Pelik knp perlu bg duit dkt mak sorok2. Gaji abg bpuluh ribu. Abg ckp tak blh tido rumah mak lgi. Rupanya ini agkara perangai monyet G

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hai. Aku ShiMinAh. Aku berharap cerita ini akan disiarkan supaya menjadi iktibar buat para suami dan isteri diluar sana.

Aku berumur awal 30an dan merupakan anak bongsu di dalam sebuah keluarga nukleus yang besar. Aku bukan nak cerita pasal ujian hidup aku tapi hidup abang sulung aku.

Sedikit pengenalan mengenai keluarga aku. Kedua orang tuaku masih hidup. Ayah berumur 80, ibu berumur 74 tahun.

Keduanya tidak mempunyai sakit popular orang Malaysia, namun nak kata kuat sangat tu, tidak juga. Namun, tidak juga pernah menyusahkan anak anak.

Hidup seharian semua diuruskan sendiri berdua. Abang sulung aku pula sekarang ini berumur 50an. Orangnya sangat lembut, baik, solat cukup, rajin bantu orang.

Aku kira abang ku ini settle bab hablum minAllah, hablum minannas. Oh tak lupa, abang juga gajinya besar. Aku rasa tak kurang RM20,000 sebulan.

Macam mana aku tahu? Sebab sekitar 15 tahun dulu, abang pernah menjadi guarantor aku belajar, maka dia memberikan slip gajinya padaku.

Masa tu sahaja, gajinya sudah berbelas ribu. Abang juga adalah imam kedua sebuah masjid kecil di suatu tempat.

Alhamdulillah, rezki doa dan harapan ibu sejak dulu dulu. Nampak indah bukan kehidupan abang?

Namun, disebalik kehidupan indah abang, rupanya kehidupan bersama isteri dan anak anaknya tidaklah smooth seperti drama televisyen.

Untuk mudahkan cerita, aku namakan kakak iparku sebagai G. G ini sering kali membuat abang tersepit antara ibu dan dia.

Entah sejak bila ia bermula, kerana setahu aku dulu G seorang yang baik. Garang sikit sikit tu aku rasa normal la kan.

Malahan, semasa bersalinkan kedua orang anaknya yang pertama, ibu yang menjaga G dalam pantang.

Masak, mandi, bertungku, berparam pilis, berstokin semua settle. Kenapa tak berpantang rumah mak sendiri?

Entahlah, tapi aku pernah dengar yang G ni dulu bergaduh dengan mak nya sendiri. Pelik betul aku bila tengok anak bergaduh dengan mak ni.

Ada satu benda yang aku perasan (bukan aku je perasan, semua adik beradik yang lain pun sama), abang paling takut nak beri ibu duit bulanan.

Abang terpaksa sorok sorok dari pengetahuan G. Sampai sekarang abang masih bertabiat begini (dah berpuluh tahun).

Malahan, abang sampai ke tahap ada akaun rahsia daripada G (aku malas nak ulas mana aku tahu).

Untuk pengetahuan, G dan anak anak nya itu abang cukupkan keperluan ya, malah mewah dari orang lain.

Rumah, pendidikan, kereta semua berderet. Yelah, anak pun 3 orang sahaja.

Part yang paling aku sedih, aku pernah dengar abang cakap depan aku dan ibu lepas kami solat subuh.

‘lepas ni abang tak boleh dah nak tidur rumah ibu’. Aku yang bermulut murai ni terus sound tanya straight depan muka abang, ‘kenapa pulak abang tak boleh tidur rumah ibu?’.

Muka abang terus berubah, terdiam. Kejadian ni berlaku tahun 2019 dan terbukti sejak tahun itu abang tidak lagi pernah tidur bermalam di rumah ibu.

Mujur, abang masih datang jenguk ibu walaupun selalunya pulang seorang sebab G dan anak anak tak mahu ikut.

Tiap kali balik rumah ibu atau sendirian ke kenduri saudara, sebenarnya abang terpaksa tebalkan muka bila orang tanya mana G.

Kesian abang. Cerita abang tak boleh lagi tidur rumah ibu ni aku sampaikan pada kakak aku. Sebab apa?

Satu sebab aku memang murai, kedua aku ni pening fikir sebenarnya apa salah keluarga aku pada si G ni sampai perangai dia macam monyet tak berakal.

Dan sejak bila G membenci kami? Untuk maklumkan korang, ibu ayah aku ni orang yang baik ya.

Walaupun G buat perangai sekarang ni, tak pernah sekali aku dengar ibu bercakap buruk tentang G.

Ibu cuma cakap, pintu rumah ibu sentiasa terbuka untuk sesiapa pun. Bukti lain, ibu ayah memang kesayangan ramai.

Bukan kami adik beradik sahaja, saudara pakcik makcik semua nya sangat sayang ibu ayah.

Kakak kata, agaknya G marah sebab abang banyak melabur duit untuk keluarga kami. Memang silap besar la tu.

Sebab kami adik beradik tak pernah sekali pinjam duit abang walaupun abang senang.

Jumlah duit bulanan abang pada ibu ayah pun tak la banyak mana, bawah RM500 walaupun gaji berpuluh ribu (ibu tak pernah meminta pun).

Kakak kakak aku lagi banyak memberi pada ibu ayah walaupun gaji tak berpuluh ribu.

Tapi takde siapa pun pernah komplen apa apa. Ye lah, memang tak kisah pun. Bagilah seikhlas nya, janji ibu ayah ada duit membeli barangan makanan.

Banyak lagi perangai monyet G ni, tapi aku tak larat nak tulis. Yang pasti sekarang, anak anak G juga tidak lagi kisahkan tok dan nenek mereka ni.

Mujur bukan anak aku, kalau anak aku, tahu lah aku ajar kan adab dan kasih sayang pada orang yang membesarkan ayah korang tu.

Buat para isteri, kalau dapat mertua yang baik, janganlah buat suami kita tersepit. Galakkan lah mereka bersedekah duit, tenaga, ingatan, masa berbakti pada orang tua mereka.

Buat para suami, tak perlu rahsiakan berapa banyak kamu beri pada kedua ibu bapa kamu daripada isteri.

Bukankah itu tanggung jawab kamu? Mengapa perlu takut menunaikan kewajipan? Isteri tak ada hak nak melarang berapa kamu bagi selagi nafkah kamu pada mereka cukup.

Kita ni hidup bukan seorang seorang. Kalau kita settle hubungan dengan Allah tapi selalu buat musuh dengan keluarga, tak settle la bab hubungan dengan manusia.

Aku kira orang sebaik abang juga diuji Allah. Semoga ada jalan keluar untuk abang. – ShiMinAh (Bukan nama sebenar)