Umur ak 34 tahun tp mak masih tak terima smua calon, mcm2 alasan mak. 1 hari mak terlepas ckp, knp mak buat mcm tu pda ak tp abg tak plk

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua salam sejahtera. Saya kenalkan diri saya Zul, berusia 34 tahun. Saya bekerja sebagai engineer disebuah kilang swasta.

Saya mempunyai 3 adik beradik, semuanya lelaki dan saya paling bongsu. Abang sulung dah berkahwin dan kami 1 family tingal bersama2 dengan mak saya. Ayah saya dah meningal hampir 20 tahun yang lalu.

Masa kecik hidup kami susah, alhamdulilah bila dah besar kami adik beradik semua dah berjaya.

Bila dah besar dan dah senang ni, mesti kita rasa nak buat benda yang tak dapat kita buat masa kita susah dulu. Contoh saya nak makan sedap2 dan nak pergi travel.

Tapi saya ada 1 masalah dan tekanan dari mak saya yang sangat mengawal diri saya menyebabkan saya susah nak capai impian saya. Yang peliknya, hanya diri saya mak saya kawal dan bukannya abang2 saya.

Dulu saya memang berniat untuk jaga mak bila saya dah berkahwin, saya nak rebut pahala jaga mak, tapi sekarang saya tak tahu kenapa, saya rasa nak pergi jauh dari mak saya,

Sebab saya rasa mak saya tak adil dan memberi tekanan bertubi2 dengan mengawal saya hinggakan saya rasa hidup saya kosong dan tak bermakna walaupun saya dah berjaya dalam kerjaya.

Dunia saya ibarat dalam 1 box ja, pergi kerja, balik rumah, nak keluar , nak pergi mana mesti dengan mak saya.

Even saya nak makan kat luar pun dia tak bagi, mesti kena makan apa yang dia masak dan kena bawak dia kalau nak makan kat luar.

Hidup saya tak de kawan2 sangat, sebab mak saya tak suka saya ada kawan. Kawan pun takat tempat kerja ja, tak boleh bawak ke luar. Keksih? Lagi la.

Dia seperti berat nak lepaskan saya pada wanita lain, walaupun dia selalu cakap pada kawan2 dia yang dia nak cari jodoh baik untuk saya.

Tapi bila ada orang kenenkan, dia akan cakap macam2 alasan untuk tolak jodoh tu.

Lepas tu, bila orang tanya kenapa tak jadi dengan perempuan tu, dia akan pointkan benda tu pada saya, kononya saya yang tak berkenan. Sedangkan saya tak pernah cakap apa2 pun, saya ok ja mana2 perempuan pun.

Tapi demi jaga hati mak, saya banyak diamkan diri ja, sebab letih sangat kalau gduh dengan mak saya ni, sebab perempuan kan selalu nak menang.

Tapi saya sendiri pun pernah berkawan dengan ramai wanita, rata2 saya kenal dalam media social, atau kawan2 tempat kerja.

Semuanya kerja hebat2, cantik2, sopan dan sesuai untuk buat isteri, tapi semuanya dia macam tak berkenan, ada ja apa2 alasan dia bagi untuk reject pilihan saya.

Kadang2 perempuan sendiri jadi takut dengan cara mak saya soal siasat selidik macam2, akhirnya hubungan tu terputus macam tu ja.

Kawan saya pernah cakap, kahwin ja kat siam, even pernah 1 ex saya ni, family dia cakap kahwin ja majlis belah perempuan, nanti kita explain kat mak.

Tapi saya tak nak berkahwin tanpa restu ibu, jadi saya akan putuskan hubungan tu menyebabkan saya masih bujang sampai sekarang walaupun saya mampu dari semua segi.

Tambahan lagi, saya rasa bakal isteri saya akan selalu ada masalah dengan mak saya yang sangat cerewet dan control semua benda.

Saya tak nak bakal isteri yang harapkan kebahgian dari saya dapat sengsara disebabkan mak saya, sebab saya mesti susah nak balance kan isteri dan mak, di mana dua2 pun penting untuk saya.

Hinggakan saya dah lupakan niat nak ada pasangan disebabkan sikap mak saya. Bagi saya kalau ada tu ada la, kalau tak de tu biar la.

