Kerana ipar duai ak dgn laki ak plk yg gduh. Bg pinjam kereta, abis diubah suai. Ingat ak nk diam, ak puas hati dgn apa ak buat ni

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum.. Aku Mona, alhamdulilah dah berkahwin, ada anak. Suami? Dia ok je. Yang tak OK, adik beradik dia, ha ipar duai aku la tu.

Aku saja la nak bercerita pengalaman ada ipar duai yang perangai dia… Sesak dada oi. Kalau tak kuat, aku rasa dah lama aku angkat kaki blah.. Kisah ni berlaku beberapa tahun yang lalu…

Kisah 1, Adik ipar perempuan kesayangan aku ni datang la bertandang dekat rumah kami laki bini. Oh ya, masa ni dia tak kahwin lagi.

Sebelum ni ada jugak dia pernah datang, tapi tak selama yang kalini punya. Aku ingat datang kejap je, sekali duduk berminggu-mingu.

Yang paling best, duduk rumah kami macam Queen. Breakfast aku sediakan, lunch aku masakkan, dinner aku hidangkan.

Padahal bilik dia tepi dapur je, pekak sangat ke tak dengar kak ipar dia dok masak? Kot ya nak datang jengah muka tanya aku kot-kot ada apa nak kena tolong ke, h4ram..

Minggu pertama aku boleh ikhlas lagi la, tetamu kan. Ni tidak, pintu bilik dia pun laki aku kena ketuk nak ajak makan sekali.

Keluar bilik, tinggal cedok nasi je, dah habis makan, layan N3tflix. Ewah, ewah, ewah.. Lama-lama memang aku tegur la perangai adik ipar aku tu dekat laki aku.

Aku ni ada anak kecik, mana nak masak, mana nak urus rumah, aku pulak buat bisnes online, jem otak weh.. Laki aku boleh balas “biasa la tu.. tetamu”.

Tetamu tok anjang dia, 3 hari je kot ya pun nak jadi tetamu kelas atasan. Aku h4muk la weh. Aku kata aku bukan babu dalam rumah ni.

Serba serbi nak dilayan bak permaisuri. Aku tak cakap banyak, aku kata nak balik kampung secepat mungkin.

Dengan cara tu je aku dapat courier adik ipar aku tu terus ke kampung halaman dia. Kampung laki aku dengan aku tak jauh mana pun. Aku memang silent tre4tment dengan laki aku masa ni.

Sedih ada, terasa dibuuli pun ada.. Memang la beras abang dia beli, tapi aku yang masak. Kes ni selesai lepas kami pulang ke kampung.

Dah hantar sampai depan pintu rumah, salam aku pun tidak, nak ucap terima kasih jauh sekali. Protes la tuh.

Lantakklah. Nak benci aku sekalipun. Ingat aku kisah? Lepasni, nak malas, silakan bermalas-malasan kat rumah mak bapak sendiri.

Kisah 2, Sejenis suka meminjam kereta orang. Dah la pinjam bukan kejap, ada kadang sampai sebulan. Memang la kereta tu abang kau yang bayar, tapi nama aku.

Laki aku ni pulak Ya Allah Ya Rabbi baik hati tahap aku sendiri tak boleh hadam. Dah pinjam mulut tak reti nak bersyukur.

kata kereta aku banyak calar la, kemek sana sini. Hamboi KakNon..

Part paling aku panas dan memang aku melet0p, dorang boleh pergi modified kereta aku. Modified part mana, aku tak mau cerita. Dahtu, boleh pulak claim duit laki aku.

Sampai je rumah, laki aku check kereta aku, aku perati je dari dalam rumah. Malam tu aku hamuk la.

Aku sound jangan nak memandai-mandai sentuh kereta aku. Buat itu ini. Laki aku boleh pulak kata aku tak suka adik beradik dia.

Benda ni memang buat kami laki bini gaduh. Cakap banyak tak guna, aku ambik simpan kunci kereta aku. Ha, gasak la korang nak balik rumah korang naik unta ke naik kuda ke. Puas hati aku.

Lepas kes tu, dah tak ada sesi pinjam meminjam. Jual la air mata d4rah sekalipun, aku tak heran.

Kisah 3, Aruwah orang tua aku ada tinggalkan rumah sebiji dekat kampung. Dorang ni pernah datang la bertandang rumah tu. Alhamdulillah rumah tu besar, rumah sebiji atas tanah.

Ada aircond setiap bilik, kira fully furnished la. Ipar duai aku ni boleh suruh aku letak barang-barang rumah tu dekat rumah mak bapak dorang.

Allah.. Jem kepala otak aku masa tu. Aku balas, nak ambik la sendiri. Urus sendiri lori ke apa ke. Aku tau dorang nak santak laki aku suruh handle semua.

Banyak cantik? Tu tak masuk cerita nak duduk rumah tu FREE. At last, aku sewakan rumah tu dekat orang lain. Kurang-kurang hati aku tak s4kit.

Aku ni cuba nak berlapang dada. Aku bukan tak layan dorang baik-baik. Tapi kadang-kadang aku rasa dorang ni melampau sangat.

Jenis kaki buuli pun ada, nak ambik kesempatan pun ada. Tu tak masuk pasal MULUT masing-masing lagi, burukkan aku depan mertua aku, kaki sound orang, suka bergaduh sana-sini.

Hadoi lah.. Korang kalau ada nak share pengalaman BURUK/ NG3RI dengan ipar duai, share la sekali. Moga dapat jadi pedoman untuk kita semua.

Kadang Tuhan hantar suami ok, tapi Tuhan uji dengan ipar duai yang aneh-aneh. Betullah orang kata, hidup ni memang penuh dengan ujian. – Adik Iparmu (Bukan nama sebenar)