Ak lari rumah sbb abg pkul ak ats fitnah mak. Ak dh xde hala tuju jdi ak ambil kputusan utk nikah dgn N di siam

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Ingat aku lagi tak? Laila Atheerah of course bukan nama sebenar. Jangan lah cari nama aku di FB ke IG ke mesti tak akan jumpa sebab ini nama samaran aku saja.

Ramai juga yang baca kisah aku. Aku nak minta maaf sebab aku berhenti tiba-tiba. Nanti di akhir kalam, aku cerita kenapa aku tak ada banyak masa untuk menulis confession aku. Aku nak ucapkan terima kasih juga sebab ramai yang bersimpati

Untuk part 1 yang lebih menyentuh hati boleh klik link di dalam ruangan comment.

Tujuan aku suruh like banyak-banyak tu bukan aku nak jadi famous atau ‘batak like’ pun. Tau tak maksud batak ni?

Aku rasa orang utara tahu kut. Alah, yang terhegeh-hegeh nak kan perhatian tu. Bukan aku nak ye.

Aku cuma nak tahu sama ada orang baca ke tidak cerita aku. Nanti macam syok sendiri pulak confess benda yang entah apa-apa.

Bila aku baca komen anda semua dan aku tengok like yang aku dapat, ianya umpama memberi sokongan dan dorongan kepada aku untuk terus bercerita.

Ha gitu ye kawan-kawan. Aku baca setiap komen tau. Gigih tak? Tapi aku happy. Masa aku menaip ni, like yang aku terima dah 2000. Terima kasih

Ada yang kata aku berdrama. Aku kira yang cakap aku macam tu punyai ibu ayah yang baik dan keluarga yang sempurna. Ucapkan lah syukur dik.

Allah tak uji adik dengan jalan berliku begini. Tapi ada juga punyai kisah yang sama atau hampir serupa dengan aku. Aku harap kita sama-sama kuat untuk teruskan hidup di dunia yang penuh liku ini.

Yang kata aku mereka cerita tu, percayalah, aku bukan jenis yang buang masa untuk perkara yang tak dapat manfaat pun.

Aku confess ni bukan dapat duit atau dibayar. Tapi aku nak hilangkan perasaan dend4m dan marah aku ni sebab aku bukan jenis bercerita kisah aku pada orang walaupun kawan baik sendiri.

Sebab aku tahu manusia sekarang ramai yang bertopengkan manusia. Jadi, aku elakkan. Juga, aku tak mahu aib keluarga aku disebar-sebarkan. Aku malu. Jadi, aku cerita di sini sebab tak ada siapa kenal aku.

Sebelum tu, tolong faham kronologi kisah hidup aku ni. Cerita aku di bahagian pertama tu bukan berlaku sekarang. Tapi 14 tahun yang lepas sewaktu umur aku 24 tahun.

Sekarang umur aku 38 tahun. Jadi, cadangan anda semua untuk aku atur hidup aku seterusnya itu memang tak boleh aku nak ambil peduli sebab dah berlaku pun.

Sebelum aku mulakan, aku nak berikan penjelasan kepada yang tertanya. Eh, takkan 24 tahun dah ada master dan kerja 2 tahun? Ye betul. Aku habis master umur 22 tahun. Sebenarnya, aku masuk darjah 1 masa umur aku 6 tahun.

Aku tak pasti kenapa boleh masuk tapi yang aku pasti, kawan abah aku guru besar di sekolah rendah aku tu.

Sebelum tu aku masuk tadika, waktu umur 4 dan 5 tahun. Mungkin abah aku rasa buang masa nak masuk tadika lama-lama, dia masukkan aku ke sekolah rendah terus.

Jadi, aku ambil UPSR umur 11 tahun, PMR umur 14 tahun, SPM umur 16 tahun. Dulu walaupun tak cukup umur 17 tahun, masih dibenarkan untuk duduki SPM.

