2 tahun Anis meraana saakit SLE, tp rupanye dia disih1r. Bila tahu perbuatan siapa kmi h4lau bdk tu, habis satu rumah plk kena

Satu hari salah seorang pensyarah tegur Anis sebab ada tompok – tompok merah dekat muka. Dia suruh kami pergi jumpa ustaz. Balik je dari jumpa ustaz, Anis menjerit bagitahu yang sebenarnya housemate kami sendiri yang hantar sih1r. Bila kami tanya, dia cakap sebab kami terguna kuali dia dan..

#Foto sekadar hiasan. Nak share tentang kawan aku, Anis. Dia pernah disahkan menghidap SLE.

Lepas dua tahun dia mend3rita, dia beralih pula ke perubatan tradisional. Rupa–rupanya, selama ni dia disih1r oleh housemate kami yang berd3ndam hanya kerana Anis berbaIas comment di facebook.

Buat sesiapa yang tak tahu Sistemik Lupus Rritemat0sus (SLE), atau lupus, adalah peny4kit kr0nik “aut0immune” di mana antibodi seseorang bertindakbaIas dengan tisu badan seseorang pes4kit itu sendiri.

Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru–paru, sistem saraf, atau organ– organ lain di dalam badan. Dengan kata lain, pelan–pelan m4ti.

Simptom Anis ialah dia selalu demam, letih, turun berat badan, tompok–tompok merah di badan, s4kit dan bengk4k sendi (arthr1tis) selama beberapa minggu.

Satu hari masa dia ke kelas, lecturer kami yang sedikit alim ni bagitahu dia kesan-kesan merah yang ada kat muka dia tu lain macam.

Prof tu suruh dia jumpa ustaz. Masa tu aku nampak Anis cuak giIa. Masa doktor bagitahu dia ada SLE pun dia tak cuak macam tu.

Mula–mula jumpa ustaz pertama, ustaz tu cakap memang dia kena sih1r. Tapi sebab dah setahun lebih, ‘benda’ tu dah Iiat susah nak keluar.

Aku yang teman dia masa tu pun meremang bulu roma. Lepas di ruqyah, Anis tanya siapa yang buat dia? Dia tak pernah cari pasal dengan orang.

Tapi ustaz tu tak nak beritahu. Dia cuma cakap yang orang tu ‘orang dekat’ dan dia nasihatkan kalau ada pernah s4kitkan hati orang, pergi minta maaf.

Anis blurr. Sebab dia memang tak pernah berg4duh dengan orang. Tambah – tambah lagi dia Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti kami dua tahun berturut–turut.

Jadi, semua orang baik je dengan dia ni. Lepas berbulan–bulan berubat dengan ustaz pertama, Anis jadi m4kin teruk.

Kalau dulu cuma merah–merah dan bengk4k je kat badan. Tapi lepas jumpa ustaz dia mula meracau.

Anis cuba alternatif lain jumpa ustaz kedua. Dengan ustaz kedua ni pula, sekelip mata je lepas rawatan Anis pulih dengan izin Allah.

Hilang terus gejala SLE kat badan dia. Mula–mula ustaz tu tak nak beritahu siapa yang sih1r, tapi setelah didesak oleh Anis, ustaz ni sebut nama budak perempuan tu.

Katanya budak perempuan tu pend3ndam, jadi ustaz tu nasihatkan jangan kacau budak tu. Minta maaf je.

Tapi bila sampai je rumah sewa kami dan Anis beritahu siapa, kami satu rumah mer0yan. Mana taknya budak perempuan tu housemate kami sendiri! Untuk pengetahuan korang, orang pend3ndam ni dia pendiam dan tak cepat melatah.

Masa kami panggil dia untuk discuss, mula – mula kami ingat tak nak marah dan nak minta maaf je.

Tapi bila dia luahkan rasa tak puas hati terhadap kami satu persatu, dari masalah terguna kuali dia sampailah tergurau kasar di laman media sosiaI, kami terus naik angin.

Takkan hal remeh – temeh sampai nak libatkan sih1r? Bila kami terangkan apa punca kami bersikap macam tu kat dia, dia tak nak terima alasan/pendapat kami.

Ada je jawapan dia membaIas. Sebab dia sentiasa rasa dia betul dan kami mulalah kami naik h4ntu.

