Setiap kali suami tanya aku cakap belum lagi, ak mula leka. Dlm tak sedar ak dh trluk4 sbb r4cun yg ngalir dlm tubuh ak

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Tak nak tulis panjang–panjang. Cuma nak kongsi pengalaman yang amat meng3rikan. Aku seorang isteri. Beperwatakan seperti seorang muslimah sejati secara zahirnya.

Bertudung labuh. Lengkap dengan stokin dan sarung tangan. Aku dibesarkan dalam keluarga biasa bukan anak ustaz imam ataupun orang–orang surau.

Aku juga bukan dari kalangan budak sekolah agama. Aku dibesarkam dalam persekitaran biasa, tidak mengamalkan Islam sebagai way of life ketika muda belia dahulu.

Di Universiti jauh dari keluarga aku mencari hidayah. Mula berstokin dan berhandsock. Family aku tengok pun pelik. Tapi aku buat tak tau jer.

Proceed hidup dengan jalan yang aku pilih. Pendekkan cerita, ditakdirkan Allah aku dilamar seorang lelaki tempat kerja aku 4 tahun yang lalu.

Masa ni tudung aku memang lagi besar dari mula–mula berubah dulu. Lelaki ni di mata aku seorang yang soleh.

Berperwatakan menarik dan memang macam langit dengan bumi nak bandingkan dengan aku. Aku cuba tolak lamaran ini, tapi dengan takdir Allah kami bernikah.

Pernikahan ini satu anugerah dalam hidup aku. Aku bersyukur dan merasa nikmat Allah pada h4mba yang mencintaiNya takkan pernah kurang.

Dia memang lelaki yang baik dan cukup sempurna sebagai suami. Kami tak kaya, tapi cukup sempurna apa adanya.

Awal perkahwinan rutin kami cukup cantik. Subuh maghrib dan isya’ selalu berjemaah bersama disurau taman kami.

Qiam bersama paling kurang seminggu sekali. Keadaan demi keadaan, rutin sem4kin berubah. Aku tidak lagi ke masjid.

Hanya solat sendiri di rumah atas permintaan aku, suami akur tidak suka mem4ksa. Setiap kali pulang dari isya’ suami akan tanya, dah ngaji? Dah solat?

Kalau dah suami akan peIuk civm dan puji bagus isteri abang ni. Hati berbunga, cinta kerana Allah itu manisnya lebih dari madu apalagi gula.

Keadaan ni bukan berlaku sebulan dua lepas kahwin jer tau tapi berlarutan hingga tahun ke4 perkahwinan.

Jadi aku memang jadikan rutin lepas maghrib ngaji. Masa ni telefon aku ni tak ada internet sendiri. Memang aku kongsi internet dari telefon suami.

Aku pun tak ada lah banyak sangat spend masa dengan fon. Awal tahun baru–baru ni aku ada azam baru. Tak nak dah kongsi internet suami.

Nak ada internet sendiri. Walaupun aku dah 27 tahun, sungguh tak aku sangka tindakan ini mengubah banyak hal.

Sejak ada internet sendiri, hampir 3/4 waktu sedar aku (waktu tak tidur) bersama dengan telefon. Hingga rutin aku bertambah berubah.

Lepas maghrib aku dah selalu capai fon walaupun masih bertelekung. Ada niat nak ngaji kejap lagi sudahnya dengar isya’ dah masuk.

Bila suami tanya, aku jawab oooh belum lagi. Suami jawab nanti ngaji ya. Seminggu dua ni banyak kali suami tanya jawapan aku “belum lagi”.

Suami tak tegur apa lagi marah. Saat ini sy4itan sudah mula bergembira. Aku hidup seperti biasa.

Tanpa aku sedar dengan pasti, soalan “dah ngaji ke” dah lebih seminggu aku tak dengar. Satu hari suami tanya, mana Quran kamu?

Lama tak nampak. Aku jawab ooh rasanya tinggal kat tempat kerja. Dah lama tak nampak kamu ngaji.

