku pula jenis yang soft spoken, rilex, boleh bawa bincang dan bukan jenis buat hal.

Aku memang rilex tapi rilex–rilex aku pun sekarang tak boleh nak rilex mana dah kalau hari–hari begini selama 8 tahun. Bagi aku ni bukan mood, tetapi lebih kepada per4ngai.

Berkali–kali aku pesan dengan cara baik aku tak minta banyak. Apa–apa hal tolong bincang dan cakap baik–baik.

Tanggungjawab di rumah isteri aku memang A+ dan aku bersyukur samgat part tu, makan minum kemas dan sebagainya terjaga, memang kami buat bersama.

Aku takkan biarkan dia penat seorang diri walaupun kena herdik, marah, rentap barang sekali pun kerana tak ikuti piawaian cara dia kemas hakik4tnya dia pun kemas bersepah juga. Tapi bab dalam bilik tidur memang out.

Nak kena tunggu dia on baru jalan. Aku boleh rilex lagi. Aku yang tak pernah rasa nak buat hal pun kadang–kadang terdetik nak buat hal kat luar, cepat–cepat aku istighfar.

Aku memang dah penat. Kami sering berjamaah bersama untuk Maghrib dan Isyak.

Tatkala usai solat akan akan kami luang masa bersama lepas berdoa berborak bincang kalau ada masalah.

Aku ada utarakan juga hal ni, tapi katanya sebab hormon dan memang per4ngai dia baran serta janji nak berubah. Aku faham dan aku tak push untuk berubah secara drastik.

Aku pun manusia juga banyak kurangnya, aku cuma pesan kalau boleh ubah, ubah mana yang mampu bukan untuk orang lain tapi untuk kesejahteraan bersama.

Tapi bila part aku tanya, kalau – kalau ada yang kurang dari aku yang dia rasa kurang ok dan perlu berubah.

Dia akan cakap semua ok. Sangat sempurna dah. Aku blur, aku pun manusia banyak silap dan kurangnya juga.

Jikalau kata penat dan sebagainya, nafkah Alhamdulillah tak pernah culas lagi, susah senang pun aku usahakan mana yang boleh.

Kerja rumah aku pun turut serta tolong buat pagi petang siang malam. Kalau dulu hari-hari excited balik kerja awal nak spend time masa bersama.

Tapi sudahnya aku balik kerja muka ketat, lepas masak muka ketat, bangun tidur muka ketat.

Apa yang aku nak rasa sebenarnya?? Pabila ditanya baik-baik geleng kepala, mengadap phone.

Ada masa dia boleh bergurau dan bangga mention per4ngai, angin barannya tu bila berborak. Annoying! Kadang–kadang terdetik dalam hati aku fikir, mungkin akibat bagi muka, layan sangat dia dari dahulu dan banyak masa dengan dia.

Untuk pengetahuan, sebelum kahwin aku memang agak sosiaI, kawan–kawan lelaki / perempuan sana sini sinun ke kelab tak pernah miss setiap minggu, tapi aku tak pernah kongsikan hal ni dengan dia. Aku hormat dia, perasaan dia.

Sampai dia tak tahu siapa aku nakaI-nakaI sebelum ni pun. Lepas akad, aku tekad memang aku tinggalkan semuanya.

Aku percaya Allah yang gerakkan hati ini dan j0dohkan dengan dia bersebab dan ada hikmahnya.

Aku tak pernah compare dia dengan siapa–siapa, cuma aku rasa kalau tahu jadi begini aku lebih rela bahagia dengan keluarga dan kawan–kawan.

Aku tak faham angin jenis apa yang ada dalam badan dia kadang–kadang aku urut dia memang ada keluar angin yang sangat banyak.

Akhir kata, kami ada beli double storey di Bangsar bersama, aku da tawakal sampai tahap aku da mula fikir apa jadi sekali pun lepas ni aku nak angkat kaki, kau ambil lah rumah tu jangan ganggu aku lagi.

Aku dah penat nak hadap. Tolong doakan aku yang terbaik, mana yang salah silap terkasar, tulisan bersepah aku minta maaf dengan rendah hati. Assalamualaikum. – Nizam (Bukan nama sebenar)