Sepanjg kawin sya kawal suami. Suami mmg baik tp bab duit ak selalu bebel. Bila dh lama suami mula brtindak dan sya menyesal

#Foto sekadar hiasan. Salam semua forumers. Sebenarnya selama ni saya seorang silent reader, suka baca je semua kisah–kisah dalam ni. Tapi apabila ada satu masalah yang tak dapat saya sembunyikan lagi menimpa saya.

Ingin saya meluahkannya di sini sebab ramai jugak orang lain yang meluahkan pendapat dan isi hati mereka di sini kan.

Saya memerIukan nasihat dan pendapat pembaca semua tentang masalah yang saya hadapi ini.

Saya seorang wanita berusia lewat 20-an, mempunyai seorang anak 2 tahun dan insyaAllah nanti tak lama lagi.

Masalah saya sekarang, perIukah saya terus hidup bersama suami saya? Begini ceritanya, saya berkahwin sudah 4 tahun.

Dari mula kami berkawan sehingga kami mendirikan rumahtangga dan seterusnya mempunyai anak,

saya akui memang saya selalu mengawal suami hingga saya akan merajuk dan tak bertegur dengannya sekiranya dia buat salah walaupun sikit atau mementingkan orang lain.

Pendek kata saya memang cepat melenting dan dia tak sampai hati hendak melihat saya begini terus memujuk saya.

Dia juga selalu ikut apa yang saya minta. Gajinya selepas berkahwin dengan saya hingga ke hari ni selalunya tidak mencukupi.

Iya, kadang–kadang ada la jugak dia membelanjakan untuk barang–barang anak dan keperluan rumah, tapi majoritinya saya yang selalu keluar duit.

Dia pernah keluarkan duit untuk kami cuma jarang–jarang. Kalau nafkah tu, memang tak pernah la seingat saya.

Saya tak kisah sangat lah sebab saya tahu gaji dia tak banyak dan dia pun selalu beli barang–barang keperluan untuk anak dan taska. Komitmen lain semua atas saya.

Saya selalu member0ntak dan terpikir kenapa hidup saya tak macam orang lain di mana isteri–isteri orang lain mendapat nafkah, belanja rumah, untuk anak–anak, suami bawak pergi melancong, belikan itu ini.

Sedangkan saya tak pernah nak merasa tu semua. Saya selalu bising pada dia. Seolah–olah merendahkan martabat dia sebagai suami yang tak pernah bagi semua–semua tu.

Saya juga selalu nak ambil tahu ke mana saja dia pergi dan akan selalu call dia walaupun waktu kerja dan saya pastikan dia wajib call saya bila ada waktu free.

Sampai satu waktu saya telah dapatkan kerja untuk dia yang lebih terjamin sikit.

Tapi disebabkan dia kerja shift saya plak tak banyak masa nak habiskan bersama dia dan ibarat nak selalu dia melekat je dengan saya.

Saya selalu syak dan risau yang suami saya mempunyai perempuan lain, takut sangat.

Kalau saya call dia kemudian tak dapat memang teruk la dia kena fire. Dia memang banyak bersabar dengan semua karenah saya,

selama beberapa tahun ni, sampai kalau g4duh sikit saya selalu mintak dilepaskan. Namun dia terus bersabar dan bersabar.

Saya rasa kalau lelaki lain dah lama saya jadi mak janda. Tapi the best part is saya rasa susah la nak cari lelaki yang banyak bersabar macam ni dan pandai jaga anak.

Dia memang arif sampai saya pun kadang–kadang tak layan anak, dia yang ambil alih buat kerja seorang ibu dan juga kerja–kerja rumah, selalu dah macam ni.

Sampai satu waktu, masin mulut saya, ada seorang wanita telefon saya (tak tahu la mana dia dapat no saya). Mula–mula dia tanya siapa saya, siapa suami saya, yang mana suami saya ni dulu pernah kerja dengan dia.

Tup tup esoknya perempuan tu mesej lagi, bagitau saya yang suami saya sebenarnya pernah pinjam duit dia bukan sikit–sikit, nak dekat 50K.

Dari mula dia mula kerja dengan pempuan tu sampai dia berhenti dan tak hubungi perempuan tu lagi. Tapi perempuan tu terus menerus cari dia.

Tapi kenapa on the first place suami tak bagitahu saya kan pasal hutang tu, saya betul-betul keliru sekarang ni.

