Ak kagum, ayah jaga mak dgn baik spnjg mak sakit. Lps 6 bulan mak meninggaI kami dpt surat peguam. Kantoi smua perbuatan ayah selama ni

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Thanks Admin kalau confession aku disiarkan. Aku nak cerita pasal ayah aku.

Ye ayah kandung aku sendiri. Sorry sebab cerita aku ni panjang. Harap pembaca tabah lah.

Mak aku dah pergi menghadap ilahi 2 tahun lepas. Selama arw4h mak ada, ayah aku adalah orang yang sangat aku horm4ti dan kagumi.

Dari cara ayah layan mak, tak pernah tinggi suara, tak pernah masam muka dengan mak, sepanjang mak s4kit ayah jaga mak memang tiptop.

Masa mak aku s4kit, ayah berhenti kerja sebab company dia bermasalah. Tapi ayah tetap berduit sebab ayah ada buat bisnes makan

dan selain rumah yang didiami, ayah ada lagi 2 rumah yang ayah sewakan. Jadi, kami tak berapa risau sangat.

Masa arw4h mak ada, kami adik beradik bagi duit belanja pada mak untuk tambah–tambah

dan kebiasaannya duit tu mak akan amanahkan ayah bayar ansuran rumah yang didiami tu and mungkin untuk bil-bil yg lain. Kami memang tak syak apa–apa.

Masalah datang 6 bulan lepas arw4h mak meninggaI. Kami sangat terk3jut bila terima surat lawyer mengatakan rumah yang didiami tu akan dilelong kerana ada setahun tunggakan tak berbayar.

Sekiranya nak rumah selamat, kami kena bayar 30k sebagai denda dalam tempoh 2 minggu.

Bayangkan mana kami nak cekau duit. Yang ni akan aku ceritakan nanti macamana kami dapat setelkan 30k dalam masa 2 minggu.

Kalau 6 bulan lepas arw4h rumah tu dah tak berbayar selama setahun, maknanya ayah dah buat masalah sejak arw4h mak ada lagi.

Kami pelik mana perginya duit yang kami bagi ayah bulan–bulan dan duit niaga ayah, duit rumah–rumah sewa.

Masa arw4h mak ada lagi, walaupun kami adik beradik bagi duit, ayah tetap nak pinjam–pinjam duit kami.

Kadang–kadang rm200, rm500. Dan janji akan bayar. Tapi sampai sekarang tak bayar. Kami diamkan sebab tak nak dianggap berkira dengan ayah.

Sebelum mak pergi, ayah sempat renovate rumah guna duit EPF ayah yang baru keluar.

Major renovation ok, bukan kecik–kecik. Atas bawah depan belakang semua tarik habis. Kos nye mesti lah tinggi. Aku ingat dah setel la.

Bila arw4h mak takde, baru kontraktor yang renovate rumah tu mengadu kat makcik aku yang ayah aku ada hutang lagi 40k, tak habis bayar.

Kontraktor tu kenal makcik aku sebab dia kontraktor yang sama renovate rumah makcik aku.

Lepas beberapa hari mak pergi, fon ayah bukan main rancak bunyi mesej dan call masuk. Bila ayah angkat, aku dengar ayah cakap dengar perempuan seberang cakap bahasa jawa.

Aku boleh faham sebab mak ayah aku sendiri jawa. Aku ada terdengar ayah aku cakap dengan perempuan tu,

“nak buat macam mana duitnya belum ada.” Isu ni sebelum surat lawyer nak lelong rumah sampai tau. Sorry kalau buat korang keliru.

Masa ni kami masih bagi duit bulanan pada ayah dan kami belum tau yg ayah tak bayar ansuran rumah.

Rupanya duit–duit yang kami adik beradik bagi tu, dia bagi pada perempuan seberang tu. Ade sekali tu, ayah nak pinjam aku RM500 dia janji lagi 2 hari dia akan bayar.

Aku tanya nak buat apa? Lama ayah diam. Pastu dia terus terang yang sebenarnya dia kenal sorang perempuan seberang ni, perempuan tu sebaya aku ok.

Mak ayah perempuan ni ada tanah kat indonesia. Diorang nak j0dohkan anak dia tu dengan ayah dan nak serahkan harta–harta dia kat ayah aku. Kononnya..

