Dh 1 tahun ak pvtus hbgan dgn mak tiba2 mak call minta ak balik. Ada sbb rupanye mak brbaik dgn ak. Rahsia mak jgk dlm tgn ak

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Ingat aku lagi tak? Laila Atheerah of course bukan nama sebenar. Jangan lah cari nama aku di FB ke IG ke mesti tak akan jumpa sebab ini nama samaran aku saja.

Ramai juga yang baca kisah aku. Aku nak minta maaf sebab aku berhenti tiba-tiba. Nanti di akhir kalam, aku cerita kenapa aku tak ada banyak masa untuk menulis confession aku. Aku nak ucapkan terima kasih juga sebab ramai yang bersimpati

Untuk part 1 & 2yang lebih menyentuh hati boleh klik link di dalam ruangan comment.

Ok, bagi aku teruskan cerita aku lagi sebab ini bukan lah main point aku dalam tajuk aku, salah aku kah?

Aku hadap saja apa saja tindakan mak N dan kakaknya. Mak N nak kata tak suka aku tu, tak pernah la dia marah atau jeling aku macam kakak N.

Dia buat macam biasa dan aku pun buat macam biasa juga. Tak lama lepas kami beritahu, mak N cadangkan untuk kami buat kenduri sikit.

Ye la, nanti tiba-tiba beritahu saudara mara yang lain kami ni suami isteri, mesti mereka akan bertanya, bila nikahnya?

Tambah-tambah lagi bila mak N ni rapat dengan jiran-jiran. Of course, lah makcik-makcik dikawasan sekitar akan tertanya-tanya kan.

Masa ni kami kaget. Kalau nak buat kenduri, mesti lah dikedua belah pihak. Mak N tak tahu yang aku dengan mak dah setahun tak bertegur sapa. Kami cakap, kami nak berkira-kira dulu bajet semua. Mak N kata okay.

Masa aku tengah hadapi masalah yang satu ni, aku memang minta sungguh-sungguh pada Allah supaya Allah mudahkan urusan aku.

Nak tahu apa jadi? ni betul tau bukan aku reka cerita. Aku dapat call dari nombor yang aku tak save atau nombor yang baru aku lihat. Aku angkat call.

“Assalamualaikum, Lela.. mak ni” aku dengar suara yang aku memang kenal di hujung talian.

Aku terdiam. Aku tak tahu nak respond macam mana. Walaupun dia mak aku, tapi kami tak rapat macam mak dan anak. Aku tak kej4m.

Aku sambut panggilan mak aku dengan baik. Aku masih bercakap macam biasa. Aku tak rasa nak menangis pun. Sebab luuka aku dalam sangat.

Mak mintak aku balik rumah dia. Walaupun dia yang salah, tapi tak pernah dia katakan maaf pada anak-anak dia. Dia seorang mak yang sangat eg0.

Aku berani kata sebab pada dia, ibu tak boleh menyembah anak. Jadi ibu saja yang betul, anak akan terus disalahkan.

Aku anak dia, aku tahu baik buruk mak aku. Jadi, jangan cakap aku kej4m sebab aku kata mak aku macam ni. Aku pun eg0. Setahun aku tak contact mak. Tapi, eg0 aku bersebab.

Aku pun balik rumah mak aku dengan N. Aku terus beritahu mak yang kami dah kawin. Mak aku nampak tenang. Dia kata yang sudah tu sudah la.

Dia nampak macam boleh terima. Mungkin dia tengok N handsome juga kut. Mak aku ni memang kalau nampak orang tu handsome/lawa dia akan jadi lembik lutut.

Bukan gatal ye, tapi lebih kepada lembut hati. Dalam hati aku terus aku bersyukur.

Bersyukur sebab Allah mudahkan kerja aku satu dan bersyukur sebab N handsome. Bayangkan kalau N tak handsome? Apalah agaknya reaksi mak aku kan?

Kami pun buat kenduri. Kenduri kedua belah pihak. ALHAMDULILLAH, aku lega yang teramat. Aku dan N buat sujud syukur.

Kami officially dah jadi suami isteri di mata orang. Ada juga adik beradik yang tanya bila nikah dan sebagainya.

Mak N dan mak aku kata, majlis nikah buat antara kami ja atas permintaan aku dan N. Lepas tu, semuanya kembali normal. Dah tak ada yang bertanya lagi.

Aku nak cerita dulu pasal mak aku. Mak aku buat baik dekat aku bersebab. Masa dia call aku hari tu kan, mak aku kata dia dah tak nak kerja.

Dia dah tua dan dah penat. Mak aku ni kerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah. Mak aku tak ada SPM sebab dia bagi peluang pada adik-adik dia untuk sambung belajar.

Aku sebenarnya bersimpati dengan mak. Tapi apakan daya, perangai mak aku macam tu. Lepas tu dia kata, kereta mak tak ada siapa nak bayar. Aku dah agak.

Ada udang di sebalik batu. Tapi, apa yang boleh aku buat? Aku anak dia. Takkan aku nak kata padan muka mak? Aku pun cakap tak apa mak, lela tolong bayarkan.

Lepas tu, mak aku letak telefon. Aku kira dia berhora horey di sana. Sebab ni juga kut dia terpaksa terima aku dan N dah berkahwin. Kalau tak, tak dapat duit dari aku lah kan?

