Ak trjumpa anak ikan utk ak puaskn n4fsu. Suami kt brunei xblh balik sbb cvd, aku teramat sunyi.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sebelum tu, aku nak minta maaf andai coretan aku agak berterabur. Aku tak pandai menyusun ayat, tapi aku terdesak sekarang ni.

Aku kenalkan diri aku sebagai S (bukan nama sebenar). Berumur 35 tahun. Aku nak buat satu pengakuan. Aku ada satu anak ikan atau dalam bahasa kasar, budak muda yang aku jadikan tempat pemuas n4fsu.

Benda ni tak mudah untuk aku coretkan disini dan mungkin sesuatu yang agak berani aku buat sekarang ni kerana sekarang ni, aku dah ada suami.

Aku tahu apa aku buat ni pun memang berdosa tapi apa pilihan yang aku ada bila aku turutkan n4fsu?

Aku mengaku aku tewas dalam permainan sy4itan ni Aku buat keputusan untuk kongsi sini untuk dapat sedikit respon dari pembaca untuk aku berubah.

Aku tak minta kecaman, tapi doakan aku untuk berubah. Semoga ada doa kalian yang diangkat agar aku sedar bertapa berdosanya aku.

Aku dan laki aku dah lama bersama, tapi suami aku, aku gelarkan P, orangnya memang kacak,daya tarikan prince charming dia kuat, muda 6 tahun dari aku, seorang yang sangat sibuk dan ada tanggungjawab yang besar.

Beliau sekarang di Brunei dan aku pula di ibu negara.

Seperti yang kita tahu perintah kawalan pergerakan yang dah berlanjutan lebih daripada setahun membataskan banyak perkara. Merentas negeri/ negara, bersosial semua disekat.

Aku pula seorang diri disini tanpa sesiapa. Ada kawan-kawan pun sama je. Bukan boleh melepak.

Dan aku sendiri tanpa ada rezeki anak. Memang kami sentiasa berdua selama ni. Bila merentas negara dan negeri tak dibenarkan, aku buntu Aku sunyi.

Kalau sekali dua on call, video call, boleh lagi. Tapi ini dah lebih setahun, hati aku tengah berperang sekarang ni.

Dan sebabkan itu, aku berkenalan secara tak sengaja dengan seorang anak ikan dari sosial media. Sosial media mana rasanya tak perlulah aku dedahkan.

Anak ikan, seperti semua tahu gelaran untuk budak yang dalam usia muda. Orang kata budak baru nak up lah. Budak ni aku gelarkan dia A.

Umur 22 tahun. Orangnya jambu, kacak, muka ala-ala model yang sangat flawless. Bermula dengan chatting, kami rapat dan mula berbual lebih dari seorang kawan.

A tahu aku dah berkahwin tapi dia tak kisah. Jujur, beberapa kali hampir kami berjumpa dan terlanjur, tapi kerana musim sekatan ni, pergerakan sukar.

Tapi tak mustahil, lepas perintah kawalan pergerakan ni berakhir, kami rancang untuk berjumpa juga.

Sekarang ni, aku hubungi si A ni,lebih daripada suami sendiri. Tanya khabar, melayan video dia, sweet dengan dia lebih daripada suami sendiri.

Salah satu sebabnya mungkin adalah kerana dia dekat banding dengan suami sendiri diluar negara.

Dan si A ni pun rajin sangat hubungi aku selalu. Dia pandai sweet talk aku. Aku pun pandai melayan dia. Kira masing-masing tahu apa yang masing-masing nak.

Aku banyak kali juga terfikir yang benda ni salah. Boleh mendatangkan fitnah dan sebagainya, tapi aku tewas. Tewas dalam n4fsu aku sendiri. Bukan sekali, tapi sangat dah banyak kali.

Pada yang ingat aku tak fikir sehabis dalam, percayalah. Aku dah buat. Pada yang fikir kenapa aku masih melayan dengan status aku sebagai isteri orang.

Percayalah. Aku dah cuba tak melayan. Tapi aku kalah sebabkan kesunyian melampau yang aku rasa.

Sekarang ni, aku sampai dah buntu, tak tahu apa nak dibuat kalau aku keluarkan A dari hidup aku. Macam dah tak boleh.

Aku sampai berdoa, janganlah pandermik cvd ni diangkat dari muka bumi ni, sebab aku takut kalau anak ikan aku si A tu tunaikan janji dia nak datang jumpa aku. Satu negeri pulak tu.

Semoga aku dijauhkan dari dosa z1na, dosa curaang, menipu, derhaka pada suami dan lain-lain. Aku manusia, kelemahan tu of couse ada.

Kalau aku suka buat dosa, aku takkan coretkan kisah aku disini asal aku bahagia dengan anak ikan aku.

Anak ikan aku tu, aku juga berdoa dalam hati agar dia lupakan aku, tolak aku, jangan layani aku, supaya aku sedar tempat aku yang sebetulnya disisi suami.