Suami cerita A to Z pada saya pasal hal tu dan janji dah takde sembunyikan apa–apa lagi dari saya dan dia juga tak henti mintak maaf pada saya.

Lagipun hal ni berlaku dah lama, dari sebelum kahwin hingga dia tukar kerja lain tanpa pengetahuan perempuan tu kononnya dia nak lari la.

Tapi hutang tetap hutang dan dia tetap kena bayar. Kiranya selama ni perempuan tu memang gigih dok mencari dia nak tuntut hutang sebab tu hal ni timbul baru sekarang.

Padahal dah lama jadik. Entah la, itu cerita dari suami, saya ni memang selalu dipenuhi rasa syak dan was–was pada dia.

Bukan sekarang ni je memang dari dulu lagi. Nak dipendekkan cerita, suami saya pun dah mengaku dan dia dah buat perjanjian bertulis dengan pempuan tu yang dia akan bayar setiap bulan (potong gaji) pada perempuan tu.

Katanya memang dah takde hubungan dah lama tapi perempuan mencari–cari dia selama ni. Saya buntu, keliru tak tahu nak buat apa la.

Dalam hati dan fikiran saya ni tak pernah hilang dari memikirkan dia masih berhubung dengan pempuan tu, selalu syak dia macam–macam, segala yang negatif lah semuanya ada saya pikirkan pasal suami saya, saya tak tenang selalu.

Tak tahu la ni semua adalah bisikan sy4itan yang nak merosakkan atau memang naluri saya begini.

Sekarang suami saya berterus terang pada saya yang gajinya akan dipotong bukan sikit tapi banyak semata untuk bayar pada perempuan tu hingga langsai.

Jadi belanja untuk keluarga memang tak banyak la yang tinggal, dia hanya bayarkan keperluan anak–anak dan taska saja, yang lain semua saya yang tanggung.

Berat juga rasanya hingga terp4ksa pergi ke AKPK untuk setelkan masalah kewangan saya terutamanya untuk kredit kad.

Sampai satu waktu kami selalu bertengkar besar pasal hal ni sebab saya selalu ungkitkan yang dia mempunyai hubungan dengan perempuan ni dan saya selalu ungkitkan semua pertolongan saya pada dia selama saya kahwin dengan dia, semuanya.

Sampai satu tahap saya rasa dia dah tak boleh tahan dengan saya dan nak bercerai saja lagipun katanya saya selalu sangat mintakkan.

Tapi dia belum la lagi melafazkannya sebab saya sekarang sedang hamil dan akan bersalin tak lama lagi.

Dia juga cakap sekarang memang dia sudah tawar hati pada saya dan nak saya tinggal berasingan dengan saya tapi saya tak mahu dan merayu pada dia supaya ingin terus bersama.

Dia tak nak. Saya tak tahu nak cakap macam mana, saya tak keluar pun dari rumah tu.

Sekarang dia cakap dia akan biarkan saya tinggal serumah dengan dia tapi dia akan buat keputvsan bila saya sudah habis pantang.

Dia cakap lagi keputvsan memang dah ada cuma tunggu masa waktu sampai saya bersalin je.

Ni dalam 3 minggu saya serumah dengan dia tanpa bersentuh (bersama) tapi kami masih tido sebilik, keluar bawak anak jalan–jalan dan dia pun masih mengambil berat pasal saya. Saya buntu adakan dia mahukan saya lagi?

Saya takut nak tanya sebab dia cakap hari tu dah tak mahu cakap lagi hal ni dan semua perbincangan dah dibuat. So far, dia tak pernah la tak balik rumah, macam hari–hari biasa lepas kerja ada yang dia balik lewat ada balik awal.

Lewat pun tak pernah la sampai 11 – 12 malam. Cumanya sekarang kami tak la macam dulu, di mana dia selalu call dan mesej saya, tanya dah makan ke?

Rindu sangat time tu dan dia pun tak pernah lagi temankan saya pergi cek up sejak dia baru saja dapat kerja baru dan susah nak ‘lari’ untuk temankan saya.

Semua saya buat sendiri la walaupun sedih, lagi–lagi dalam keadaan saya macam ni, nak sangat dibelai dari suami, suami urut–urut ke, k1ss pun takde sekarang.

Cuma sebelum kerja je saya bersalam dengan dia. Itu saja la cara kami bersentuh.

