Lgi 6 mggu nk kawin ak tekejut dpt keputusan tunang +ve. Bila cek fon tunang byk benda pelik dgn lelaki. Patut la ak xjumpa selama ni

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku juga ingin berkongsi kisah yang hampir sama telah aku lalui. Cumanya kisah aku tidaklah seberat confessor yang bersuamikan g4y itu.

Pada January 2021 aku telah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki yang aku cintai. Kami berkenalan di aplikasi mencari jodoh.

Kami mengikat tali pertunangan diatas dasar suka sama suka selepas setahun menjalin hubungan. Setelah berbincang antara dua belah pihak keluarga, kami telah bersetuju untuk bernikah pada awal June 2021.

Aku pendekkan lah ye cerita aku. Ceritanya lagi 6 minggu sebelum tarikh nikah kami, tunang aku kantoi sangkut H1V test. Ya H1V positive. Pada mulanya dia menafikan dia telah melakukan sebarang aktiviti yang berisiko.

Tapi setelah aku cek phonenya, baru lah kantoi semua perbuatan busuknya. Rupanya tunang aku seorang g4y. Bermacam macam jenis chat aku jumpa dengan pelbagai lelaki. Ada yang nak video call sebab nak tengok body, ada juga chat2 yang ingin bertemujanji di hotel.

Kecewa aku Tuhan saja yang tahu. Siapa sangka lelaki yang aku anggap akan menjaga aku sehingga akhir hayat merupakan seorang lelaki yang dah jauh terpesong.

Kami merupakan pasangan bercinta jarak jauh. Dia di perak, aku di Selangor. Tambahan pula PKP, kami sangat susah untuk berjumpa.

Sepanjang bercinta ada lah dalam 3 ke 4 kali saja jumpa. Tetapi setiap kali berjumpa aku tanpa gagal akan sentiasa cek phone dia. Tetapi apa yang aku cari cumalah chat chat daripada perempuan.

Tidak pernah aku terfikir untuk bukak chat daripada lelaki kerana pada aku itu merupakan privasinya bersama kawan kawan. Rupa rupanya, aku silap. Aku bukan dicuraangi kerana wanita lain. Tapi aku dicuraangi kerana lelaki.

Setelah kantoi, dia menangis merayu supaya aku tidak tinggalkan dia. Dia berjanji sehabis baik untuk berubah.

Atas dasar sayang dan malu untuk batalkan perkahwinan, aku setuju untuk beri dia peluang kedua, kerana pada fikiran aku, tidak adil untuk aku terus tinggalkan dia tanpa dapat dia buktikan yang dia boleh berubah.

Walaubagaimanapun, setelah aku bagi peluang kedua, hati aku masih ada ragu ragu. Aku pesan padanya, bahawa aku percaya dia, tapi kalau dia ulang lagi perbuatan kotornya, Allah akan tunjukkan.

Mungkin akan ada pembaca yang akan kata aku bodoh untuk berkahwin dengan seorang penghidap H1V.

Tapi jangan risau, setelah aku bagi dia peluang kedua, kami telah pun berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan nasihat bagaimana cara pasangan berkahwin agar H1V tidak mengjangkitkan kepada anak dan isteri.

Ramai yang tak tahu penghidap H1V boleh hidup seperti biasa iaitu boleh ada pasangan dan boleh ada anak tanpa menjangkitkan virus tersebut kepada anak dan isteri.

Tetapi, semuanya berubah lagi. Berberapa hari selepas tunang aku kantoi g4y, dia telah ditugaskan untuk bertugas di Johor selama sebulan.

Selepas seminggu dia di Johor, aku dapat rasakan dia sedikit lain. Mungkin di atas doa aku dan keluarga tanpa putus, entah macam mana, Allah gerakkan hati aku untuk install applikasi g4y.

Aku buat fake account dan search di lokasi tunang aku bekerja. Bertapa terkejutnya aku bila aku jumpa account tunang aku, dengan gambarnya terpampang di profile account tersebut. Yang lebih mengejutkan, account tersebut menunjukan status sedang “Online”.