Dia pun tak mengaku yang dia sih1r Anis. Lepas tengok dia tak nak mengalah, kami sepakat nak haIau dia dari rumah sewa tu.

Ayat terakhir yang dia cakap, “Aku pun tak ingin lah nak duduk dengan korang yang perasan diva padahal aku tahu je asal usul keluarga korang.

Miskin! Duduk flat. Rumah buruk kat KL tapi mengalahkan anak VVIP. Kau ingat aku akan lepaskan korang? Kau tunggu nanti aku hantar benda!” Gulp.

Kami takut giIa malam tu. Sebab sepanjang discuss, cara dia cakap cool je. Siap nasihatkan kami cakap pelan – pelan lagi.

Tapi last–last sebelum dia tinggalkan rumah tu dia tinggikan suara. Keesokannya kami sama–sama ikut Anis pergi jumpa ustaz kedua.

Fuhh.. Lega bila ustaz tu cakap kami ‘clean’. Cuma kami yang kena marah balik dengan ustaz tu sebab pergi bertekak dengan si penyih1r.

Setahun lepas tu, aku perasan ada sesuatu yang pelik dengan diri aku. Lepas maghrib je badan lemah dan selalu mimpi pelik–pelik.

Masa tu aku dengan housemate lama yang lain dah berpecah tapi Anis je yang masih tinggal dengan aku.

Dia cakap dia pun alami perkara yang sama tapi doktor HospitaI Selayang bagitahu dia dah bebas SLE (Memang lah sebab disih1r).

Kami pergi berubat ke ustaz ketiga sebab ustaz kedua dah pindah. Aku dengan Anis pun takut nak jumpa ustaz kedua.. takut kena marah lagi.

Ustaz ketiga ni cakap kami disih1r. Tapi sebab dah setahun, ‘benda’ tu dah sebati dengan daging kami.

Allahu.. mengucap panjang aku. Menyesal tak sudah sebab haIau budak perempuan tu. Rupanya memang betul dia hantar ‘benda’.

Kami contact ex-housemate yang lain tapi mereka tak percaya sebab ustaz kedua dulu bagitahu kami ‘clean’.

Tapi ustaz yang ketiga pesan supaya ikhtiar untuk berubat sekali seminggu, minta maaf ke kawan – kawan kalau ada buat salah, selain jaga solat dan sentiasa berdoa.

Dia juga ada bagitahu kesan sih1r ke atas diri kami macam jadi malas beribadah, tak fokus belajar, result teruk, sentiasa nak berhibur dengan kawan–kawan, cepat marah dan lain–lain lagi.

Tapi satu kesan sih1r yang menarik perhatian aku ialah susah dapat pasangan hidup sebab ‘benda’ tu tak nak tengok kami bahagia.

Astaghfirullah.. patutlah Mia putvs tunang dua kali dalam masa setahun, Sarah dan Yasmin selalu berg4duh dengan boyfriend masing–masing.

Anis pula semenjak jadi kes ni terus tak ada boyfriend, sedangkan sebelum ni ramai lelaki minat kat dia.

Muka dia pun cantik putih bersih licin macam ada ‘mixed’ tapi takde kawan lelaki hanya sebab disih1r.

Kalau berlarutan tak dapat buang ‘benda’ ni, kami mungkin berhadapan dengan masalah rumahtangga dan masalah untuk dapatkan zuriat.

Aku jadi menyesal sebab cari pasal dengan pend3ndam tu. Kalaulah aku tak masuk campur malam tu mesti benda ni tak akan jadi. Aku dah nak habis belajar dah.

Tak lama lagi mesti mak ayah aku suruh kahwin. Tapi kalau aku ‘s4kit’, macam mana aku nak kahwin?

Penyih1r yang buat kami menderita tak boleh dikesan langsung sampai sekarang. Kalau dia terbaca benda ni pun mesti dia bersorak gembira. Apa–apa pun aku percaya Allah Maha Berkuasa. Semoga Allah mengampunkan d0sa kau.

Dan buat pembaca, kisah ini sebagai teladan. Jangan cari pasal dengan pend3ndam. Kalau nak jadi ‘keyboard warrior’ pun jangan sampai menggur1s perasaan orang lain. Semoga Allah meIindungi kita semua. – Yang Dikhi4nati