Dia pernah cakap la, sekarang kalau dia nak mesej atau call ke sukati dia la, dia yang akan buat keputvsan bukan saya dan tak perlu saya suruh apa–apa lagi. Apakan daya saya mampu menangis je.

Tapi lepas kejadian ni semua berlaku seperti saya cakap, hidup kami berterusan seperti biasa tapi takde la nak bermanja–manja macam dulu mengada–ngada ke.

Semuanya macam ntah la tak tau nak cakap, hanya duduk serumah semata–mata. Saya ada cerita pada ibu mentua saya.

Dia terk3jut dengar cite ni sebab kata dia anak lelaki dia tu selama ni memang seorang yang lemah lembut dan tak penah berkasar.

Memang tak pernah meninggikan suara pun sebab tu orang selalu kenakan dia. Memang diakui, selama saya dengan dia pun, dia memang seorang yang baik hati, ambik berat pada anak–anak sebab tu anak memang rapat dengan dia.

Dia tak pernah tinggikan suara bila cakap dengan mak ayah dia, selalu bersabar dan selalu orang ambik kesempatan atas kelembutan dan kebaikan dia.

Dia memang seorang lelaki yang tak tahu saya nak describe kebaikan dia macam mana.

Memang salah saya sebab selalu ambil kesempatan pada dia, sampai dia dah hilang sabar pada saya.

Setiap hari saya dalam kebingungan selalu duk pikir apakah patut saya lakukan? Adakah saya harus terus menghadapi dugaan ni bersama suami?

Bantu dia dalam kesusahan dan berk0rban segala cita–cita dan impian saya demi untuk membantu dia yang dalam kesusahan,

yang dalam tak berkemampuan untuk menyara saya dan anak–anak kelak? Bagaimana dengan masa depan kami? Anak–anak?

Sampai bila saya harus hidup macam ni dan sampai bila saya harus hidup dengan keadaan asyik dalam tanda tanya,

syak wasangka dan ragu–ragu pada dia?? Atau mungkin kah ni semua dugaan untuk kami sebelum merasai kesenangan dan kebahagiaan hidup??

Allah s.w.t saja yang maha mengetahui. Saya berserah je dan mohon petunjuk agar diberi petunjuk, adakah benar dia j0doh saya hingga akhir hayat? Atau ni semua hanya dugaan dulu sebelum kami mengecapi kejayaan hidup dan harus banyak–banyak bersabar?

Saya betul–betul buntu dan keliru kawan–kawan, tolonglah apa yang harus saya lakukan???? Maafkan saya sekiraya kisah ni panjang sangat dan mengganggu semua. Saya cuma tak puas kalau tak diluahkan dan saya plak tak ada keluarga yang rapat.

Mereka semua hidup senang lenang dengan keluarga mereka, bukan nak bangga kan diri tapi saya berasal dari keluarga yang agak berada jugak lah.

Selama ni memang tak pernah hidup susah, mungkinkah sebab ni?? Adik beradik lain semua bahagia dan hidup senang lenang, saya malu dengan mereka.

Kenapa la saya tak macam mereka. Mak saya dah takde, ayah saya dah berkeluarga baru, ibarat macam sebatang kara.

Kami semua berjumpa pun masa pulang raya je. Apalah nasib saya, hanya suami saya harap–harapkan untuk menjaga saya.

Saya pun kalau boleh nak suami saya seperti mereka, ada kedudukan, sekurangnya kerja bagus. Aarrghhh… saya betul–betul tertekan.

Tolonglah harap dapat beri sedikit per4ngsang untuk saya. Hanya pada anak saja lah tempat menumpang kasih yang sebenar.

Mmenag saya akui saya yang bersalah, baru tahu langit tu tinggi atau rendah.

Selama ni kesabaran dia yang bertahun–tahun tu dah terc4bar dan dia sendiri cakap dah tak tahan dari belum ada anak sampai dah nak masuk dua.

Saya pun sekarang banyak muhasabahkan diri saya. Selama ni memang silap saya, sebenarnya saya susah nak mengaku kesalahan saya selalu je nak dipujuk. Saya terima segala yang negatif tentang saya dan terima kasih sangat.

