Kata2 mak buat ak sentap. Ak tak kisah pn org nk kata apa pn tp bila mak sendiri yg ckp ak kecewa. Bukan tak usaha tp blm ada rezeki.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalammualaikum, hai semua. Aku terpanggil untuk menulis confession kat sini sebab aku rasa sangat kecewa dengan mentaliti ibu-ibu zaman sekarang terhadap fresh grads.

Aku lepasan degree di sebuah universiti awam dan sedang mencari kerja.

Aku berusia 25 tahun, and yes, masih menganggur, Baru nak mulakan hidup sedangkan ramai kawan-kawan yang dah ada kerjaya dan mengumpul aset.

Ada juga yang dah berkahwin. Walau bagaimanapun, aku sentiasa positifkan diri.

Pada aku, life is not a race. Semua orang ada achievement masing-masing. Tapi tak bermakna aku tak berusaha.

Aku berusaha dengan buat small business untuk jana income sendiri sementara tunggu dapat kerja tetap.

Kalau ada order, alhamdulillah sangat pada aku. Korang doakan bisnes aku yang kecil ni semakin maju ya.

Dengan keadaan sekarang ni, peluang nak dapat kerja tu sangat tipis, lagi-lagi kawasan kampung macam aku ni.

Macam-macam aku dengar orang persoalkan kenapa tak kerja, ada yang cakap aku memilih kerja, nak kerja yang taraf ijazah je walhal benda tu tak betul pun.

Berpuluh resume aku hantar, berapa banyak interview aku pergi satu pun tak dapat. Cakap je kat mana aku tak hantar, fast food, kilang, stesen minyak, kedai farmasi dan lain-lain.

Hampir semua aku hantar. Cuma tak ada rezeki lagi je. Pada aku, bila orang luar yang cakap macam tu, aku tak terasa sangat pun.

Tapi bila mak sendiri yang cakap, sentap betul rasa kat hati ni. Paling menyedihkan bila ibu cakap,

“kalau tahu dulu lepas SPM terus kerja je, tak payah sambung belajar sampai ijazah, dapat kerja yang taraf SPM juga”.

Ibu cakap tu masa waktu makan, terus putus selera aku. Sedangkan masa aku kerja dulu dia yang bersungguh suruh aku sambung study, sebab nak ada at least seorang anak yang ada ijazah.

So aku turutkan je, lagipun memang aku ada impian nak tuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi dan buat keluarga aku bangga.

Ya aku tahu, sekarang zaman duit, semua perlukan duit tapi bila ibu cakap macam tu sumpah rasa us3less sangat.

Aku rasa aku bukan anak yang baik sebab tak mampu lagi bagi duit dan belikan hadiah untuk ibu macamana anak kepada kawan-kawan dia buat.

Bila teringat semua ni confirm airmata ni mengalir sendiri. Masa aku tak dapat kerja lepas interview tu, aku harapkan support daripada ibu tapi sebaliknya.

Ibu siap cakap, “hmmm tak dapat lagi”. Menangis sendiri kecewa sebab tak dapat kerja.

Aku perlukan semangat daripada ibu! Perkara sama berlaku pada sahabat baik aku, dia juga baru habis belajar, dan rezeki dia dapat kerja kerani di sebuah kilang.

Dia selalu mengadu kat aku yang mak dia suka perli dia, belajar tinggi pun kerja kilang je.

Ya Allah sesak dada ni bila ingat semula. Aku akui, ibu memang baik dan aku sangat sayangkan dia. Aku selalu nak berikan yang terbaik untuk dia.

Tapi aku belum capai lagi ke tahap itu. Oh ye ayah aku dah lama mennggal dunia. Al fatihah untuk aruwah ayah. Ibu seorang yang kuat agama dan rajin bersedekah.

Aku sangat menghormati ibu dari segi itu tapi ibu tak pernah cakap takpe kakak dah buat yang terbaik.

Dulu time result aku drop siket dari semester lepas, ibu tak pernah comfort, yang dia tahu cuma salahkan aku je sebab belajar main-main. Takpelah aku maafkan ibu, sebab semua orang ada kelebihan dan kekurangan.

Aku berazam, jika suatu hari nanti aku direzekikan untuk berkahwin dan mempunyai anak, aku akan jadi ibu yang supportive dan isteri yang baik.

Aku tak nak semua orang rasa yang dia us3less macam mana yang aku rasa sekarang ni. Jika perkara sama berlaku pada kalian, aku doakan korang tabah juga.

Kepada yang dah kerja, kerja la dengan bersungguh-sungguh. Jika penat bekerja, ingatlah bahawa kami lagi penat menganggur haha.

Stay safe semua. Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Aamiin… – Haura (Bukan nama sebenar)