Klo bkn sbb Mak kami xkn jejak lgi kat kmpg. Perangai abg b0dohkan kmi dgn alasan pegikut d4jjal. Hakikat diri abg lgi teruk

Setiap kali kami balik, setiap kali tu kami berg4duh dengan abang. Mulutnya Iancang, katanya kami leka dengan dunia.

Waktu subuh kami semua berselubung telekung, mencivm sejadah, dia? Dia tengah sedap membuta dan “berselimut kulit b4bi”.

Mengenal DajjaI lebih dari Allah, itu saja yang sesuai aku gelarkan. “Pengikut dajjaI memang macam ni”.

“Ini kalau dajjaI datang bawa air, dia ni lah yang pertama sekali sedut air tu.” “Lemah! Ni kalau dajjaI petik jari je dah sembah jilat kaki dajjaI.”

Itulah lebih kurang diratib pagi petang siang malam oleh abang aku. DajjaI, y4hudi, k4fir, itulah dia ulang – ulang dari 10 tahun yang lepas.

KFC, McD semuanya y4hudi. Sampaikan dia bertekak dengan kakak aku hanya semata kakak belikan ayam KFC untuk anaknya.

Dib0dohkan kakak siap sump4h seranah konon kakak nilah tak lama lagi jadi pengikut dajjaI, hanya kerana KFC.

10 tahun yang lepas, abang ada kerjaya dalam kerajaan. Tapi dek kerana mengutip ilmu tanpa guru, dia tinggalkan semua ni.

Kononnya duit kerajaan h4ram kerana cukai, dia tak nak makan duit h4ram. Kononnya nak ikut cara nabi kita, bercucuk tanam dan bertani.

Bagus, memang bagus. Tapi abang pemalas. Yang MAHA PEMALAS. Dia bercucuk tanam tapi semuanya atas penjagaan mak.

Mak lah halau b3ruk k3ra dekat kebun, pagi ke petang segalanya mak. Dia buat apa?

Acah bangun awal pagi kononnya busy sangat dengan hal dekat kebun tapi jam 10 dah masuk bilik bantai tidur sampai ke petang. Hubungan kami adik beradik berantakkan sebab dia.

Kami balik kampung hanya kerana mak. Kalau tak ada sang bid4dari ni, kami takkan pijak lagi ke kampung.

Setiap kali kami balik, setiap kali tu kami berg4duh dengan abang. Mulutnya lancang. Kami dib0doh–b0dohkan. Serba serbi gaya hidup kami tak kena pada dia.

Katanya kami leka dengan dunia. Tapi dia? Jam tengah malam buta sampai ke pagi layan anime.

Waktu subuh kami semua berselubung telekung, mencivm sejadah, dia? Dia tengah sedap membuta dan “berselimut kulit b4bi”.

PukuI berapa dia bangun? Lepas zuhur baru dia bangun. Tapi bangun pun sekadar makan atau masuk tandas untuk buang hajat.

Lepas tu dia sambung lagi tidur sampai ke asar. Kami ni tak habis–habis dia persenda kononnya orang–orang yang bakal tumbang bila dajjaI datang.

Tapi dia menjadi Islam pun belum tentu. Rukun Islam ada 5. (Senarai rukun Islam). Tapi 1 rukun Islam pun dia tak tunaikan.

Solat hauk, puasa dah bertahun dia tinggal. Tengahari orang puasa tapi dia masuk dapur goreng telur, cedok nasi dan masuk bilik makan.

Macam mana dia boleh confident yang dia takkan tumbang dengan dajjal? Adab dengan mak tak ada. Ayah yang s4kit pun dia tak berjumpa.

Alasannya sebab ayah masih sokong politik. Orang–orang sokong politik katanya takkan bau syurga.

Takkan dapat elak dari dajjaI. Dalam group whatsapp family, tak habis–habis spam chat pasal artikel k0nspirasi itu ini. Itu belum lagi dekat Facebook.

