Sedih jdi bini no2, hak ak terabai. Dah la smpai skrg suami tak daftar perkahwinan kmi. Aku perlu pertahankan hak anak ak

#Foto sekadar hiasan. Sekadar meluahkan perasaan yang tidak tertahan. Aku adalah isteri kedua kepada suami aku.

Aku kahwin dengan dia sebab kami dah terIanjur dan aku mengandung. Untuk tidak berbuat d0sa untuk kesekian kalinya maka aku perlu berkahwin.

Mulanya hasrat aku ditentang oleh keluarga tapi ayah aku terp4ksa pasrah dengan kehendak aku.

Walaupun aku tahu dia begitu kecewa dengan pilihan aku. Dia takut aku tak nak balik rumah lagi kalau tidak setuju dengan permintaan aku untuk kahwin.

Pun begitu aku merahsiakan kandungan aku ini demi menjaga maru4h anak aku bila besar nanti.

Aku p4ksa dia kahwin cepat–cepat sebelum perut m4kin membesar. Walaupun begitu aku berasa tidak menyesal kerana berkahwin dengan orang yang aku sayang.

Aku pun dapat merasakan dia kahwin sebab anak dan sayang pada aku sekali. Sebenarnya aku tidak ingin j0doh macam ni tapi mungkin dah tertulis nasib aku tak akan bahagia selama–lamanya.

Sekarang dah 4 tahun aku berkahwin, tapi hidup aku tak pernah tenteram, tenang, gelisah setiap masa dan saat.

Jujurnya aku tidak bahagia. Mujurlah ada anak sebagai pengubat duka lara. Umur aku 31 tahun, suami aku 46 tahun dan madu aku sudah berusia 50 tahun. Madu aku mengidap peny4kit Park1nson yang sem4kin lama sem4kin teruk.

Segala urusan rumah di sana suami aku yang uruskan semua. Aku sedar hakik4t itu dan tidak pernah mintak lebih–lebih dari segi giliran malam.

Aku merelakan saja dia datang rumah pukuI 10.30 mlm sedangkan giliran malam sebenarnya dari maghrib sampai subuh.

Aku terp4ksa relakan saja demi peny4kit bini dia. Suami memang adil dari segi giliran malam tapi aku yang perlu menyebut dan mengingatkan dia untuk datang rumah bila sampai malam giliran aku. Setiap maghrib dan malam aku hanya berdua setiap hari.

Aku sunyi dan tidak seperti hidup orang yang berkahwin. Sem4kin lama aku tengok suami m4kin tidak menyayangiku lagi.

Aku sedar aku tak punya kerja tetap, berharap duit dia je. Memang tiap–tiap tahun aku bekerja sebagai guru sandaran tapi bukan penuh setahun.

Gaji guru itu agak lumayan. Dengan duit tu, aku merasa nak pergi berjalan dan bercuti. Tapi suami aku sering mengungkit anak–anak dia tak ke mana–mana sebab aku.

Sedangkan sepanjang aku ke mana–mana, aku yang mengeluarkan duit, duit dia 1 sen tak akan dikeluarkan.

Dia akan mengungkit jika keluarkan duit. Aku pelik kenapa aku perlu disalahkan, anak–anak dia tak dapat ke mana–mana sedangkan dia selalu merungut takde duit setiap hari dan bini dia s4kit tak boleh berjalan. Kenapa perlu aku disalahkan?

Kalau takde duit, diam dahlah, Dia nak ikut seperti orang lain yang berduit, Bile cuti nak ajak bercuti merata–rata tempat sedangkan habuk takde.

Sekarang dia m4kin teruk melayan aku, dia selalu datang lambat ke rumah aku tanpa beritahu apa–apa.

Aku mesej dan call dekat 100x dia buat tak tau datang tanpa rasa bersalah. Aku memang jenis tak sabar orangnya dan cepat naik angin.

Siapa tak s4kit hati jika bila aku call dan mesej, dia buat tak endah. Sedangkan anak dan bini tua call terus cepat angkat.

Sedangkan aku dilayan seburuk–buruknya. Kalau dia melayan dengan aku dengan baik sudah semestinya aku tak akan meng4muk dan menangis setiap hari.

Aku tengok dia rasa seronok tengok aku meng4muk, sebab tu mesej aku menyindir dan perli.

Aku diibaratkan musvh ketatnya. Dia tak pernah menjaga hati aku. Dia macam bangga bila bersama–sama dengan anak dan isteri pertama bila hari cuti. Dia langsung tak herankan aku. Macam aku seolah–olah dah diceraikan.

Begitu benci dia pada aku. Aku hanya dapat rasa dia sayang pada aku hanya dalam mimpi.

Dalam dunia sebenarnya dia begitu membenci aku. Dia selalu sebut soal cerai dan pernah dia cakap dia kalau tak sebab anak dah lama dia ceraikan aku.