Semua yang negatif akan saya jadikan iktibar untuk saya ubahkan diri. Saya tahu mungkin ada segelintir pembaca akan cakap saya ni k3jamkan kerana banyak kerja–kerja rumah

seperti basuh kain, jemur baju, basuh pinggan, menyapu, basuh bilik air, pendek kata kebanyakan kerja rumah masa hujung minggu tu saya mintak suami yang tolong buatkan.

Termasuk la bila dah ada anak ni suruh dia buatkan susu dan tukarkan pampers. Sungguh cukup bersabar dia dengan saya kan. Jadi memang patut la dia buat saya macam ni.

Dia cakap lagi dengan cara ni lah (tak bersama during pregnant) untuk dia mengajar saya dan dia pun tak mendekati saya.

Dulu mas anak sulung, dia selalu temankan masa cek up. Sekarang semua sendiri, drive sendiri.

Sedihnya ya Allah, ini kah hukvman aku kerana sikap aku pada suami. Saya betul–betul menyesal tapi nasi dah jadi bubur.

Memang la dia tak lafazkan perkataan tu lagi cuma dia ada la pernah cakap kalau dah rasa tak tahan dan tak sehaluan elok la berpisah tapi saya cakap saya tak nak.

Mak mertua saya cakap lagi, masa pregnant ni buat la dan tunjuklah perubahan tu.

Segala semua yang saya tak pernah buat macam kerja–kerja rumah, perihal anak, semua kalau mampu buat, buatlah sikit–
sikit.

Baju–baju pakai dia jaga, tolong iron kan. Selama ni baju aku pun dia iron. Memang saya ni k3jam dan ambil kesempatan.

Maafkan saya kaum lelaki yang ada baca ni ya, saya betul–betul insaf. Sejak kejadian tu semua kerja–kerja rumah saya buat termasuk masak dan sebagainya.

Semualah, mana yang tak pernah saya buat tu. Baru tau kan penat lelahnya macam mana, terus flat.

Kena lagi tengah pregnant macam ni cepat penat tapi saya gagahkan diri, kuatkan semangat demi suami dan keluarga. Ada masa penat tu saya stop la kejap kemudian sambung balik.

Saya risau gak anak dalam perut ni tapi harapan dan doa saya semoga anak dalam perut ni selamat dan kuat serta takde masalah.

Sebab yang sulung dulu pantang buat kerja berat sket nanti bIeeding, tu yang risau. Tapi , buat masa ni alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan tuk saya buat perubahan.

Agaknya baby dalam perut ni pun faham. InsyaAllah dia akan terus kuat dan sihat.

Saya pun malas nak tanya suami lagi tentang perasaan dia pada saya sekarang macam mana. Biarlah saya tunjukkan dulu apa yang saya nak buat demi untuk hidup sem4ti bersama dia.

Saya dah tak kisah sed4ra mara lain nak cakap apa, suami saya tak mampu la, kerja rendahlah, tak kisah.

Yang melaluinya kami bukan diorang kan. Allah saja yang maha mengetahui. Jadi harapan dan doa saya agar lepas bersalin nanti suami dapat menerima saya kembali seperti dulu dan anak–anak dapat bersama ayah mereka menikm4ti hidup ni sampai ke akhir hayat, InsyaAllah.

Harap ada la kebahagiaan dan kesenangan (walaupun tak mewah) untuk kami merasai sekeluarga. Hanya kesabaran jadi peneman saya sekarang ni dan saya kena kuat.

Allah pun maha adil kan. Dia tahu kalau perkara ni berlaku kalau masa saya tak pregnant, memang dah lama la jatuh taIak ni dan tak tahu mana dah kedudukan saya.

Sebab saya sekarang ni duduk rumah parent dia, keluarga mertua saya pindah ke labuan dah, jadi tinggal kami je la.

Bila semua hal ni terjadi semasa saya pregnant mungkin Tuhan nak suruh saya berubah dan diberi saya masa untuk mengubah semua sikap–sikap saya yang negatif tu.

Dah la dengan adik beradik saya tak rapat, yela malas nak menyusahkan orang–orang yang bersenang lenang tu.

Takpe la tak dapat jadi macam diorang pun, apa yang saya harapkan sedikit kesenangan dan kebahagiaan untuk kami sekeluarga suatu hari nanti.

Mungkin saya kena bersusah–susah dulu. Tuhan nak uji kot sebab saya akui selama ni saya eg0 dan keras kepala. Ya Allah berilah aku kesabaran dalam menghadapi semua ujian – ujian ni.