Mulai bulan tu juga, aku bayar kereta mak RM400 sebulan dan aku bagi duit poket RM350 tiap bulan dekat mak. Up RM50 dari sebelum tu.

Tak apalah, sebab tiap tahun gaji aku naik. Aku bukan bodoh tak fikir apa yang mak dah buat. Tapi, buruk manapun dia tetap mak aku. Mak yang lahirkan aku.

Cuma, aku pernah beranikan diri cakap, aku takkan bagi muka lagi dah kalau orang buat aniaya dekat aku.

Aku yakin dia terasa, dia nampak sangat menjaga kelakuan selepas kejadian itu dan aku jadi lebih tegas dengan mak. Tapi masa ni mak aku tak berhenti kerja lagi, dalam proses.

Kejap, aku nak cerita satu benda lagi. Anda semua nak tahu sebab apa aku boleh ajak N kawin di Siam? Aku mengambil ilham daripada mak aku jugak.

Masa umur aku 20 tahun, aku sedang menyambung degree di IPTA. Aku dapat call daripada adik aku. Adik aku kata mak aku pergi kawin di siam.

Dia nampak sijil nikah siam mak aku dengan lelaki tua nak mampus tu. Aku panggil lelaki tua tu macam tu sebab adik aku kata dia pergunakan mak aku.

Mak aku kan walaupun kerja pengawal, tapi gaji 2 ribu juga sebab dia kerja memang lama. Mak aku lah kena bayar itu ini dan kena bagi duit belanja sekali dekat dia.

Tapi, perkahwinan tu tahan selama beberapa bulan saja. Mak aku baru ada akal kut.

Kan aku kata, dia kalau tengok lelaki handsome, jadi lembik lutut. Bagi orang yang berumur, lelaki tu nampak kacak la kut.

Entah la, aku tak pernah tengok sebab aku tak balik rumah masa belajar dulu. Aku kerja cari duit poket.

Masa setahun aku tak contact mak tu, rupa-rupanya mak kawin lagi. Adik aku kata lelaki ni memang hitam legam. Dasyat betul mak aku.

Tapi sama jugak, jodoh tak panjang sebab lelaki tu mengongkong mak tak bagi jumpa anak-anak. Entahlah, itu apa yang adik aku cerita. Aku malas nak ambik port sangat sebab aku dah tak mahu pedulikan kisah orang.

Mak aku ingat aku tak tahu dia kawin sampai 2x selepas abah. Sebab aku tak pernah sebut pun depan dia.

Tapi, aku nak jadikan modal untuk aku perli dia kalau dia buat yang bukan-bukan lagi dan aku memang betul-betul ugut yang aku tak kan balik lagi dah. Kalau dah tak balik, of course dia tak dapat duit belanja kan?

Mak aku menjadi sangat behave tau lepas semua kejadian tu. Semua sebab DUIT. Tapi aku tahu, dia dengan maksu aku tu suka mengutuk orang termasuklah kami adik-beradik.

Mungkin anda semua tak percaya kan mak sendiri mengutuk anak? Itu lah yang terjadi dalam hidup aku.

Tak kan aku tak boleh merasa sedih? Macam mana aku tahu? adik aku terdengar dan dia rekod.

Baru part mak aku. Kan aku kata cerita aku banyak bahagian dan melibatkan ramai orang. Jadi, aku perlukn masa untuk menulis.

Lepas selesai menulis aku kena pastikan pula cerita aku difahami. Nanti kalau tunggang terbalik, mesti ramai yang akan bagi komen negatif.

Tapi aku kena cerita juga apa yang berlaku supaya di akhir nanti, anda semua boleh menilai salah aku kah?

Ok sekarang aku masuk part aku pula. Lepas enam bulan buat kenduri, setahun setengah selepas kami nikah, aku pregnant.

Masa ni hubungan aku dengan keluarga N so so saja. Tak terlalu baik tapi tak buruk pun. Sebab apa aku kata macam ni? Sebab sekali lagi aku kena hadap masalah pilih kasih ni.

Tiap hujung minggu pasti N akan ajak aku balik rumah mak dia untuk makan-makan. Aku masak di rumah aku dan bawa ke rumah mak N. Kami makan sama-sama.

Kadang-kadang kakak N ada, tapi jarang lah dia nak ada. Mungkin dia tak suka tengok aku kut. Lantak lah, asalkan N ada dengan aku.

Kakak N ni ada 5 orang anak. Semua anak-anak dia, mak N yang jaga dari kecik. Aku tak rasa dia mampu nak bagi pengasuh sebab dia saja yang kerja. Suami dia goyang telur saja. Tu pun kalau ada telur.

Ada la buat part time sikit-sikit. Tapi tak bersungguh. Abang N pulak baru ada seorang anak. Isteri abang N, iaitu biras aku ni kecil molek orangnya. Putih pun putih.

Aku dari awal lagi nampak sangat yang mak N ni memang sayang lebih dekat abang N, biras aku dan anak mereka.

Aku nampak juga perbezaan layanan mak N dengan anak-anak dan cucu-cucu lain yang ketara.

Mak N tak pernah marah anak abang N tapi selalu sangat aku tengok anak-anak kakak N kena marah.

bersambung ….

p/s cerita ini ada sambungan,admin akan post di ruangan komen nanti ya