Sekarang KPM dah ketatkan. Umur 17 tahun baru boleh ambil SPM. Kalau lebih tak apa, kalau tak cukup umur tu, kena ulang la tingkatan 4 atau 5 sampai lah umur dah 17 tahun. Jangan persoalkan tentang perkara ini, tapi ini lah yang berlaku dalam hidup aku.

Lepas SPM pulak, aku dapat asasi setahun dan degree 3 tahun. Umur 21 tahun aku dah habis belajar tapi masa tu aku dapat tawaran untuk sambung master setahun.

Peluang dah ada, apa lagi, terus aku melangkah. Ha sebab tu lah umur aku 22 tahun aku dah ada master dan lepas tu aku terus dapat kerja. Alhamdulillah, rezeki aku. Faham dah? Hehe

Sorry agak panjang muqadimah bahagian dua ni. Baik, sekarang aku sambung cerita aku. Ye, aku dan N pergi juga nikah di Siam.

Sebelum aku meneruskan niat aku ni, aku dah pergi pejabat agama untuk dapatkan penjelasan dan pertolongan. Tapi prosesnya sangat rumit dan mengambil masa yang lama.

Anda rasa aku boleh tunggu ke dengan keadaan aku yang terumbang ambing? Stress yang aku dapat ni bukan baru tau tapi sejak aku kecil.

Aku kira kalau aku tak bertemu N, aku dah dapat depression tahap teruk dan mungkin aku dah arwaah sebab bnuh diri.

Aku tak ada siapa-siapa ye. Hanya adik-adikku yang kesemuanya perempuan tak mampu untuk menolong kakak mereka ketika itu kecuali dengan sokongan. Dan, aku ada N.

Seawal 6 pagi kami berangkat menaiki kereta ke sempadan. Dari tempat aku nak ke sana ada lah dalam 3 jam.

Alhamdulillah, dalam masa 2 hari, semuanya selesai dan aku sah menjadi isteri kepada N. Sambil-sambil tu kami honeymoon di sana. Aku bahagia

Balik dari Siam, aku dan N terus kemas-kemas rumah yang aku beli tu untuk kami diami.

Start dari situ, N mengambil tanggungjawab sebagai seorang suami dan dia sediakan semuanya termasuk membayar loan rumah seperti yang kami bincangkan sebelum ini.

Oh ya, jangan risau tentang pendaftaran di Malaysia. Walaupun aku tak boleh berfikir secara waras waktu tu, tapi aku belum betul-betul bodoh.

Aku dah cari peguam untuk tolong aku hadap proses mahkamah untuk daftarkan pernikahan kami di Malaysia.

Aku ambil private lawyer sebab aku malas nak turun naik mahkamah lama-lama. Aku kena bayar 4 ribu lebih untuk perkhidmatan peguam ni.

14 tahun lalu, 4 ribu ringgit adalah jumlah yang banyak ye. Tapi N top up juga. Sorang separuh.

Walaupun dia baru saja kerja, simpanan biasiswa dia waktu belajar sangat banyak. Aku pun terkejut sebab first time jumpa manusia yang berjimat tahap dewa ni. Tapi, itulah N.

Dalam 3 ke 4 minggu saja aku dan N dah dapat surah nikah Malaysia. Peguam tu sangat membantu.

Aku dah tak risau kalau termengandung. Aku penjawat awam dan aku kena denda tapi N tak sebab dia bekerja di syarikat GLC.

Tapi aku tak kisah sebab aku sekarang dah ada kawan menangis, kawan ketawa, kawan bercerita, kawan makan, kawan gduh pun ya.

Biasalah, datang horm0n wanita, tak boleh nak kawal emosi. Tapi, N tetap N. Dia sangat lah tenang dalam melayani aku. Lagi sekali aku cakap, aku bahagia

Tiada siapa yang tahu aku dan N sudah bernikah kecuali jiran-jiran kami dan adik-adik aku. Aku beruntung sebab adik-adik aku menyebelahi aku.