Sekali lagi, aku terasa kecewa yang teramat sangat. Ternyata, semua janji dia untuk berubah Cuma lah mainan kata-katanyanya saja.

Selepas kantoi tersebut, aku terus ajak ibu aku pulang cincin kepada family tunang aku. Aku ceritakan semua hal kepada mak dia. Menangis maknya dengar apa yang aku ceritakan.

Anak sulung yang menjadi harapan keluarga, telah mengecewakan hatinya. Aku tunjukkan juga bukti yang aku ada.

Mak nya memujuk aku untuk sama sama bagi tunang aku peluang lagi. Tapi aku dengan tegas, cukuplah peluang yang aku dah berikan. Aku dah tak nak ambil risiko lagi.

Aku juga pernah bertanyakan kepada pejabat agama islam Selangor mengenai masalah aku yang bertunang dengan seorang g4y.

Pejabat agama sendiri menasihatkan agar aku tidak meneruskan perkahwinan kami. Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang Allah dah aturkan untuk aku.

Sejujurnya, bukan H1V yang membuat aku tekad untuk tinggalkan dia. Tetapi disebabkan dia tak menunjukkan penyesalan dan tekad untuk berubah daripada dunia songsangnya.

Aku yakin memang susah untuk dia tinggalkan dunia songsangnya apatah lagi sudah 10 tahun dia melakukan aktiviti tak bermoral itu.

Aku berfikir, kalau betul dia nak berubah, dia tidak akan mencari lagi lelaki untuk melunaskan nafsunya selepas aku bagi dia peluang. Pada awalnya aku susah untuk menerima hakikat apa yang terjadi. Aku hampir2 memberi peluang sekali lagi kepada dia.

Namun atas nasihat keluarga serta rakan rakan, akhirnya aku mampu untuk kembali berfikir secara rasional. Alhamdulillah aku lebih senang sendiri sekarang.

Kepada Anne, aku tahu susah untuk kau terima bahawa suami kau seorang g4y, tapi percayalah, nafsu songsang mereka memang tidak akan dapat diubah.

Terlalu sikit peratusan lelaki songsang yang berubah apatah lagi yang dah melibatkan hubungan int1m. Banyak mana pun peluang yang diberi, lambat laun mereka akan kembali juga ke dunia songsang itu.

Kalau dia memang betul nak berubah, dia tidak akan gunakan perkahwinan sebagai alasan untuk mereka berubah.

Perkahwinan kau masih baru, masih belum ada anak yang kau perlu fikirkan. Nasihat aku, keluar lah dari perkahwinan kau ni. Tak guna kau tunggu dan tunggu untuk dia berubah.

Terlalu lama untuk kau tunggu selama dua tahun sebelum balik semula ke semenanjung. Perkara akan jadi lebih teruk. Mungkin sekarang dia masih bebas dengan H1V.

Tapi masa akan datang kalau dia masih dengan g4ya hidup songsang, tak mustahil akan berjangkit kepada kau tanpa kau sedar.

Penghidap H1V tidak akan tahu mereka dijangkiti sehinggalah ujian drah dilakukan. Kau juga boleh report kepada pejabat agama berkenaan suami kau yang g4y tu.

Kau wanita ada kerjaya, kenapa kau nak takut dengan perceraaian sedangkan kau sendiri tahu, perkahwinan ini akan berikan mudarat kepada hidup dan masa depan kau.

Aku merayu keluar lah dari pekahwinan ni. Mulakan hidup kau sendiri. Aku yakin akan ada masa depan yang lebih cerah untuk kau.

Aku tak nak wanita nampak lemah dan senang-senang dibodohkan oleh golongan- golongan songsang yang berkahwin untuk menutup perbuatan kotor mereka ni. Aku doakan kau dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri kau.

Salam sayang dari aku untuk Anne.