2 tahun lps lahirkn puteri kami, isteri ngadu rambut byk gvgvr. Botak la kepala sya mcm ni. Kau masih tersenyum, tabahnye kmu isteriku

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

“Abang.. Rambut saya dah mula gugur..Tak lama lagi botak la kepala saya.”
Sugul sekali bunyinya. Ya. Itulah yang diperkatakan oleh isteriku.

Sudah hampir seminggu diulang ayat yang sama. Aku hanya mampu senyum dalam duka. “Alah, awak tu memang cantik sangat dah.

Ade rambut ke takde rambut ke memang dah cantik. Tak payah risaulah..” kataku.. Kisah bermula tahun lepas. Selepas 2 tahun isteriku selamat melahirkan puteri kami.

Dia mengadu dadanya sakit. Bu4h dadanya berdenyut denyut. Aku tersentak bila dia mengadu macam tu.

Terus aku bawa isteriku ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Dan apa yang kami takutkan menjadi kenyataan.

Dia disahkan mengidap b4rah p4yudara. Allahu. Tahap 3. Subhanallah. Esak tangis isteriku makin menjadi jadi.

Puteri kami masih kecil. Apakah dugaanmu pada kami ya Allah. Aku cuma mampu mengetap bibir sambil menahan airmata kala mendengar berita itu.

Maka bermulalah perjalanan hidup kami yang baru. Berulang alik ke hospital untuk sesi rawatan. Hari demi hari tubuh isteriku yang comel itu mula mengecut.

Pipi tembamnya yang selalu ku cubit kian hilang. Tangannya yang dahulu kuat bekerja menguruskan rumah tangga kami makin lemah.

Tetapi dia tetap ceria. Kuatnya kamu wahai isteri. Kala menahan sakit k4nser dan seks4nya rawatan kau masih mampu mengagah puteri kita.

Masih mampu melempar senyuman manismu padaku dan keluarga. Masih mampu bergurau senda dengan rakan rakan yang datang melawatmu.

Sungguh aku kagum denganmu wahai isteri. 3 bulan berhempas pulas dengan rawatan kim0ter4pi dan radi0ter4pi yang meny3ksakan itu,

doktor sarankan agar dia dibed4h untuk membuang tum0r yang sudah m4ti itu. Tapi tak semudah itu. Katanya isteriku bakal hilang sebelah kewanitaannya.

Sekali lagi airmataku gugur. Ya. Dia setuju. Asalkan dia sihat katanya. 8 jam dia dibed4h. Hampir 2 bulan diambil untuk sembuh.

Akhirnya isteriku mampu tersenyum kembali. Alhamdulillah. Aku panjatkan setinggi tinggi kesyukuran padamu Ya Allah. Tapi kegembiraan kami tak lama.

Beberapa bulan selepas itu k4nser itu kembali. Dan kali ini ia lebih g4nas. Tapi dia tetap tersenyum. “Alaaa.. Kena kim0 lagi ke.

Botak la kepala saya macam ni.. Dah rupa toyol nanti. Saya dahla pendek..” Ny4wamu lebih penting sayang. Perset4nkan rambutmu.

Aku cuma mahu kau bersamaku sampai bila bila. Sesi rawatan bermula kembali. Dan kali ini lebih agresif kerana k4nser sudah mula merebak.

Tiada apa yang mampu aku lakukan selain menangis dan berdoa. Sesi demi sesi. Seks4an demi seks4an yang kau tanggung wahai isteri. Tetapi bibirmu tak lekang dengan senyuman.

Senyuman yang menyembunyikan kes4kitan yang teramat yang kau sedang tanggung. Tanggal 8 Ogos. Kau terbaring layu di atas katil hospital.

Tubuhmu kering kontang diratah sel k4nser yang agr3sif. Rambutmu gugur habis semuanya. Botak. Licin. Tapi kau masih mampu senyum. Bergurau.

“Hahaha.. Abang ada bini botak. Padan muka..” Aku cuma mampu tersenyum. Aku paham sayang. Aku paham penderit4anmu.

Tidak mengapa. Aku suamimu. Menangislah. Merintihlah. Mengadulah padaku. Aku sedia mendengar.

Luluh hatiku melihat kau yang masih cuba menceriakanku tatkala kau menanggung s3ksa.

Kuatnya kamu wahai isteri. Selepas itu doktor menyarankan agar isteriku ditidurkan. Bagi memberi ruang kepadanya untuk berehat.

Maka lenalah kamu wahai isteri di dalam icu. Rehatlah sayang. Bukalah mata bila kau dah bersedia. Aku di sini sentiasa menanti kau.

Tanggal 23 Ogos 2019. Isteri yang amat ku sayang. Penyari hidupku. Kekuatanku. Ibu kepada puteriku. Pergi mengadap Ilahi. Hari jumaat.

Penghulu segala hari. Dia pergi dengan senyuman. Tenang sahaja wajahmu wahai isteri. Allahu. Hidupku kosong.

Bagaimana aku nak menempuh hidup ini tanpa kau disisi sayang. Tapi aku redha. Pergilah. Tenanglah kau disana. Redhaku sebagai suami sentiasa bersamamu wahai isteri.

Janganlah kau toleh kebelakang lagi. Aku bangga aku penah mempunyai isteri seperti kau sayang. Aku bangga mengatakan..

“Si botak itu isteriku..” Ampunkan aku. Maafkan aku jika coretan ini mengundang rasa jelik kalian.

Aku cuma seorang suami yang merindui isterinya. Al-fatihah untuk isteriku. – Suami si botak (Bukan nama sebenar)