Yang kelakarnya, ayah aku cakap tak pernah jumpa pun perempuan tu dan mak ayah dia sekali. Perempuan tu ada kat indonesia.

Dia kenal perempuan tu atas kawan. Ayah cakap semua duit yang dia pinjam–pinjam tu untuk uruskan harta yang kat indonesia tu lah.

Aku cakap kat ayah aku. Macamana lah ayah boleh percaya. Ayah cakap, percayalah yang dia tak kena tipu.

Dia akan buktikan yang dia tak kena tipu. Sikit hari je lagi. Ayah aku sangat desperate nak pakai duit.

Sampai ayah sanggup pergi rumah kakak dia yang sekarang ni pun dah arw4h, nak pinjam 2k dan sanggup nak bagi geran rumah untuk jadikan cagaran.

Kakak dia tak bagi. Ayah keluar rumah kakak dia sambil marah–marah. Kakak dia call adik aku tanya apa dah jadi dengan ayah?

Adik pun cerita sekian–sekian. Semua sed4ra mara marahkan ayah. Tapi ayah tak ambik peduli.

Sampai la surat lawyer nak lelong rumah sampai, kami adik beradik terp4ksa lagi sekali mintak pertolongan makcik pakcik.

Dorang cakap dorang akan tolong, dengan syarat ayah kena jual salah 1 rumah sewa untuk bayar balik pada dorang dan hutang kontraktor renovate rumah tu.

Makcik pakcik aku semua kenal kontraktor tu. Kemudian makcik pakcik aku tolong setelkan denda rumah 30k, rumah tu pun terselamat dari kena lelong.

Bayangkan walau 1 rumah sewa tu terjual sekalipun, takkan dapat langsaikan hutang–hutang ayah.

Terlalu banyak hutang ayah. Bukan sahaja hutang dengan sed4ra beIah ayah, rupanya dengan sed4ra beIah mak pun ayah ada pinjam. Bukan seratus dua tapi beribu.

Kawan baik arw4h mak pun ayah ada pinjam. Jiran yang tegurnya hanya hai hai bye bye pun ayah berani pinjam. Bukan sikit. 1k jugak ayah dapat pinjam.

Ayah janji akan jual 1 rumah sewa ayah. Jadi pakcik aku hire lawyer kenalan dia, untuk uruskan penjualan rumah tu.

Lawyer ada call ayah untuk datang ke ofis untuk sign S&P. Tapi ayah bagi macam–macam alasan, tangguh sampai sebulan ayah masih tak pergi sign lagi.

Aku tau ayah ralat nak jual rumah sewa tu. Buat pengetahuan korang, kereta ayah pun dah kena tarik dengan bank sebab setahun lebih tak berbayar.

Semenjak surat nak lelong rumah sampai, kami dah tak bagi duit belanja pada ayah.

Duit-duit tu kami kumpul untuk bayar ansuran rumah. Ayah dah tak ambil peduli hal ansuran rumah, dan bil–bil.

Selain bisnes makan tu, ayah ade buat part time sebagai penghantar notis. Baru beberapa bulan. Baru-baru ni adik bongsu ada bagitau ayah merayu–rayu, suruh adik buat loan.

Kesian adik aku, dia muda lagi, panjang lagi perjalanan hidup. Adik baru habis sekolah dan tak sampai setahun lagi kerja. Kerja pun part time.

Bayangkan bila ayah kite merayu–rayu sampai please–please kite sebagai anak mesti tak sampai hati nak menolak.

Ayah ajak adik pergi easy RHB, ayah cakap biar dia yang bagitau officer tu berapa ribu dia nak pinjam.

Tapi Alhamdulillah, loan tak lulus sebab umur adik tak cukup lagi setahun dan kerja belum sampai 6 bulan.

Lepas loan tak lulus tu esoknya adik tengah tidur ayah mintak payslip dan ic adik.

Adik tengah mamai mana ingat ape–apa. Dia bagi je pada ayah. Aku tinggal asing dengan ayah sebab aku dah berumahtangga.

Kebetulan minggu tu aku balik rumah ayah, aku ambil kesempatan untuk tanya kenapa ayah tak pergi sign lagi S&P tu.