Lagi satu, pernahlah mak saya cakap kat kawan dia, dia macam berat nak bagi saya kahwin, takut bini saya tak boleh jaga saya macam yang dia harapkan, dia cakap tu depan saya. Jadi saya macam sikit2 boleh fahamlah apa kerisauan mak saya tu.

Tapi yang paling saya ksal, mak saya langsung tak pernah memberi ruang privacy pada saya.

Bila saya dalam bilik, dia akan kejap2 masuk tengok saya buat apa dengan cara bawak kuih atau air.

Yang paling saya tak selesa, dia selalu pasang telinga dengar saya cakap apa dalam fon.

Biarpun dengan bekas2 keksih saya mahupun kawan2 saya atau masalah berkaitan pejabat pun. Dia pernah banyak kali terkantoi bila saya buka pintu tiba2.

Bagi dia, dia nak tahu setiap perkara yang saya buat. Bagi dia, semua benda saya kena bagitau dia.

Saya pergi kedai depan rumah pun kena bawak dia, kena maklum kat dia. Kalau tak, dia akan tantrum 1 macam.

Saya sangat takut dngan doa seorang ibu, jadi saya banyak ikut kehendak dia asalkan dia gembira.

1 lagi, dulu kalau saya gayut dengan awek sampai tengah malam, dia mesti mengmuk2 hempas pintu la.

Pastu esok pagi tarik muka la, kadang2 bebel apa2 tapi saya tak faham sebab dia cakap pelan.

Tapi banyak kali jugak dia cakap, saya ni nanti kena heart attack sebab tido lewat malam2.

Saya sedih bila mak saya suka sebut perkataan macam tu, ibarat 1 doa pulak walaupun saya tau dia cakap untuk kebaikan.

Tapi yang peliknya, dia tak bersikap macam ni dengan abang2 saya. Abang saya pun dulu ada jugak gayut dengan awek sampai pagi, keluar dating bagai.

Saya cemburu tengok life abang2 saya, life kawan2 saya. Tapi life sy, terkongkong dengan mak saya.

Saya tak boleh nak buat apa pun yang saya suka. Even saya nak makan apa pun dia yang tentukan. Hari2 dia akan bagi bekal kat saya, tak bagi saya makan kat luar.

Tapi masakan dia semua cincai2 ja, bila saya complain, dia akan cakap, makan ja tak payah fikir sedap ke tak, asalkan perut terisi. Tapi mostly lauk yang dah 2 3 hari la dia bagi saya.

Dia ada 1 tabiat, benda yang nak rosak tu dia akan bagi saya makan. Seolah2 tak sampai hati nak buang dalam sampah dan suruh saya yang habiskan makanan tu..

Tapi abang2 saya tak de macam tu, depa boleh ja makan kat kedai, tapi saya, semua tak boleh..

Kadang2 saya terfikir, saya ni betul ke anak dia, sebab terasa sangat jurang layanan tu.

Dulu2 saya ingat dia bagi bekal sebab care pasal saya, rupanya baru saya tahu, dia takut saya belanja kawan2.

Dia tak boleh terima kalau saya belanja kawan2 dengan niat bersedekah, bagi dia saya berjoli dengan kawan2, dan habiskan duit untuk kawan2. Sebab tu dia tak suka saya ada kawan atau hang out dengan member.

Ini pun saya tahu, sebab dia terkantoi yang dia curi dengar apa saya cakap dalam fon dengan kawan saya.

Sebab pagi lepas 2 3 hari tu dia tegur saya jangan belanja kawan2 makan. Kawan kadang suka ambik ksmpatan dan macam2 lagi la dia bebel.

Bila saya tanya mana mak tau, dia terus diam. Lepas tu pusing cerita kata saya yang bagitau dia sedangkan saya tak pernah bercerita soal2 tu dengan mak saya.

Kadang2 bila stress kerja, saya balik rumah rasa nak bersendirian, rasa nak bertenang2. Tapi sikap mak saya buat saya makin tertekan.

Bila saya duduk depan rumah ja, dia akan datang duduk sekali, pura2 macam buat kerja apa2 sebab nak perhati saya semata2. Apa yang dia fikirpun saya tak tahu la.

Bila saya masuk bilik, dia akan naik jugak. (Rumah kami 2 tingkat) tapi dia duduk di hall tingkat atas tu la.

