Alia gadis yg pernah ak hin4. Kini segalanye berbalik pada ak. Ak stalk fb Alia semata nk sakitkn hati dia tp ak yg terkedu. Sugguh ak mnyesal

#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera admin dan pembaca semua. Di sini aku ingin ceritakan kisah aku yang mungkin boleh dijadikan pengajaran buat kalian di luar sana.

Tidak terlintas untuk membuka aib diri sendiri tetapi sekadar meluahkan apa yang aku pend4m.

Sejak kebekelangan ini hidup aku agak huru hara dengan pelbagai ujian yang menimpa aku dan keluarga aku.

Aku tidak tahu di mana silapnya tapi setelah merenung balik kisah silam aku yang penuh dengan d0sa mengani4ya orang, ya, baru aku faham. Ini kifarah untuk aku dari tuhan.

Nama aku Alif, sejak di bangku sekolah lagi aku ada hubungan dengan gadis yang bernama Alia. Alia muda setahun daripada aku.

Alia bertubuh gempal dan berkulit gelap, tapi sebab rasa sayang yang mendalam, aku butakan mata dan memilih dia sebagai kekasih hati.

Alia gadis yang bijak, gadis yang baik dan pandai masak. Sifat humor dia juga men4wan aku. Kami jarang jumpa dan cuma berhubung melalui social media, Walaupun begitu, kami tetap bahagia.

Segalanya berubah bila aku mula melanjutkan pelajaran aku di peringkat diploma di Kolej Islam.

Berjauhan daripada kekasih hati menyebabkan aku sem4kin ligat di kolej. Perempuan gebu cantik sana sini kan, mana boleh tahan.

Lagi pun aku terc4bar sebab kawan–kawan lelaki yang lain semua ade girlfriend cantik. Aku?

Nak tunjuk Alia sebagai kekasih aku pon aku malu. Jahat kan aku. Alia? Aku tahu dia setia dekat aku sebab dia dekat kampung tengah fokus SPM.

Oleh sebab nak kebebasan, aku mula menjauhi Alia. Aku bagi alasan macam–macam untuk tak nak contact Alia.

Aku cakap ade program dekat kolej lah. Ada test lah, tengah sibuk study lah. Alia percaya dengan aku dan dia tunggu aku dengan sabar walaupun aku ni layan dia acuh tak acuh.

Satu hari Alia persoalkan layanan aku terhadap dia yang sem4kin dingin.

Aku dengan eg0 aku memutvskan untuk tidak contact Alia selama dua bulan, alasan aku ialah untuk meredakan hubungan kami yang tengah dingin serta nak fokus belajar.

Pada mulanya Alia tak dapat terima keputvsan aku. Tapi mungkin sebab alasan aku untuk meredakan hubungan kami yang tengah dingin, dia setuju.

Bila dah tak contact tuh, aku mula dapat kebebasan aku. Keluar malam subuh baru balik rumah sewa. SkandaI kiri kanan.

Dalam whasap aku, semua kawan perempuan aku panggil sayang. Aku cakap dengan Alia yang aku busy study, tapi sebenarnya aku tengah seronok berf0ya–f0ya.

Akhirnya kegiatan aku terb0ngkar dan diketahui oleh Alia setelah kawan satu kolej dengan aku bagitahu Alia berkenaan kegiatan aku disebabkan rasa kesian dekat Alia.

Kami berg4duh besar. Aku ? Aku yang eg0 ni diam seribu bahasa.

Sampai satu masa, aku call Alia. Dalam talian, aku dengan eg0 aku memperlekehkan dia.

Aku cakap dia yang b0doh tunggu aku. Dia tak faham macam mana rasanya bila dah sambung study.

Yelah, dia baru nak SPM masa tuh. Aku dengan s0mbong cakap, aku nak fokus study nak kerja dulu, lepas tuh nak kahwin terus.

Aku tak nak couple–couple ni. Aku kata aku muda lagi buat apa nak couple dengan dia.

Alasan aku nak putvs dengan dia adalah untuk cari keberkatan tuhan, nak menjauhi couple yang h4ram ni, padahal aku ligat dengan perempuan sana sini.

Aku mun4fik dengan diri sendiri. Kej4m kan aku, padahal dulu aku selalu cakap nak buat dia jadi bini aku.

Aku pon terlepas cakap yang aku geIi tengok dia badan gemok, tak menarik langsung, tak macam kawan–kawan perempuan aku yang kurus cantik dekat kolej tuh.

Bila Alia mer0yan, aku cuma cakap suruh dia redha, percaya pada takdir.

Padahal itu semua t4ktik aku, berselindung dengan ayat agama, supaya kesalahan aku dapat ditutup. Kej4m dan mun4fik. Itulah aku. Alia mula move on.

Mungkin hati dia kosong sebab aku banyak sangat h1na dia. Lepas SPM, dia dapat masuk matrik.

Aku sedikit terc4bar sebab tengok dia lagi pandai dari aku. Aku cuma masuk kolej biasa. Habis matrik, dia terus sambung degree. Aku?

Hurm aku belajar tahap diploma jek dan aku tak dapat sambung ke degree sebab p0inter aku teruk sangat.

Bila tengok Alia berjaya daripada aku, Aku mula s4kitkan hati dia. Aku mula bercouple dengan rakan kuliah aku yang bernama Ina.

Hari–hari aku update sweet–sweet dengan couple aku Ina dekat fb, dengan harapan Alia akan carik aku dan marah aku sebab dulu aku cakap nak fokus study kan bukan couple.

Tapi aku silap, Alia buat b0doh jek tak ambil tahu langsung pasal aku.

