Kmi skluarga baru pindah rumah baru. Ak takot tido sorg2 sbb rasa mcm diperhati. Jiran tegur brani nye anak main kat bawah pokok mlm2

Assalammualaikum dan hai semua. Cerita yang nak aku ceritakan ni adalah hasil dari pengalaman aku sendiri.

Rumah Baru

Ayah aku telah ditukarkan tempat kerja disebabkan kenaikan pangkat ke kawasan luar bandar.

Aku yang hampir 10 tahun duduk di kampung dan hanyalah berumah kecik dan kayu punye lah seronok dapat rumah baru, rumah teres pulak tu, luas dan lagi seronok dapat rumah ‘corner lot’.

Disebabkan rumah aku corner lot, jadinye rumah aku ada dua ‘slide door’, ‘slide door’ laluan utama dan ‘slide door’ kedua untuk laluan taman.

‘Slide door’ yang kedua ni berhadapan dgn rumah banglo yang tak berpenghuni, bukit yang luas dan sebelah bukit tu ‘rumah mayat’.

Jadi, longkang dari rumah mayat tu betul2 mengalir bawah laluan depan rumah aku. Setiap kali ade kematian, mesti aku tahu nye. Nak dijadikan cerita, rumah aku tu rumah baru dibina yang dulu asalnya hutan.

Rumah aku ni terlalu panas. Bukak kipas paling kuat pun panas lagi sampai berpeluh-peluh.

Aku dapat bilik sendiri tapi aku selalu menangis kalau nak tidur sebab takut dan rasa macam ada orang perhatikan sampai aku sanggup tumpang tidur di lantai di bilik abang aku yang berkongsi dengan adik lelaki aku.

Di tepi rumah aku ada pokok pisang yang besar. Dan jiran aku yang belakang rumah selalu balik lewat malam dan mesti tanya ayah aku esoknya

‘berani betul anak perempuan awak duk bawah pokok pisang tu ye’, dan semestinya bukan aku lah.

Mak aku ni jadi pengasuh. Jadi, ‘walker’ anak mak aku pengasuh jenis yang ada muzik. Setiap malam memang akan berbunyi muziknya tu.

Aku ada congkak kat rumah, tiap malam tak sah kalau tak dengar orang main congkak, aku tak berani nak tengok sebab mak ayah aku dah bagi amaran awal2 kalau dengar apa apa, jangan berani nak pergi tengok, baca ayat kursi dan surah alfatihah je.

Ikan yang abang aku selalu bela pun selalu je m**i sampai dia dah malas nak bela ikan. Kucing pun dah 3 ekor kami bela tapi semuanya hilang macam tu je sampai jadi malas dah nak bela kucing.

Bunyi guli dan orang mandi di rumah jiran sebelah aku sekeluarga memang selalu dengar lah lebih lebih lagi di tengah malam atau ketika mereka tiada di rumah.

Ayah aku pun pernah nampak bebola api melintas di atas bukit tu. Paling menyeramkan, tokki aku pernah datang rumah aku dan berehat di koridor dekat ‘slide door’ yang kedua tu,

tokki aku bagitahu nampak ramai orang berkawad atas bukit tu dan lepas tu tokki aku nampak perempuan berbaju putih lusuh bertenggek atas atap rumah banglo kosong depan rumah aku tu.

Tapi memang banyak kali ayah dan abang aku nampak benda yang sama tokki aku nampak cuma mereka taknak cerita je kat aku dan yang lain.

Barang barang dalam rumah pun tak pernah kalau tak teralih. Pinggan mangkuk pun selalu pecah setiap kali kami keluar.

Makanan pun mesti basi walaupun letak dalam peti. Baju yang basuh pun selalu je hanyir. Pokok-pokok yang tanam pun mesti selalu layu.

Kesan tanah pun memang selalu lah ada kat lantai rumah. Bilik air pun selalu je bau hanyir atau bau d***h macam tu. Kereta ayah aku pun kadang-kadang pancit lah, tak boleh nak start lah.

Kalau kami tiada kat rumah, mesti jiran-jiran terdekat kami bagitau kami yang bunyi riuh sangat dalam rumah kami tu,

takpun nampak kelibat orang kat luar rumah tu,sampai pernah yang perasan katanya abang aku yang balik lewat malam tak pelawa pun makwe dia masuk rumah dan biarkan je kat luar rumah.

Satu malam tu aku tersedar dan tengok abang aku macam meraung tahan sakit atas katil, aku yang cuak terus panggil ayah aku dan ayah aku pun tolong abang aku apa yang patut.

Lepas abang aku sedar, adik aku pula meracau dan menangis semua. Rupa-rupanya abang aku selalu kena tindih dengan ‘sesuatu’

dan adik aku tu selalu nampak bayangan perempuan dan kanak-kanak perempuan yang wajahnya buruk sangat.

Dan keesokan harinya, terdapat titisan d***h pada lantai ruang tamu aku sehingga ke dalam bilik aku.

Kami sekeluarga selalu kena ganggu dengan ketukan pada ‘slide door’, lepas tu macam orang lempar batu ke dinding ‘slide door’, budak ketawa berlari memang selalu lah dengar.

Jiran sebelah aku pun alami gangguan yang sama sampaikan anak nya yang masih bayi asyik menangis je kat dalam rumah tu, bercakap sorang2.

Kami pun buat keputusan memanggil seorang ustaz untuk ‘memagar’ rumah kami.

Memang malam tu aku sekeluarga dan jiran aku memang nampak lah kelibat kanak-kanak perempuan dan perempuan dewasa yang gelisah dalam rumah kami.

Dengan dengar tangisan teresak apa semua tu. Kata ustaz tu biasa lah tapak hutan, kita ambik tempat dia pulak.

Lepas dari ‘memagar’ tu, aku sekeluarga ingatkan tak ade gangguan rupenye ada lagi ganggu, bunyi macam benda kuat bergegar dari luar umah,

macam orang seret sesuatu lah apa, lepas sebulan dari tu ayah aku kena pindah ke kuarters yang lain bersama jiran jiran yang lain.

Alhamdulillah lega sangat rasa. Tapi masa mengemas pun ada jugak dia menganggu,

bila letak barang kat luar rumah sementara nak angkut letak dalam kereta atau lori, mesti barang tu teralih, tak pun macam ada yang usik.

Mak aku yang berani sangat drive sorang2 pergi hantar barang ke rumah baru pun kena ganggu yang ade silauan lampu kat belakang ikut dia, mak aku lambai tangan suruh lintas, dia taknak, last2 hilang macam tu je.

Dan malam last aku tidur rumah tu aku mimpi perempuan yg wajah buruk sangat duk senyum ke aku.

Bila nak tinggalkan rumah tu, aku perhati rumah tu dari dalam kereta dan aku rasa sayu dan sedih sangat, lepas tu aku rasa macam ada orang perhatikan aku dari rumah tu.

Alhamdulillah duduk rumah baru tu dari hari pertama sampai ke ayah aku pencen tak ada gangguan dah lah.

Ni betul-betul dari pengalaman aku, dan maaf lah kalau tak best. Nanti aku nak story dekat IPT tempat aku belajar pulak.