Terpaling alim. Semua bagi dia bersifat y4hudi dan k4fir. Apa saja tentangan orang, semua dia label orang tu pengikut dajjaI.

Berg4duh dengan saud4ra mara, adik beradik usah lah nak kata. Kadang kala mak rasa malu dengan sikap abang.

Dalam handphone, segala jenis gambar kuato pasal hukum akhir4t dia ada. Orang ni masuk ner4ka, orang tu masuk ner4ka, seolah macam dia sajalah yang masuk ke syurga.

Solat ke mana–mana. Ada sesama manusia pun entah ke mana. Tu belum cerita lagi bab pengotornya pula bagaimana. Hal dunia dah melebih–lebih.

Hal akhir4t tak dicari tapi ada hati nak letak tag ner4ka dan syurga pada golongan manusia.

Itu belum lagi dia ratib pasal golongan wanita yang dik4takan akan lebih banyak jadi pengikut dajjaI. Kalau dulu kerap dia menganjing mak.

“Mak ni tak habis–habis duit, tak habis–habis barang kemas, esok–esok dajjaI datang dia hulur je semua ni, terjelir–jelir mak ikut.”

Dengan kasar dan keras. Kononnya dulu dia mampu hidup bersederhana. Duit ni apalah sangat.

Mungkin dia fikir makan hasil bercucuk tanam saja dah cukup tapi kerana sikap MAHA PEMALAS yang dia ada, takkanlah nak telan cili semata–mata?

Beras tak perlu? Gula tak perlu? Ikan tak perlu? Tapi sekarang dunia ni berputar, apa yang dia kata pada mak semuanya kembali pada dirinya sendiri.

Sekarang dia yang mengemis–ngemis duit bantuan dari kerajaan. Waima pengeluaran KWSP pun dia yang lebih pantas.

10 tahun yang lalu, duit kerajaan semuanya h4ram. Bawa ke ner4ka. Tapi dia mungkin lupa tabungan KWSP dia tu dari hasil gaji kerja kerajaan dulu juga.

Pernah mak berg4duh dengan abang kerana kebiadapan mulutnya menyatakan mak kaum pengikut dajjaI dan mak mempersoalkan pula tentang amal ibadat abang yang tika itu tak langsung bersolat dan tak juga berpuasa.

Bahkan filem p0rno juga menjadi tatapannya. Tapi abang meng4muk! “Hal amal ibadat aku jangan disoal! Jaga hal amal ibadat kau sendiri.” Jerkahnya pada mak.

Kelakar bukan? Dia sibuk–sibuk dengan akhir4t orang lain tapi akhir4t dia kami dilarang untuk ikut masuk campur.

Katanya lagi, alasan dia tidak pernah solat adalah kerana rumah kami yang tak ketahuan dibina dengan hasil apa.

Maksudnya mungkin dibina oleh hasil h4ram memandangkan rumah ini dibina menggunakan modal dari bapa saud4ra kami.

Bapa saud4ra adalah orang kuat politik yang agak berpengaruh.

Seolah nak menyatakan mungkin saja bapa saud4ra menggunakan duit h4ram untuk membina kediaman kami. Walhal rumah ini usianya lebih dari 100 tahun.

Rumah kami dibahagian atas sudah wujud dari zaman per4ng. Hanya rumah bawah sahaja yang disponsor oleh bapa saud4ra.

Jadi kenapa dia tak solat sahaja di rumah atas? Surau dan masjid juga tak pernah dipijak. Alasan demi alasan hinggakan lebih 10 tahun tak pernah bersujud pada Allah.

Sudahlah silaturahim sesama manusia tidak ada. Dia sibuk mengkaji bagaimana sifat dajjaI dan pengikutnya sampai dia lupa agama.

Seolah meratib nama dajjal itu lebih banyak dari zikiran Asmaul Husna. Dia mengenal dajjaI lebih dari Tuhannya. Lebih dari syahadah yang dilafazkannya. – SM (Bukan nama sebenar)