Mereka selalu juga datang rumah aku jika berkelapangan. Macam biasa, memang kami akan elakkan untuk bercakap mengenai mak.

Aku juga masa tu masih marah tahap gunung berapi memuntahkan lava. Aku tak boleh dengar pun perkataan ‘mak’ dan ‘abang’ aku.

Kalau tengok drama pun, pasti N akan tapis seboleh-bolehnya untuk aku tidak terfikir tentang mereka ini.

Selepas setahun, kami bercadang untuk beritahu keluarga N. N ada mak, sorang kakak, sorang abang dan sorang adik.

Aku tengok N rapat dengan kakak dia berbanding abang dan adik. Selama setahun ni, kami berlakon seperti pasangan kek4sih di depan keluarga N.

N pun kerja di negeri yang sama dengan aku dan dia sebelum ni menyewa bersama rakan-rakan.

Jadi, bila N dan aku di rumah kami, keluarga N tak pernah syak apa-apa. Ye la, mak N ingat N duduk dengan kawan-kawan dia.

Rumah yang aku beli tu dekat dengan tempat aku bekerja. Pasal anak? Ye kami merancang. Kami sebolehnya tak mahu anak lagi sehingga semua orang tahu yang kami dah nikah.

Jangan marah kami. Kami nak beritahu awal dan aku sendiri mintak N beritahu mak dia sebelum kami bernikah.

Tapi N cakap mak dia minta N kerja lebih lama lagi untuk kumpul duit sebelum mendirikan rumahtangga. Aku rasa mungkin mak dia ingat anak dia tak ada duit lagi, macam mana nak jaga anak orang kan.

Takkan nak bagi makan pasir. N pulak tak pernah bercerita pasal kewangan dia dengan sesiapa pun termasuklah aku.

Tapi aku kan isteri, mestilah aku korek-korek sampai ke lubang cacing dan password akaun bank dia dan segala transaksi pun aku tahu. Well.

Ok, kami pun dah bersedia dan kami berterus-terang. Kami berdua duduk depan mak N. Mak N agak terkejut dan macam tak percaya. Tapi dia tak marah.

Dia cuma tanya kenapa jadi macam ni. Aku dan N cuma cerita pada mak N yang abah tak mahu jadi wali. Itu sahaja. Mak N tahu mak dan abah aku dah berpisah.

Tapi, peristiwa yang berlaku pada aku sejak aku kecil sehingga ke malam tu, aku kunci rapat dan aku tak izinkan N cerita pada keluarga dia. Aku memang tak mahu orang lain tahu aib keluarga aku.

Aku bersyukur jugak sebab mak N jenis yang menyimpan rahsia. Dia tak bagitahu pada sesiapa pun kecuali kakak N.

Mak N nampak okay tapi yang tak okay adalah kakaknya. Amat jelas kelihatan kakak N benci dekat aku.

Bila aku datang rumah mak N dan kalau kakaknya ada sekali di rumah tu, memang dia menjeling-jeling dekat aku.

Aku nampak la kadang tu, aku ada saja depan mak dan kakak N, tapi mereka sembang berdua saja. Mak N mungkin pura-pura okay sebab ye lah kami dah kawin kan.

Aku yang aku boleh buat? Padan muka aku kan? Gagah pergi kawin tanpa pengetahuan mak dan abah. Mungkin ramai yang akan cakap macam tu.

Aku terima semuanya. Kalau aku ada keluarga yang elok, mana mungkin aku akan belakangkan mak dan abah dalam urusan kehidupan aku.

Malah aku cuba tanpa lelah untuk berbincang dengan abah. Tapi abah tak muncul.

Aku ambil jalan short cut sebab aku dah nak tumbang. Aku memang sorang-sorang. Aku tak ada sesiapa yang aku boleh rujuk waktu tu.

bersambung ….

p/s cerita ini ada sambungan,admin akan post di ruangan komen nanti ya