Ak tak faham, apa emak lupa ayah buat pda mak dlu. Bila jadi pda kakak, masih suruh kakak brsabar. Tp kini pesanan mak agak lain

#Foto sekadar hiasan. Saya anak ketiga daripada 4 beradik, saya memang tak faham mengapa ayah ceraikan emak.

Memang mereka selalu berg4duh pasal duit. Saya pelik mengapa ayah selalu ambil duit emak berniaga, sedangkan ayah bekerja.

Bila ayah memetir dengan suara kasarnya, kami mencicit lari belakang rumah. Itulah yang selalu kami lakukan, jika boleh bila ayah memetir biarlah kami tak ada rumah.

Sebab kami takut. Bertahun–tahun itulah yang berlaku, akhirnya emak kena cerai juga.

Emak menangis merayu pujuk ayah, jangan ceraikan emak, mana mak nak pergi, tentu kami kena haIau, sebab itu rumah ayah, rumah kerajaan.

Nak balik kampung, jauh. Demi anak–anak, emak rela bermadu. Saya tak suka tengok wanita kena cerai.

Pasti hidup mereka susah, macam emak saya, kecuali orang kaya.

Peristiwa paling pahit saya lalui semasa kecil dulu, sudahlah emak kena cerai, kakak pun kena cerai juga, sebab itu saya benci lelaki yang ceraikan isterinya.

Tetapi itulah nasib yang saya lalui 19 tahun lalu. Ketika itu saya baru darjah tiga.

Kakak dan abang dah sekolah menengah, sementara adik belum bersekolah. Bila emak kena cerai, emak terp4ksa keluar rumah lima beranak.

Ayah haIau emak balik kampung. Tapi emak degil. Sebaliknya Emak menumpang rumah kawannya, ibu tunggal juga di kawasan perumahan setinggan tak berapa jauh dari rumah kami. Rumah setinggan ada 2 bilik tapi sempit.

Kami berlima tidur di ruang tamu. Emak suruh kami sabar sebab mak nak cari rumah sewa di kawasan berhampiran dengan pertolongan kawannya yang kami panggil Acik Pah yang ada 3 orang anak.Kebetulan lepas seminggu emak dapat cari rumah sewa.

Walaupun ada 1 bilik tapi kata emak inilah rumah baru kami. Kata emak, kita kena terima kasih pada Acik Pah yang carikan rumah,

pinjamkan duit dan jadi penjamin pada taukeh kedai tempat emak biasa ambil hutang barang untuk buat nasi lemak dulu.

Besar betul jasa Acik Pah kepada kami, tak terbaIas rasanya. Sedangkan saud4ra mara emak langsung tak peduli.

Tapi kami sedar mereka pun susah, sebab tu emak tak mahu balik kampung. Saya rasa hanya mereka yang sekapal dengan emak sahaja faham masalah emak hadapi.

Emak kenal Acik Pah sebab dia pun berniaga. Acik Pah tempat emak mengadu ketika susah dan dia sedia membantu, bukan macam orang lain,

bila dengar cerita orang susah diketawakan dan dipersalahkan, konon tak pandai jaga suami, sebab itu suami pukuI dan nak kahwin lagi. Tapi bukan Acik Pah.

Peng0rbanan dan jasa Acik Pah tak pernah kami lupa sampai sekarang, malah dia macam emak saud4ra kami sendiri, sebab saud4ra sendiri pun tak membantu macam Acik Pah.

Sebenarnya Acik Pah bukan kaya, bukan banyak duit pun, tapi sedia tolong kami, agaknya sebab itu rezekinya murah.

Sekarang, anak–anaknya semua, berjawatan tinggi. Masa pindah pun Acik Pah yang bantu carikan teksi angkat barang, sebab masa ayah haIau emak keluar rumah, kami keluar cuma bawa pakaian sahaja.

Hinggakan buku dan pakaian sekolah pun saya tak teringat nak bawak keluar, sebab ketika itu kami ketakutan tak tahu apa nak buat.

Cuma emak dapat bawa keluar periuk dan dapur. Dua hari kemudian emak pergi lagi ke rumah nak ambil barang–barang lain, tetapi pintu rumah berkunci.

