Ada sebab knp ak kene buktikan yg ak perlu mengandung. Suami tahu ak sedih, jdi dia cerita mcm mana dia blh jdi lembut

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum berjunpa kembali. Sebelum aku mulakan cerita, aku nak minta maaf sangat2 pada abang kakak yang tegur tentang ‘rapat dada ke dada’ tu.

Untuk Part 1 dan part 2 boleh klik pautan di ruangan komen

Salah aku sebab aku tak terangkan lebih lanjut. Sebenarnya ianya tidaklah se’erotik’ mana.

Contohnya macam hari tu.. suami aku tengah layan Euro. Mata aku plak dah berat sangat. Aku mintak izin tidur dulu. Dia angguk dan bangun dari sofa untuk rapat dada. Tapi matanya masih melekat kat TV.

Acuh tak acuh saja kitorang buat. Memang betul2 cukupkan syarat saja.. huhu.. maaf sekali lagi ye abang kakak..

Ok, macam yang aku bagitau sebelum ni, aku nak cerita tentang pengalaman sebelum tahu mengandung.

Mungkin kali ni aku mulakan dulu kenapa aku perlu mengandung. Dengan kata lain, aku kena tunjukkan yang suami aku yang lembut ni boleh buat aku mengandung.

Macam ni ceritanya..

Masa tu raya 2018, beberapa bulan setelah kami kahwin. Adik beradik aku yang lain semua beraya dirumah mertua. So, aku ajak suami balik raya kampung aku.

Suami bersetuju. Suami pun suka duduk kampung aku sebab dah lama tak merasa suasana kampung. Orang KL la katakan.

Dah adat family kitorang, bila raya..rumah mak bapak aku yang akan kena ser4ng dulu. Sebab bapak aku anak sulung. 5 keluarga adik beradik bapak aku akan konvoi ke rumah kitorang.

Bila raya biasalah.. ada yang tayang baju fesyen baru, tayang body baru sebab dah krus, tayang kereta baru.

Aku? Aku mampu tayang suami baru aku saja la..

Kalau dulu diorang sibuk tanya aku bila nak kahwin, sekarang ni pulak, dah sibuk tanya

“Dah ada apa apa ke?” Hmm.. aku mampu geleng sajalah. Masa tu riuh la makcik2 aku bagi petua ‘mudah lekat’.

Makan itu. Makan ini. Buat itu. Buat ini. Aku angguk2 saja.. dan segan pulak aku bila makcik aku kata,

“Laki kamu kenalah rajin menyemai benih”

Adoiii.. dah masuk topik ‘halaman pertanian’ pulak dah.. haha

Tapi, dalam keriuhan tu, tiba tiba terdengar bisikan bisikan negatif daripada kelompok sepupu2 lelaki aku yang remaja.

“Lembutnye..”

“Nyah”

Dan bisikan bisikan negatif itu disambut dengan gelak ketawa yang menyakitkan hati. Mood happy aku terus hil4ng.

Emosi aku makin tak terkawal bila nampak sorang daripada budak2 tu menggayakan gaya lembut sambil minum. Aku dah rasa mata aku panas. Aku cepat cepat masuk ke bilik air.

Di situ aku lepaskan semuanya. Sedih betul aku rasa. Janganlah suami aku sedar yang budak2 tu tengah ejek dia. Kalau boleh aku nak dia happy saja kat kampung aku.

Lebih kurang 10 minit jugak aku habiskan dalam bilik air. Bila dah rasa tenang sikit, aku keluar. Terserempak pulak dengan suami aku. Mata aku dah sah sah la nampak merah.

“Sayang kenapa?”

“Migrain.. Dah ok sikit..” itu saja alasan yang aku terfikir.

Tiba-tiba dia pegang belakang kepala aku sebelum dia tarik dekat dengan badan dia dan dia ciium dahi aku.

“Abang dah ubat. InsyaAllah lepas ni sembuh” Katanya sebelum kembali melayan tetamu diluar.

Aku jadi bertambah sebak. Aku masuk bilik air sekali lagi.. Makin deras airmata aku.

Tak tau kenapa aku jadi lagi sedih. Mungkin kesian dengan nasib suami aku. Hina sangat ke jadi lembut?

Malamnya, mak ayah aku ajak beraya ke rumah makcik pakcik aku. Aku bagi alasan letih.

Cukuplah anak anak diorang dah hina suami aku siang tadi. Aku dah serik. Suami aku pun aku tak bagi ikut.

“Pengantin baru tu.. biarlah diorang tido awal sikit”

Bapak aku pulak menyampuk. Dah salah faham pulak orang tua ni. Ah. Biarlah..

Bila rumah dah sunyi, aku terus masuk bilik. Rasa nak rehat kejap. Berat betul kepala aku. Tak sampai beberapa minit letak kepala ke bantal, aku terlena.

Aku cuma terjaga bila suami aku buka pintu bilik. Aku toleh jam. Dah pkul 11 malam. Ingat nak tido kejap saja. Sampai 3 jam peginye. Aku duduk. Suami aku dah baring sebelah aku.

Tak tahu kenapa hari itu aku tak rasa nak becakap sangat. Mood aku masih swing. Mungkin jugak sebab aku kebetulan period hari tu.

Bila teringat ada benda yang perlu aku kemaskan sebelum tidur, aku bangun. Tapi suami aku dah tarik tangan aku dan buat aku terduduk betul betul sebelah dia.

“Nak pegi mana?”

“Nak kemas dapur. Kang mak bising”

“Abang dah kemas”

“Ruang tamu pun sepah tadi..”

“Pun abang dah buat jugak..”