Ayah cakap tak ada duit nak bayar lawyer fees, buyer bank in duit rm5k untuk ayah setelkan maintainance dan lawyer fees tapi duit tak boleh keluar sebab akaun kena freeze sebab kena blacklist.

Aku tau ayah tipu. Aku saja lah tanya, dah tau akaun kena freeze kenapa tak bagi nombor akaun anak–anak?

Ayah jawab, entah tak ingat nak bagi. Semudah tu. Aku memang tak percaya sebab selama ni ayah ingat je akaun dia dah kena freeze.

Selama ni kalau cakap nak transfer duit kat bank mesti dia mintak cash. Makcik aku call lawyer, tanya betul ke buyer ada bagi duit pada ayah?

Lawyer cakap ada. Tapi buyer bagi cash. Bukan bank in. Nampak tak permainan ayah? Dia tipu kami semua hidup–hidup.

Aku tau, ayah dah guna duit tu. Ayah suruh adik buat loan 5k untuk dia cover duit yang dia dah guna tu.

Pakcik aku berang, dia tanya ayah aku pasal duit cash rm5k yang buyer bagi tu, tau ayah jawab apa?

Ayah pusing balik cerita, dia cakap buyer bagi cash lepas tu ayah masukkan duit tu dalam bank.

Kelakar tak? Pakcik aku marah ayah aku, dia cakap, “kau ingat kitorang b0doh ke nak percaya kau?”

Pakcik aku ugvt akan report polis kalau ayah tak sign S&P. Ayah dah pegi sign, tapi penjualan tetap tak boleh proses sebab ayah tak setelkan lagi maintenance dan lawyer fees. Korang mesti confuse kenapa buyer bagi duit rm5k tu pada ayah.

Aku sendiri pun pelik kenapa dia bagi sebab aku pun pernah beli rumah kos rendah dan aku tak pernah bagi sesen duit pun pada seller.

Semuanya aku bagi pada lawyer. Lawyer pun ada marah buyer kenapa bagi duit pada ayah.

Aku syak ayah yang mintak buyer tu bayar pada ayah. Mungkin buyer tu cetek ilmu jual beli rumah dan dia pun main bayar je ikut kehendak ayah.

Aku harap korang tak keliru dengan cerita aku ni, mak aku dah meninggaI 2 tahun lepas.

Urusan jual beli rumah sewa tu panjang sebab pemaju rumah tu dah gulung tikar tu yang proses leceh. Nak cari buyer semua tu lagi, memang sangat leceh.

Sampaikan salah sorang makcik aku yang tolong setelkan denda rm30k untuk elak rumah kena lelong tu dah meninggaI, ayah tak sempat langsaikan hutang dia.

Aku sedih sangat. Ayah abaikan tanggungjawab dia. Ayah jauhkan diri dari kawan, dari sed4ra mara untuk lari dari hutang.

Makcik aku tanya ayah aku hari tu, kenapa asyik pinjam–pinjam orang je? Ayah jawab pinjam bukak tutup lubang.

Makcik aku tak faham apa maksud ayah. Aku teringat yang ayah ada mintak pay slip and ic adik masa dia tengah tidur hari tu,

tak tau kenapa hati aku kuat sangat cakap ayah dah pinjam dari Along. Hmm.. Korang mesti tertanya.

Kenapa tak bawak ayah pegi berubat? Kesian, mesti dia tak sedar tu sebab dah kena guna–guna dengan indon tu.

Kitorang dah bawak ayah pegi berubat banyak tempat dah. Pergi Darussyifa pun dah tapi ustaz tu cakap ayah bersih, ayah tak terkena. Tak kena guna–guna.

Ustaz cakap semua ni atas peribadi ayah, kehendak ayah sendiri. Ya Allah. Sedarkanlah ayah Ya Allah.

Aku mintak pendapat readers and admin, camne aku nak sedarkan ayah aku ni. Bermacam–macam cara dah kami buat.

Menangis merayu pada ayah. Aku selalu doa biar Allah sedarkan ayah sebelum terlambat, sebelum tercabut nyawa.

Aku takut ayah pergi meninggaI dengan hutang yang banyak dan tak sempat nak minta maaf pada orang–orang berkenaan.

Hutang ayah terIampau banyak. Macam mana aku nak sedarkan ayah aku. Tolong aku guys. – Jasmine