M4rah dan sedih bila dia ckp sy mmg bersalin 3 org, tp sebenarnya sy ada 3 org lg anak yg dh cuci. Kini penyesalan yg tiada pghujung

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Hi. Saya Dr Aurora, nak share tentang kisah benar yang boleh kita ambil iktibar.

Sorry lah, post saya kali ni maybe agak berbeza dengan post sebelum-sebelum ni, sebab ada rasa sedih dan nak marah jugak bila dengar luahan pesaakit saya ni. Puan A, seorang ibu dalam lingkungan umur 50an. Dikurniakan anak 3 orang.

Puan A datang ke klinik, mengadu yang dia sudah lama alami masalah kencing tak lawas dan gagal untuk kawal kencing (urinary incontinence).

Kadang-kadang terkencing tanpa sedar. Sampaikan terpaksa memakai lampin dewasa.

Dia belum menopause. Tiada sejarah angkat berat, trauma atau accident yang melibatkan kecederaan saraf tulang belakang yang boleh saya kaitkan dengan masalah urinary incontinence ni. Tiada penykit kronik seperti kencing manis.

Dia juga tak mengambil sebarang ubaat yang maybe menyebabkan kencing kerap dan tak lawas.

Bila saya check urine Puan A, tiada pun tanda infection. Tiada ketulan atau ketumbuhan bila abd0men diperiksa.

Agak rare untuk dapat ke s urinary incontinence pada usia semuda 50an. Anak pun baru 3 orang.

Selalunya kalau anak ramai dan banyak kali bersalin secara spontaneous vaginal delivery, ada risiko untuk dapat masalah ni.

Tiba-tiba kedua-dua mata Puan A berkaca-kaca, seakan ada perkara sedih yang dia cuba ceritakan.

Dia terus tanya, “Dr, saya memang bersalin 3 orang, tapi sebenarnya saya ada 3 orang lagi anak tapi saya cuci (ggurkan secara paksa atau prosedur D&C), sebab saya tak bersedia dan suami paksa saya cuci.”

Terkejut saya dengar.. “Kenapa 3 kali Puan cuci?” saya bertanya lagi. Sebak dada bila dengar dia cerita.

“Saya takut nak makan ubaat perancang sebab orang tua-tua kata macam-macam. Bila termengandung, suami bawa pi hspital untuk cuci dan buang janin tu.”

“Puan tahu tak gvgurkan anak secara paksa tu berdosa? 3 kali tu, banyak sangat.”

Puan A menjawab, “Ya saya tahu. Suami pun tahu. Tapi suami still paksa saya. Saya takut nak ambil perancang, tapi saya tak pi jumpa Dr pun untuk tanya pasal merancang ni.

Saya rasa masalah kencing saya ni berpunca daripada dosa saya yang lalu. Saya insaf sangat-sangat. Sekarang suami pun macam taknak layan saya sangat dah. Saya sedih sangat, Dr.”

Sedihnya hanya Allah yang tahu bila saya dengar.. Kenapa sampai 3 kali??

Kalau sekali pun, patutnya dia dah berusaha ambil perancang selepas prosedur tu, tapi seakan tak belajar dari ksilapan. Sedih sangat sangat.. Ambil perancang bukannya berdosa pun, malah diharuskan.

Ada juga segelintir suami yang tak benarkan si isteri ambil perancang sebab dia merasakan perbuatan tu berdosa tapi bila si isteri termengandung, boleh pulak suruh si isteri gvgurkan.

Menangis-nangis si isteri tu sebab takut nak tanggung dosa gvgurkan janin. Dia masuk ke bilik consultation sorang-sorang.

Bila saya minta dia panggil si suami sebab nak explain k0mplikasi dan hukum menggvgurkan janin, si isteri beritahu yang suaminya just nak tunggu kat dalam kereta dan strongly refuse nak masuk clinic.

Ya Allah, suami jenis apa ni.. Suami dari neraka ke ni? Hurmm.. Ambil perancang tak haram pun. Mengvgurkan anak secara paksa itu yang haram dan berdosa.

Kenapa nak dicabut ny4wa anak-anak yang tak berdosa tu sedangkan si ibu dan ayah yang bersalah sebab tak merancang sebaiknya?

Lain lah kalau ke s r0gol, ada undang-undang yang membenarkan untuk penggvguran selepas diperiksa oleh Dr pakar.

Ini ke s pertama saya dapat patient yang gvgurkan anak secara sengaja sebanyak 3 kali. Sebelum ni pernah jumpa yang gvgurkan sebanyak 2 kali.

Dah gvgurkan kali kedua, dia datang ke klinik saya untuk rescan sebab pendrahan non-stop selepas seminggu. Hopefully patient tu insaf bila dia dapat komplikasi.

Lain ksnya kalau prosedur D&C bagi patient yang mengalami missed miscariage (kandungan/ janin berhenti membesar dan tak berny4wa tapi tiada tanda-tanda akan gvgur secara semulajadi).

Kalau ada pembaca yang sudah berkahwin dan belum bersedia untuk mengandung, jumpa lah Dr, bincang cara yang terbaik untuk merancang.

Terlalu banyak sangat ke s patient yang termengandung dan datang ke klinik saya untuk request ubaat untuk gvgurkan. Bila ditanya, takda usaha pun untuk guna kaedah merancang.

Ada yang guna kaedah untuk buang air mani di luar, dan ada juga guna kaedah kalendar. Actually method ni sangat tak effective.

Ada jugak yang ambil ubaat/ ccuk perancang, tapi pada masa yang sama makan jamu dan makjun, dan termengandung disebabkan tindakbalas chemical antara jamu dan ubaat perancang.

Bila ada yang request ubaat untuk gvgurkan janin, maaf lah, saya bukan pembnuh.

Saya tak jual pun ubaat tu sebab menyalahi etika perubaatan dan saya personally pun tak sanggup nak tanggung dosa sebab benarkan kegvguran berlaku secara sengaja tanpa sebab masalah ksihatan.

Hopefully para isteri lebih bijak untuk jaga ksihatan diri selepas ni.

Buat keputusan untuk diri sendiri, jangan terlalu bergantung kepada suami untuk buat keputusan, terutama yang melibatkan ksihatan kita sendiri. Kita yang akan menanggung komplikasi yang akan timbul.

Moga kita ambil iktibar daripada kisah ni. Bertaubaat lah jika ada yang pernah lakukan dosa-dosa ini sebelum ni.

Ada penykit yang Allah berikan kepada kita sebagai ujian untuk menaikkan martabat kita sebagai hambaNya, ada juga dijadikan ujian untuk kita bermuhasabah dan insaf dengan dosa-dosa kita yang lalu. Wallahualam.