Namun dengan bantuan jiran pintu boleh dibuka. Emak dapat keluarkan pakaian dan buku sekolah kami, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Kami angkut naik teksi juga dengan bantuan Acik Pah. Emak sambung berniaga tapi di tempat lain, lebih dekat dengan rumah baru kami, dan sekolah pun dekat.

Kami jalan kaki sahaja. Emak pergi balik berniaga naik teksi sebab banyak benda nak angkut.

Memang tak banyak untung, tetapi itulah yang emak tahu dan boleh cari sikit–sikit duit untuk sekolahkan kami. Nak harap ayah bagi duit, memang tak ada. Memang kami terputvs hubungan.

Emak susah hati sebab tak cukup duit belanja, tetapi kami suka, sebab tak dengar lagi ayah memetir dan menengking yang menakutkan kami adik–beradik.

Kerana sedar emak susah, kakak berhenti sekolah habis tingkatan lima. Kakak pergi kerja kilang, abang kerja kedai perabot. Tinggal saya dan adik.

Kami berdua bernasib baik dapat masuk asrama, terima kasih kepada kakak dan abang yang bantu kami dengan berk0rban tidak sambung belajar supaya kami berdua boleh terus bersekolah.

Sudah j0doh agaknya, kakak kahwin, tapi maIangnya lepas dapat 2 orang anak, kakak diceraikan.

Puncanya kerana kakak nampak suaminya ada kekasih. Mereka bert3ngkar dan sering berg4duh. Lepas setahun mereka bercerai.

Oleh kerana ketika itu saya sudah bekerja, saya sewa sebuah rumah tiga bilik, saya bawa kakak duduk bersama dan kami suruh emak berhenti berniaga.

Saya mahu emak jaga cucu. Saya carikan kakak kerja kerani di sebuah kilang.

Waktu malam saya suruh kakak sambung belajar. Cadangan saya kakak terima, tapi emak sedih tak dapat berniaga.

Kata emak, berniaga nasi lemak inilah hidupkan kami. Benar, nasi lemak dan peng0rbanan besar emak telah membesarkan dan menghidupkan kami 4 beradik jadi manusia,

jasa emak memang tak mampu kami baIas dengan wang ringgit dan dengan sedikit keselesaan yang kami berikan.

Kami mahu emak hidup selesa dan emak berbaktilah dengan membesarkan cucu–cucu yang dua orang ini, supaya bila besar boleh jadi manusia, sebab ayahnya juga tidak bertanggung jawab.

Kerana cucu, emak akur. Nak jadikan cerita, kerana insaf dengan nasib dan kesusahan hidupnya, kakak berjaya dapat diploma dan kemudian ambil ijazah lagi.

Lebih menarik lagi, kakak dapat kerja yang lebih baik dengan pendapatan amat memuaskan.

Kadang–kadang saya rasa ada rahmatnya kakak bercerai dulu. Kalau tidak tentu kakak masih lagi kerja kilang sampai sekarang.

Kakak pun tidak pernah menyesal dengan perceraiannya, malah dia bersyukur, hidupnya lebih tenang dengan pendapatan lebih baik,

bukan macam dulu, yang menyedihkan semua gajinya diambil oleh bekas suami hinggakan nak beli susu anak pun susah.

Jangan kata nak beli makanan, semuanya dikawal oleh bekas suami. Saya masih ingat lagi kakak mengadu pada emak,

kakak rela bercerai sebab dia tak tahan selalu dipukuI dan gajinya diambil oleh suami, hinggakan kakak terp4ksa pinjam duit emak untuk beli susu anak.

Emak bagi duit tapi emak menangis suruh kakak sabar. Kata emak bersabarlah, jangan bercerai nanti hidup lagi susah.

Emak tak mahu hidup kakak susah macam emak dulu. Emak suruh kakak sabar, tapi yang tersiksa kakak.

Akhirnya setelah bertahun–tahun tersiksa, kakak diceraikan juga. Nasib menyebeIahi kami, waktu itu saya sudah bekerja, maka dapatlah saya bantu kakak.

