Isteri jiran sye ni pelik, umur dh 40an tp selalu ngintai kami laki bini buat apa. Selalu call atau chat suami xkene masa tp ada je nmbr sya

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, saya seorang isteri yang jenis buat hal sendiri dan setia dengan pasangan dan dikurniakan seorang anak bersama suami tercinta.

Saya tak faham kenapa dan apa masalah jiran saya ni jadi attention seeker kepada suami saya, padahal umur dia dah 40 tahun lebih dah manakala suami saya baru berumur 25 tahun.

Dulu masa berbaik dengan dia, dia kerap jenguk mana mana tingkap rumah saya, semata–mata nak berborak dengan saya.

Walaupun suami saya tengah tidur, dia tetap cuba selak langsir dan tingkap untuk bergaul dengan kami.

Kalau saya tengah memasak pun, sanggup dia datang tingkap belakang untuk sibuk tanya kami masak apa. Suami saya jenis dalam rumah pakai seluar pendek tanpa baju.

Jadi pernah sekali suami saya baru keluar dari bilik air dan masa tu dia (di luar tingkap dapur) sedang berbual dengan saya (memasak di dapur).

Kemudian dia perhati setiap tubuh badan suami saya sambil bertanya, “Kenapa dengan p4rut kat peha dak abang tu?”

Tapi masa tu saya cuba berfikiran possitive mungkin dia mengambil berat tentang hal kami walaupun agak meIampau.

Saya cuma kata “Oh kesan eksiden lama.” Kemudian awal tahun ni, ada berlaku tanah tenggeIam di jalan nak masuk ke rumah kami. Kami tinggal di kawasan kampung.

Rumah kami dan jiran semua dekat–dekat.
Isteri jiran ni risaukan keselamatan suaminya masuk ke jalan tu dengan kereta kemudian dia sanggup datang rumah saya pagi–pagi semata–mata nak jumpa suami saya.

Dia minta tolong untuk tutupkan lubang tu supaya senang suami dia masuk, katanya suami dia penat jadi tak sempat nak buat tanah tenggeIam tu.

Banyak sangat dia cuba pergunakan suami saya. Suami saya jenis sangat menghorm4ti orang, tak pernah langsung saya dengar suami kurang ajar dengan orang.

Tapi m4kin lama, saya sendiri yang tak tahan suami dipergunakan oleh orang macam tu.

Juga bila kes pendemik mula–mula dulu, ada buat agihan bantuan daripada ketua kampung.

Jiran ni sanggup call suami saya tanpa pengetahuan saya (padahal dia ada no phone saya) untuk meminta suami saya supaya tolong ambilkan bantuannya juga dan hantarkan ke rumahnya.

Alasannya sebab suami dia sibuk bekerja, jadi tak dapat ambilkan. Padahal suami saya pon sibuk kerja juga,

keluar sekejap untuk ambilkan bantuan je. Benda ni berlarutan, saya sabar sampailah satu tahap saya kena masuk shift malam.

Suami pula kena jaga anak sementara saya kerja dan masa tu ada cousin suami (lelaki) datang ke rumah untuk lepak.

Tiba–tiba saya dapat call dari suami yang isteri jiran ni selamba bukak gate dan masuk ke dalam rumah dengan alasan nak ambil kembali pinggan mangkuk yang baru siang tadi dia bagi lauk.

Masa tu Ya Allah, mendidih sangat hati ni bila dapat tahu.

Suami dan cousin tercengang je bila dia masuk ke rumah terus ke dapur tanpa segan silu. 7 pagi saya habis kerja terus balik ke rumah tanpa menegur jiran tersebut.

Sebulan selepas tu saya ingatkan benda ni bakal berakhir tapi saya dik3jutkan pula dengan isteri jiran tersebut chat suami saya pagi buta sebab nak pinjam pengampai baju luar dan sebagainya. Takda langsung dia cuba chat saya untuk pinjam apa–apa.

Kenapa suami saya? Kadang–kadang malam buta anak saya menangis pun, dia chat suami saya tanya keadaan anak saya.

Sump4h saya lama sangat makan hati dengan sikap dia. Sampailah satu tahap saya sendiri chat suami jiran untuk bagitahu semua tingkah laku isterinya sendiri.

Tapi paling meng3jutkan suaminya tak tahu apa–apa, malah suaminya pert4hankan isteri dia, konon suami jiran yang minta isterinya chat suami saya.

Tapi saya tak mudah percaya. Lepas je daripada kes saya sound suami dia untuk tegur isterinya, sampai ke hari ni mereka tak tegur saya dah.

Mungkin ayat saya pedas agaknya. Tapi tak lama pun isteri jiran tu diamkan diri, lama–lama dia tetap menegur dan mempergunakan suami saya.

Sampailah akhirnya, saya sendiri yang bagi amaran suami untuk abaikan setiap ajakan atau pertolongan daripada dia. Suami akur.

Apa pendapat semua ye dengan situasi begini? Betul ke tingkah laku saya? Kadang–kadang saya rasa saya yang 0ver pr0tective dan jealous.

Tapi bila fikir balik, memang jarang sangat nampak saya jealous selama ni. Sebab saya tahu suami sangat setia dengan saya.

Keluarga mertua yang memahami hal ini pon nasihatkan saya untuk tetap bersabar.

Minta share pendapat yang murni dan doakan hati saya tetap tabah dalam menjalani kejiranan seperti ini sehingga saya dan suami mampu untuk berpindah