Dia lebih kepada nak dengar saya ada call sapa2 tak, cakap apa dengan kawan2 saya tak.

Itu ja reason dia kenapa dalam rumah pun dia suka spy saya. Saya kadang2 nak bersndirian pun susah bila mak saya ada.

Mujur la saya ada pekerjaan, jadi, teralih sikit fikiran saya dari stress dengan mak.

Dulu saya ada seorang kawan baik, saya kenal ditempat kerja tapi dia kerja sekejap dah pindah ke sabah. Hubugan kami macam adik beradik sebab keluarga dia pun anggap saya macam anak.

Pada dia, saya banyak cerita masalah saya. 1 hari tu family dia buat macam family day di langkawi. Dia ajak la saya sekali.

Saya bagitau mak saya. Mak saya memang tak nak bagi, dia kata tak pe pergi dengan dia ja, tak payah pergi dengan kawan..

Tapi setelah saya berkeras dan bagi macam2 alasan, dia terpaksa bagi jugak walaupun dengan muka yang masam.

Saya pulak excited macam apa ja bila nak keluar dari dunia terperap ni, tapi kebahgian saya tak lama pun.

Sejam sekali, 100 kali dia call menyebabkan saya dah hilaang mood nak buat apa2 pun untuk diri saya.

Saya ada fikir nak off hp, tapi takut ada emergency kang susah. Last2 saya biar ja macam tu.

Pernah sekali saya pergi kelantan untuk melawat kawan tak sihat. Saya kata pergi 3 hari ja, tapi hari kedua dia dah suruh saya balik konon nak suruh bawak dia pergi kenduri.

Saya cakap la, ajak la abang2 saya, depa free ja tak buat apa. Tapi mak saya tak nak. Dia bagi macam2 alasan yang tak masuk akal supaya saya balik jugak..

Akhirnya saya terpaksa tukar tiket flight saya dan semua jadual saya untuk kepuasan dia sampai kawan2 selalu gelar saya anak mak bujang terlajak.

Saya malu sebenarnya sebab seorang lelaki dewasa kena hidup macam budak kecik dibawah kongkongan mak.

Saya pernah ja luahkan perkara ni pada mak saya, even bergduh pun pernah dah. Tapi last2 saya yang rasa bersalah sebab dia akan nangis2 cakap benda bukan2 terutamanya soal mati..

Saya sayang mak saya, dan saya pun tahu sebagai anak, nak cakap ‘ah’ pun tak boleh dengan mak, seperti yang disebut dalam quran.

Dulu muda2 kerap jugak saya berontak, tapi dah tua2 ni saya lebih kepada bersabar dan terima ja la ini ujian buat saya dan peluang untuk jaga mak saya, mungkin itu 1 jalan untuk saya boleh ke syurga.

Saya pernah bagitau abang saya pasal ni. Abang saya ada tegur mak saya, tapi mak saya terus tarik muka tak nak cakap dengan saya sebab tak puas hati suruh abang tegur.

Dan lama2 kejadian tu berulang lagi menyebabkan saya dah lali dengan keadaan ini.

Saya tak pasti la orang lain alami perkara macam ni jugak ke tak. Saya rasa macam saya seorang ja alami macam ni.

Saya tak putus asa berdoa dalam setiap sujud saya mintak mak saya berubah, atau bagi jalan keluar dari masalah ni. Cuma mungkin masanya belum sampai lagi.

Tapi tu lah, saya pun manusia biasa yang ada perasaan, dengan iman yang tak berapa kuat, saya takut 1 hari nanti saya bertindak bukan2 atau saya alami ganguan ment4l. Saya harap allah lindungi saya.

Cuma saya nak pesan kat ibu2 luar sana, mungkin tanpa sedar, anda jugak melakukan sikap yang sama macam mak saya buat.

Mungkin anda terlampau sayang anak, nak yang terbaik pada anak dari segi kawan2 atau pasangan, tapi bila sampai 1 tahap, anda kena lepaskan juga anak anda untuk mereka kecapi hidup yang mereka nak.

Masalah mak saya, saya faham dia berat untuk lepaskan saya jauh dari mata dia. Mungkin bagi dia, saya masih anak dia yang umur 2-3 tahun yang nak kena jaga selalu.

Maaf andai luahan ini agak panjang, terima kasih pada yang sudi baca.