Aku geram aku chat Alia dekat facebook, pura–pura tanya khabar, dalam chat tuh aku pr0voke dia tanya dia bila nak kawen, bila nak ade boyfriend?

Dalam masa sama aku asyik cakap yang aku ni single dan cuma hanya berkawan jek dengan si Ina.

Padahal masa chat Alia tuh, aku update gambar sweet–sweet dengan Ina di profile facebook aku. Jahat kan aku? Aku saja s4kitkan hati Alia.

Ok lah itu d0sa silam aku, sekarang ni aku nak cerita pulak kifarah yang aku dapat.

Kini aku dah kahwin dengan pilihan hati aku, Alia pon dah berkahwin dengan pilihan hati dia.

Dulu aku h1na Alia gemok h0doh kan? Ya sekarang ni isteri aku sendiri gemok. Kami tak ada anak lagi tapi tak tahu kenapa lepas kahwin badan isteri aku naik sangat.

Kulit dia mula menggerutu sampai geIi aku nak sentuh. Puas aku ajak dia jogging petang–petang, belikan supplement kurus. Tapi tetap gemok.

Aku st4lk facebook Alia guna facebook kawan aku, (Alia dah block aku dekat facebook ), Aku tengok Alia m4kin cantik.

Alia dah kurus, kulit putih dan sedikit tinggi. Macam model. Dekat instagram pon dia ada ramai follower, dia jugak dah jadi model untuk tudung dan juga pakaian.

Terkedu aku. Tak sangka perempuan yang aku h1na dulu dah cantik dah sekarang. Macam yang aku tulis dekat atas, Alia ni pandai masak.

Dekat instagram dia, dia selalu update masak lauk pauk sedap–sedap untuk suami dia.

Dulu aku pernah h1na Alia aku cakap yang, “awak ni selalu masak macam–macam, makan pon macam–macam, sebab tuh badan gemok.”

Tapi sekarang aku jeles dengan suami Alia, untung lah dapat Alia pandai masak macam macam.

Alia pandai buat kek dan biskut jugak. Isteri aku? Masak nasi goreng pon lembik. Macam makan bubur dah aku rasa.

Aku teringin jugak ade isteri yang pandai masak sedap–sedap untuk aku, baru seronok nak balik rumah kan.

Lepas kawin aku yang biasa masak untuk isteri aku, kalau malas masak, kami beli luar jek. Tapi muak jugak makan nasi bungkus jek.

Selain itu, dulu per4ngai buruk aku selalu panggil sayang dekat kawan–kawan perempuan aku kan walaupun aku dah ade Alia.

Ya, aku terima kifarah lepas kahwin ni, isteri aku depan–depan aku dia bergurau senda dengan kawan lelaki lain, siap panggil sayang.

Aku pernah baca whasap isteri aku panggil sayang dengan rakan kerja lelaki dia. Bila aku persoalkan, isteri aku cuma jawab acuh tak acuh yang itu cuma gurauan rakan sekerja.

Panas lah hati aku, dayuslah aku kan kalau isteri pon tak reti hormat aku. Ya, ini kifarah aku bila aku mainkan hati Alia dulu.

Dulu aku pernah bagi alasan yang couple ni h4ram lah, nak fokus study lah, tak nak couple tapi nak terus kahwinlah.

Alasan–alasan ni aku bagi dekat Alia dengan harapan nak putvs dengan Alia dan dapat hidup bebas berf0ya–f0ya dengan perempuan lain.

Nah, kifarah seterusnya yang aku terima. Adik perempuan aku sendiri jadi hampir giIa akibat putvs tunang dengan kekasih hatinya.

Bekas tunang adik perempuan aku yang bernama Man memutvskan pertunangan dengan alasan nak sambung belajar dan fokus belajar.

Tiba–tiba kami dik3jutkan yang bekas tunang adik aku, Man ni berkahwin dengan perempuan lain.

Rase rendah sangat maru4h kami sekeluarga.

Man hanya minta putvs tunang melalui whatsapp sahaja dan terus membatukan diri tanpa menghiraukan adik aku yang mengaIami tekanan perasaan,

Puas kami sekeluarga bawak adik berubat untuk pulihkan semangat dia.

Man juga dengan secara sinis berkata pada aku, “abang Alif kan belajar agama tinggi, mesti faham konsep redha kan?

suruh jek lah adik tuh redha, dah kami tak ada j0doh nak buat macam mana, abang alif dan keluarga kene redha dengan semua in.”

Sekali lagi kata–kata yang aku ucapkan dulu pada Alia kini diIudah kembali kepada muka aku.

Ya, kita suruh orang redha memang mudah, tapi bila kena pada batang hidung sendiri? Sungguh berat nak redha melihat adik sendiri dipermainkan sebegitu rupa.

Bila dah banyak kejadian berlaku dalam keluarga aku. Aku tetap eg0. Aku tak pernah pun cuba minta maaf pada Alia di atas sikap aku yang dahulu. Aku eg0.

Sampai sekarang aku takut nak ada anak, masih lagi terngiang ngiang ayat Alia di telinga aku ni,

“kalau kau ade anak perempuan nanti, apa yang kau dah buat dekat aku ni kalau kene balik dekat anak perempuan kau, baru kau sedar kifarah itu ada, baru kau ada akal kan.” Aku takut.

Tapi aku eg0 nak minta maaf. Buat kalian, ambillah iktibar dari kisah aku ni. Jangan mainkan perasaan orang.

Mungkin doa orang yang terani4ya seperti Alia telah tuhan kabulkan. Akulah penerima kifarah itu atas d0sa aku sendiri. Terima kasih sudi baca luahan hati aku. – ALIF