Ak tak blh terima alasan suami tak bgi nafkah. Sungguh ak tak redha. Menitis air mata, hingga ak doa moga suami diberi balasan

Di sini ingin aku meluahkan ape yg terbuku di hati sepanjang 10 tahun perkahwinan aku. 10 tahun aku dinikahi tetapi hanya 2 tahun sahaja aku di beri nafkah zahir.

8 tahun selebihnya semua atas bahu sendiri kerana aku wanita berkerjaya. Kesilapan aku lakukan ialah memikul beban hutang yg dibuat oleh suami aku.

Ya, kerana dia suami aku. Sewaktu bisnesnya merundum aku la tempat dia bergantung. Aku bantu selagi termampu.

Jujur dia seorang suami yg baik tapi dalam kebaikan terselit sifat ego yg menggunung. Tidak boleh tersilap ckp pasti akan di kata aku mengungkit.

Hati siapa tak sakit setelah 8 tahun, Tidak langsung terdetik di hatinya untuk mengambil sedikit tangjawab memberi nafkah terhadap aku.

Dalam diam dia melebihkan ibunya. Dia mampu memberi belanja kepada ibunya rm100 hingga rm200 setiap kali pulang ke kampung.

Bila di sentuh bab duit terus tersentap. Kononnya dia anak lelaki tunggal. Dah tu aku ni ape? Tunggul?

Setiap kali lepas solat aku akan sentiasa mendoakan suamiku agar murah rezeki dan kebahagiaan dlm rumahtangga kami.

Aku cuba sebaiknya untuk menjadi isteri yang terbaik untuk dia. Tapi hati aku sering diinjak2 macam sampah.

Walaupun dia tidak memaki tapi layanan dan kata2 yg dikeluarkan cukup menyakitkan hati aku tanpa dia sedar. Sakit pening aku ikut mood dia nak ambik tau.

Kalau dia ok dia akan jaga kau tapi kalau tidak, kau sakit nak ma ti pun tak dihiraukan. 10 tahun aku sabarkan diri aku untuk tidak melawan.

Tetapi sabar aku hilang tidak tahu di mana letaknya. Aku meminta dia untuk membayar sewa rumah. Sebolehnya dia kata tiada duit. Ya. perkataan tiada duit lagi.

Org kata ayat yang kita lafazkan itu 1 doa kan? Jadi aku amin aje kata2nya itu. Duit tidak ada. Tapi boleh lagi beli rokok sekotak setiap hari.

Aku beritahu dia yang aku dah penat. Dahla barang kemas aku dia gadai masa bisnes dia jatuh dulu. Janji nak tebus memang tidak nampak bayanglah.

Dia mempersoalkan ke mana duit gaji aku yang selama ni aku bayar duit sewa rumah.

Bila aku cakap PKP ni aku ade bg duit kat ibu aku dikampung dia merengus marah, mengatakan selama ini aku tak ikhlas dan berkira.

Sesungguhnya kata2nya membuatkan hati aku jatuh berkecai. Aku tak tidak ikhlas? Yang aku tanggung dia selama ni ape? Dia keluar rumah dan tidak pulang2.

Nak minta aku pujuk? Memang tidak akan terjadi lagi. Kerana aku dah penat mengalah. Mengadu dengan mertua aku?

Mertua aku lebih percayakan anak sendiri dan tak suka jika aku mengadu ape2 kesalahan tentang anaknya. Anak dialah yang bagus.

Aku lelah dgn kehidupan sebegini. Bulan2 aku gaji aku dipotong terhadap hasil yang tak nampak. Baki yang tinggal cukup2 untuk sampai gaji seterusnya.

Tersilap pakai alamat makan maggie jela. Dia tak peduli pun ape yang berlaku. Aku sedih aku tertekan.

Ekoran daripada itu aku selalu menangis sendiri. Hendak bercerita dgn keluarga sendiri nanti lagi besar pula masalah. Aku tidak mahu melibatkan orang tua aku.

Kerana aku faham keadaan akan jd lebih parah. Kerana aku pendam semua sendiri aku disahkan mengalami major deppression. Allahuakhabar.

Aku pernah beritahu dia yang aku ade deppresion dan feedback dari luahan aku tu aku ditertawakan. Aku di katakan mengada2.

Aku dikatakan attention seekers. Sedih dan pedih allah je yang tahu. Ya allah betapa hebatnya ujianmu pada aku. Penat aku tidak bertepi dah.

Lebih memenatkan bila aku terjumpa resit pindahan duit ke dalam akaun mak dia sebanyak rm400 eh banyak duit rupanya dia ni.

Aku minta nafkah katanya takde duit. Bila aku bertanya hal tersebut dia hanya menjawab itu tangjawab dia sebagai anak dan aku tidak boleh pertikaikan.

Ya aku tak layak untuk persoalkan tapi tangjwb dia terhadap aku mcmna pulak? Seperti biasa dia akan kata jangan mengungkit.

Ya allah aku bukan mengungkit Aku tak hairan sangat kalau aku tanggung semua atas ape yang dia buat tapi bagilah aku kegembiraan dan kebahagiaan.

Jangan datang bila perlukan sesuatu dan kau tinggalkan bila kau dah dapat ape yang kau nak. Katanya lagi ibu tiada ganti.

Doa ibu lg hebat dari seorang isteri dan tanpa ibunya dia tidak akan dilahirkan ke dunia ini. Soal nafkah untuk aku jawapannya ialah, aku kan bergaji.

Tanpa sedar air mata ini mengalir dan mulutku melafazkan.. Aku tak redha ya allah.. Aku tidak mampu lagi untuk redha.

Aku tidak mampu lagi untuk mendoakan kebaikan buat dia. Aku penat dan sangat penat diperlakukan sebegini.

Engkau hukumlah dia seandainya dia bersalah dan tidak berlaku adil kepada aku, engkau berikan keadilan kpd aku dan semoga dia diberi pangajaran yang setimpal.

Aku berserah padamu ya allah kerana engkau lebih mengetahui ape yang terbaik untuk ku kerana aku rasa tersangat di aniaya oleh suami sendiri.

Mungkin ramai akan mengatakan berdosa seorang isteri mendoakan keburukkan buat suaminya.Tetapi aku dah tidak berdaya.

Yang pernah melalui akan memahami situasi aku ini. Kini aku cuba positifkan diri dengan tidak langsung peduli ape yang akan terjadi.

Perceraian?. Aku berserah pada allah. Semoga aku mendapat doa yang baik2 dari kalian ahli group ini. sekian.