Perempuan jiwanya sangat sensitif. Bila hari cuti dia mengungkit bila aku suruh datang umah.

Dia kata aku macam–macam kerenah sedangkan aku hanya nak berjumpa setiap hari.

Bukan lama pun 2, 3 jam saje. Tapi dia 2, 3 hari cuti sepanjang hari dengan anak dan bininya.

Bila bersama aku dia mula gelisah dan tak tenang dan mula tengok jam. Seolah–olah rumah aku macam ner4ka bagi dia.

Hanya hari sabtu aku dapat bersamanya dari pagi sampai sabtu malam. Bila petang menjelma dia mula gelisah dan merungut risaukan anak dan bini kat umah.

Aku pun punya anak. Anak aku macam takde ayah. Nak jaga jauh sekali. Bila aku cakap tak tahan dengan anak aku yang lasak, dia buat tak tau je.

Dalam kepalanya hanya anak–anak kesayangan je. Suami aku memang baik tapi hanya baik pada keluarganya.

Kalau dia sayang keluarganya, kenapa cari perempuan lain. Sebab bini dia dah tua dan tak menarik.

Dia sayangkan isteri dan anak–anaknya lebih dari segala–galanya. Sedangkan aku hanya berharap suami adil. SUSAH IDUP JADI BINI KEDUA NI.. HAK AKU TAK TERJAGA.

Sudah 4 tahun dia tak pernah berusaha mendaftar perkawinan. Mula–mula memang dia ada pegi pejabat agama dan bila pejabat agama berdiam diri hampir 4 tahun, dia langsung tak berusaha.

Sampai aku sendiri call pejabat agama dan buat prosedur lain.

Tapi dia hanya mengambil borang dan terus berdiam diri sampai sekarang. Mana hak aku sebagai isteri dan anak aku sebagai anak jika dia meninggaI dunia.

Memang ajaI m4ut di tangan Tuhan tapi aku masih muda berbanding dia, mana hak aku untuk membela nasib anak aku..

Madu aku dapat pencen seribu lebih tiap–tiap bulan dan punya duit kwsp beratus ribu.

Kalau aku tak bertindak dari sekarang, semua wang pencen dan insurans suami aku menjadi hak mutlak isteri pertama dan anak–anak.

Sedangkan aku takde keje tetap, hanya tinggal di umah sewa dan tiada kenderaan. Sedangkan isteri dapat rumah dan punya kereta.

Aku sebenarnya tak inginkan harta yang tak seberapa tu, cuma aku ada anak, aku perlu membela nasib anak aku.

Bila hari biasa jiwa aku sedikit tenang sebab dia tak pernah berkira datang rumah banyak kali dalam sehari.

Sekurang–kurangnya aku tak rasa dipinggirkan. Bila hari cuti panjang, aku hanya berkurung dalam rumah. Betapa sunyi sangat hidup aku.

Bila datang mesti dia buat hati aku terIuka dan meny4kitkan hati. AKU CEMBURU PASANGAN SUAMI ISTERI YANG LAIN YANG HIDUP PENUH BAHAGIA TANPA SBARANG MASALAH.

Bila aku ajak balik ke kampung aku, yang tak berapa jauh hanya sejam, dia mula mengungkit dah lama tak balik kampung isterinya yang jauh 5 – 6 jam dari sini.

Dulu aku selalu balik 2 minggu, 3 minggu sekali, tapi sekarang sebulan sekali payah sangat.

Aku kena p4ksa dan bert3ngkar dulu dan bila dalam kereta dia hanya mendiamkan diri tak puas hati dengan kehendak aku. Kalau kampung aku jauh berbatu–batu aku tak minta balik setiap masa.

Tapi sebulan sekali. Ayah aku dah meninggaI dua tahun, kini hanya ada mak dan adik beradik. Aku tak nak ulangi, dulu aku nyesal jarang balik.

Sampai ayah aku tak berapa rapat dengan cucunya. MAK.. ANAKMU TERP4KSA HIDUP SEPERTI NI, DALAM HATI MEMANG NAK BALIK SETIAP MASA, TAPI APAKAN DAYA..

SEBENARNYA AKU SERING IMPIKAN HIDUP SENDIRIAN TANPA SUAMI LAGI. Kerana ada suami pun hidup aku tetap sama.

Kalau aku hidup sendiri. Aku tak perlu pikir masalah orang lain lagi. Jiwa aku pasti tenang.

Ya Allah kalau j0doh aku setakat ni tamatlah hubungan ini. Tapi jika j0doh aku masih panjang, berilah sedikit kebahagiaan untuk aku.

Sesungguhnya aku hanya menyiksa diri dengan perkahwinan yang tak membahagiakan diri. Haruskah aku teruskan? Hanya diri sendiri yang dapat merasainya.