Ada jer ngaji kat umah mak, guna Quran kat sana. Oohh ok, baIas suami. Aku cari merata quran kat tempat kerja tak ada.

Tiba aku ada satu program kat tempat kerja yang kena bawa Quran. Tapi aku cuma guna Quran dalam fon.

Sepanjang program aku rasa sesuatu. Rasa kehilangan. Rasa ditinggalkan. Malam tu sambil makan–makan kat cafe, aku cerita pada suami Quran belum jumpa. Suami pegang tangan aku, sebagai muqaddimah ucapan,

“Sayang, abang nak kongsi sikit. Ada satu kata–kata hukamak, Al-Quran kena baca setiap hari. Bila kita tinggalkan dia sehari, dia akan menjauhi kita seminggu.

Bila kita tinggalkan dia seminggu, dia akan menjauhi kita sebulan, bila kita tinggalkan dia sebulan, dia akan menjauhi kita setahun lamanya.

Sebab tu kadang–kadang ada orang rasa malas nak baca Quran. Sebenarnya Quran tu sendiri dah menjauhinya.

Nanti kita cari quran sayang ya” aku angguk–angguk tanda setuju dalam hati rasa dah rasa sebak bersulam syahdu.

Rasa terh4ntuk padu. Tapi Quran saya ni dah lari betul–betul macam mana ni? Dengan nada berseloroh.

Aku taknak suami tahu aku sem4kin jauh dan h4nyut. Aku malu. Aku tahu suami memlih aku bukan kerana rupa tapi kerana iman yang ada.

Aku tak pasti suami tahu ke tak aku seminggu dua ni dah jarang baca Quran. Malunya tidak tergambar.

Sepanjang makan, aku rasa sebak mengenangkan kata–kata suami, mengenangkan Quran yang lari dari aku. Aku dah lebih 10 tahun guna quran ni, dah agak lusuh.

Mengenangkan itu, hampir saja air mata ini jatuh ke pipi. Suami tegur, kamu ok? Kenapa ni? Ngantukk ye. Aku senyum.

Selesai makan, dalam kereta air mata jatuh juga. Terasa betapa lalainya aku terleka kerana dunia. Allah bagi segalanya.

Tapi aku lupa saat aku miliki semuanya. Aku beristighfar di dalam hati, air mata membasahi pipi.

Tiba di rumah, aku minta izin nak tidur dulu, mata dah merah mungkin sebab ngantuk kata suami. suami solat sebelum tidur.

Malamnya aku bangun semula dan solat taubat mengadu pada Allah rasa hati yang tak mampu untuk aku ceritakan pada sesiapa termasuk suami.

Aku rasa terlalu terIuka dengan r4cun dunia yang membuatkan aku terduduk saat r4cun ini mengalir dalam tubuh aku.

Al-Quran pendamping aku saban tahun lari dari dakapan aku. Aku sedar ini adalah teguran Allah yang sangat nyata untuk aku.

Aku h4mba yang kufur nikmat. Aku menangis semahunya. Allahu, terima kasih atas teguran ini ya Allah.

Terasa begitu h1na diri ini. Saat aku mendekatkan diri pada Allah, mencari hidayah aku Allah anugerahkan suami yang cukup hebat.

Aku bimbang saat lekanya aku pada dunia, Allah tarik segala nikmat. Naudzibillah. Teringat pesan suami, kena selalu baiki amalan sebab kami sedang usaha untuk dapatkan zuriat soleh.

Mana mungkin Allah bagi seorang h4mba yang soleh lahir dari kita yang tidak cukup amalnya. Allahu.

Rasa insaf dengan keadaan ini. Doakan aku kembali ke pangkal jalan. Semoga menjadi pengajaran pada banyak orang.

Semoga hati ini kembali kepada cinta pemiliknya dan kemanisan iman itu kembali dirasai. Hidayah itu perlu dicari dan diperbahuri. Ini satu mimpi ngeri. – Kamelia