Saya pujuk kakak duduk bersama saya. Kadang–kadang saya hairan juga dengan cara emak berfikir.

Adakah emak tak ingat lagi bagaimana siksanya hidup emak sebelum bercerai? Apakah emak dah lupa emak kena m4ki hamun,

kena t4mpar dan macam–macam lagi, semuanya kerana ayah nak duit dan nak kahwin lagi. Bila tak dapat, ayah hangin. Emak dah lupa ke?

Saya masih ingat dan lihat sendiri bagaimana emak kena tarik rambut dan emak ditolak ke dinding kerana ayah tak dapat duit.

Saya tetap ingat emak tak berniaga beberapa hari dan kami cuma makan bubur nasi dengan gula kerana emak tak ada duit.

Nak hutang di kedai, taukeh tak bagi sebab hutang lama dah berbulan tak bayar. Saya bersyukur emak kena cerai, tapi emak masih suruh kakak bersabar.

Allah, inilah emak! Bila kehidupan kami sudah berubah barulah kami terjumpa dengan adik beradik ayah, yang suatu ketika dahulu menjauhkan diri daripada kami.

Paling seronok mereka tanya kami `Tak balik kampung ke? Nenek rindu kami. Selalu tanya kami!’ Saya dan kakak terdiam dan senyum.

Kami diam bukan kerana terk3jut, tetapi meluat. Mengapa baru sekarang tanya kami?

Belum sempat kami berlalu, mereka sempat beritahu ayah kami kurang sihat. Waktu itu saya memang kurang ajar sikit.

Kami cuma senyum dan minta diri, walaupun awalnya kami nak membeli beIah tapi kami batalkan dan terus balik.

Dalam kereta saya tanya kakak, perIukah beritahu emak? Kata kakak, apa salahnya, tapi saya larang.

Saya rasa biarlah emak gembira dengan keadaannya sekarang, setelah sekian lama emak mend3rita sendirian besarkan kami,

tanpa sesen duit nafkah dari ayah yang ketika itu bahagia dengan isteri barunya.

Saya masih ingat waktu kakak nak kahwin dulu, emak pergi ke kampung ayah cari ayah sebab mahu ayah jadi wali pernikahan kakak.

Tetapi keluarga ayah semua kata mereka pun tak tahu mana ayah duduk, sebab selalu pindah randah. Must4hil!

Kata emak, kalau ayah tak ada, adik lelaki ayah pun boleh jadi wali, tapi kata nenek, dia duduk jauh tentu tak dapat datang.

Kalau susah, nikah je kat pejabat kadi. Cakap bolehlah, itu zaman dulu, sekarang banyak borang perlu diisii dan banyak soalan perlu dijawab.

Lagi tak sedap dengar, nenek kata dia pun tak boleh datang sebab tak ada sesiapa nak bawak datang.

Akhirnya abang jadi wali setelah pernikahan kakak tertangguh dua kali kerana masalah wali. Sekarang, mereka boleh kata nenek rindukan kami!

Kini, emak masih nasihatkan kakak dan saya supaya segera kahwin, tapi saya tak minat. Saya bahagia dengan keadaan hidup saya sekarang.

Boleh jaga emak dan bantu besarkan anak–anak sed4ra. Kalau adik berminat, dia bolehlah kahwin, tapi saya dan kakak dah awal lagi beritahu emak, buat masa ini `No!’

Namun emak tetap emak, dia masih suruh kami kahwin, tapi kali ini pesannya lain sikit, jangan terlalu sayang dan percayakan suami seratus peratus, supaya tak jadi macam emak.

Suami bukan tempat kita berg4ntung, kita cuma boleh berIindung sementara, kerana suami cuma dipinjamkan oleh Allah buat sementara sahaja.

Kata emak lagi, bukan semua suami jahat dan tak bertanggung jawab, masih ramai yang baik. Cuma kita kurang bernasib baik.

Jadi apa salahnya berkahwin, mungkin kita dapat suami yang baik. Itu nasihat emak, yang tak pernah penat menasihat.