Ak join apps dating jmpe org yg ak kenal. Bila tanya x takut isteri ke. Jwpn dia buat aku melopong

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum wbt. Nama aku Safiyya berusia 27 tahun. Nak dijadikan cerita, Bff aku bertemu jodoh didating apps.

Sejak dah jumpa jodoh, memang dia galakkan aku install dating apps sebab aku ni s0cially awkward.

lepas tu sibuk saja memanjang, memang tak ada masa nak cari jodoh. Jodoh yang saudara mara kenenkan pulak tak serius dan berniat nak ambil kesempatan pada aku.

Aku pada mulanya tak berminat, sebab walaupun aku ni s0cially awkward, aku lebih suka mengenali orang secara berdepan, bukan secara maya.

Tapi kawan-kawan yang nak sangat tengok aku kawin asyik la rekemen dating apps, rupanya mereka pun jumpa jodoh didating apps.

Tapi kobid pulak tiba, dan ketika ni la aku terdetik hati nak berumah tangga, bukan sebab sunyi pun, lebih kepada memang dah bersedia nak share hidup aku dengan pasangan.

Disebabkan work from home, lagi la tak berjumpa orang, aku akhirnya install dating app.

Aku install 3 apps untuk pencarian jodoh aku. Baru satu hari aku register akaun, naik profile rakan sekerja aku.

Aku tak rapat dengan dia, dan dia pun sejenis alim. Lagi la aku segan nak bercakap dengan dia.

Yang aku dengar dia rajin ke masjid solat berjemaah, jenis suka keluar berdakwah suka dengar ceramah agama.

Pendek kata, dekat pejabat aku, semua orang kata dia baik. Dan dia dah kahwin, ada tiga anak. Yang paling aku terkejut sangat, dia swipe right aku. Aku pun swipe right.

Tak lama dia mesej aku, “Hai sayang cantik saya.” Emoji love-love dia bagi aku. Aku balas, “buat apa dekat dating apps”— dia jawab saje saja sebab bosan.

Sebab BOSAN. Lepas tu dia bl0ck aku. Yang aku tak boleh blah, dekat 2 lagi akaun dating apps aku pun dia swipe right.

Bila aku masuk office, setiap kali terserempak dengan aku, dia sengih-sengih je.

Aku perasan jugak la dia banyak kali cuba nak dekat dengan aku, tapi aku buat tak tahu. Aku buat tak nampak saja dia.

Aku dah berjanji dengan diri aku, walaupun aku dah kategori lewat nak kawin, tapi aku tak nak sebat suami orang.

Aku tak nak lukakan perasaan wanita lain, aku tak nak runtuhkan keluarga orang. Tr4uma, aku pun uninstall la dating apps aku, selama 4 bulan.

Lepas baca confession di sini pasal dating apps, aku terdetik nak install kembali apps. Aku fikir ala hanya pengalaman buruk sekali, ramai lagi lelaki baik.

Kali ni baru 3 hari aku install balik, aku jumpa lagi rakan sekerja aku. Tapi yang ni lain.

Dekat fb bukan main bermain kata pujangga, puji isteri, sayang isteri bagai.

Tapi dekat dating apps— ”mencari perempuan yang sudi bercinta dengan saya”.

Pernah juga aku chat dengan seorang lelaki ni, aku terlupa nak tanya dia dah kahwin ke belum masa intro.

Hanya selepas 2 minggu, plan nak jumpa aku baru aku tahu dia dah kawin. Itu pun aku tanya dia, siapa housemate dia. Housemate dia adalah isteri.

Dia cakap dia join dating apps sebab bosan, nak ada sk4ndal. Dia cakap ramai saja kawan-kawan dia pun ada sk4ndal geli-geli. Setakat geli-geli tak salah katanya, awak tak payah acah baik.

Tu belum jumpa lagi di dating apps, terus terang ada isteri tapi join dating apps sebab nak ada teman, saja nak cari kawan baru.

Nama pun dating apps. Gunanya memang la nak cari pasangan. Kalau dah berpasangan masih join dating apps, maksudnya ada intention atau memang dah curang pun.

Kalau lelaki, sebagai contoh join dating apps, atas alasan nak cari kawan adalah tak logik. Fb ada, twitter pun ada untuk cari kawan.

Kenapa dating apps? Kalau lelaki set interested in men, bukan namanya g4y? Dah kawin, set interested in both men & women, bukan namanya b1s3ksual?

Kalau interested in women, memang la straight, tapi interested dekat g3nder mana pun kalau dah namanya dating apps, bukan ke dah dikira curang?

Bosan sangat, banyak sangat ke masa kat rumah sampai nak cari st0k geli-geli online.

Isteri & anak-anak tak perlu perhatian ke sampai masa terluang tu sempat chat dengan perempuan lain sana-sini?

Tak kesian isteri urus rumahtangga, apa tak terfikir ke perasaan isteri terguris bila nampak suaminya merenyam cari sk4ndal di dunia maya?

Apa isteri tak cukup bagus, sehinggakan perlu stok baru untuk bermanja-manja? Menggedik online,

saja-saja nak melukakan perasaan isteri dan anak-anak, aku harap ada neraka khas untuk golongan lelaki sebegini.

Tak hairan kalau keluar berita golongan tua diabaikan oleh anak-anak. Mana taknya zaman muda, sedap memuaskan n4fsu sampai lupa keluarga.

Dah tua, n4fsu dah tiada, menagih simpati anak tak ada guna. – Safiyya (Bukan nama sebenar)