Aku dah tak jumpa alasan. Aku baring balik..sikit pun aku tak bersuara lepas tu. Cuba2 untuk sambung tidur. Tiba2 saja suami aku kata..

“Dah la tu.. tak payah pikir sangat.. abang tau..”

“Tau apa?”

“Abang pun dengar tadi.. g4y la.. p0ndan la.. nyah la..”

Ya Allah. Dia tau?Aku terus pe luk suami aku. Automatik airmata aku mengalir lagi.

“Saya minta maaf tau.. family saya jahat”

Suami aku gelak.

“Abang dah lali laa.. benda2 tu abang hadap sejak kecik. Dulu2 memang la rasa jugak. Dalam family abang sendiri pun abang kena bvli”

Masa tulah dia bukak cerita2 dia kena bvli. Yang aku paling ingat dia cerita tentang jiran dia yang dia panggil Milah. Bila gduh saja, mesti Milah akan panggil dia P0ndan Chow Kit

“Abih tu? Abang balas apa kat Milah?”

“Mula mula abang ok lagi.. tapi bila dah selalu sangat. Abang terus jerit kat dia.. JANGAN SAMPAI AKU R*GOL KO MALAM NI. Mencicit dia lari.

Tau pulak dia takut.. sampai sekarang dah tak berani jumpa abang.. takut kena r*gol le tu ”

Aku yang dengar terus hil4ng sedih. Terbahak bahak aku tebayang si Milah kena sembur dengan si mamat lembut ni.

“Macamana abang boleh jadi lembut?”

Suami aku pun cerita yang dia masa kecik normal. Macam budak2 biasa. Mungkin sebab suami aku anak bongsu, ‘manja’ tu lebih.. pantang kena pkul, terus nak mengadu.. kawan2 dia pulak ramai perempuan.

Suami aku takkan main yang ganas2, nak main pasir depan rumah pun mak dia tak bagi sebab takut dia jadi hitam legam.

So, terperap la dia kat rumah dengan kakak2 yang suka main mekap2.. main masak2..

Bila dah remaja, bapak dia perasan kecenderungan suami ke arah ‘kewanitaan’. Lebih2 bila berjumpa kawan2 yang sejenis kat universiti.

Sebab tu habis saja belajar, bapak dia aturkan untuk kahwin. Dengan family jauh.

Masa tu, dia mengaku yang sedikit pun takde perasaan dekat perempuan.. Tapi sebab bapak dia garang.. dan mak dia betul2 pujuk dia.

“kahwin saja dulu.. nanti rasa tak sesuai boleh ceraai.. ”

Mak dia merayu nangis2 masa tu. Suami pulak jenis tak sampai hati tengok mak dia merayu macam tu. Dia pun ikutkan

Bila dah kahwin, dia cari jalan untuk dapat ceraai cepat

“Jahat kan abang? ”

Aku angguk. Kesian pulak ex dia..

Suami aku pun cerita yang dia sengaja buat2 busy di malam pertama. Bila ex dia sedar yang dia memang tak nak ‘bersama’.

Ex dia tidur di bilik lain. Sampailah hubungan tu jadi betul2 toksik. Hubungan di antara dua orang yang sangat asing.

Ada jugak suami cuba2 untuk berbaik. Nak ajak ex dia makan luar. Nak ajak bincang. Tapi ex dia tak nak. Bagi alasan macam2. Ex dia asyik berkurung saja dalam bilik.

“Masa tu abang rasa memang dia pun nak ceraai agaknya. Dia tak suka lelaki lembut macam abang kot..”

Lepas ceraai, dah tentulah kecoh. Tentang family ex dia aku tak boleh cerita lebih2..

Apa yang boleh aku bagitau, keluarga suami menanggung malu yang besar. Dikatakan ‘terdesak’ mengahwinkan anak yang ‘tak mampu’.

“Mak abang sampai jatuh skit.. bapak abang yang garang tu jadi pendiam. Rasa bersalah agaknya. Adik beradik semua tunjuk simpati pada abang..”

“Masa tu abang salahkan diri. Salahkan diri yang lembut. Tak berusaha nak berubah”

Aku menangis. Setiap peristiwa yang diceritakan macam layar perak dimainkan di depan mata aku.

“Sebab tu abang mintak untuk dicarikan jodoh lagi. Abang nak buktikan kemampuan abang. Abang yakin abang boleh ”

“Bila dah kahwin dengan sayang, abang perlu masa untuk pupuk perasaan pada sayang. Bila tiap hari tidur sekatil.. asyik terpe luk saja..

Memang timbullah ‘rasa’ tu. Lepas tu baru abang sedar, seronok rupanya. Menyesal tak kahwin dari darjah 6” Suami aku dah gelak macam gila.

“Kalau tak kahwin dengan saya, abang tau tak abang kahwin dengan sape?” Aku tanya dia sambil tahan gelak.

“Sape?” Berkerut dahi dia

“Milah”

Kami pun bergelak ketawa sampailah mak bapak aku ketuk pintu rumah . Baru balik beraya. Pergh.. sampai pkul 12 malam. Sakan betul.

Ye.. begitulah.. kisah kenapa aku nak sangat mengandung. Sebelum tu mungkin aku tak kesah sangat pun. Yang penting hidup aku tak kacau orang.

Tapi bila kejantanan suami aku dicabar, aku sahut. Aku akan gunakan kabel paling besar. Allah. Aku akan doa sungguh2. (Wahh.. berkobar2 betul kan? Haha)

Oklah sampai sini dulu.. Cerita tentang usaha kitorang nak dapatkan seketul baby akan aku sambung minggu depan. InsyaAllah.. Itu pun kalau korang tak menyampah. Huhu.