Kecian kak H, suami p4ksa jaga cucu. Dari sorang cucu sampai 6 orang. Anak plk x bertimbg rasa hingga akirnye jdi begini pada kak H

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama saya Kak M (bukan nama sebenar). Kerjaya saya adalah Pengasuh kanak–kanak.

Saya nak kongsikan kisah mengenai “Pengasuh Istimewa”. Kenapa saya sebut istimewa? Kerana pengasuh ini terdiri dari kalangan NENEK kepada cucu yang diasuh.

Zaman sekarang ramai suami isteri yang bekerja. Bila dah ada anak, nak hantar anak pada pengasuh.

Sesetengahnya hantar pada ibu mereka untuk mengasuh anak mereka. Ada ibu yang diberi upah, ada yang bagi upah ala kadar, ada pula yang tidak diberi apa – apa upah langsung.

Sedihkan, bila ibu yang dah tua kena bekerja untuk anak–anak yang telah dijaga sendiri oleh ibu–ibu ini.

Akhirnya meneruskan kerjaya sebagai Pengasuh cucu diusia emas. Kisah Kak H, Mengasuh cucunya atas ARAHAN suaminya.

Mula seorang anak berkahwin dapat cucu, maka si atok cucu ni minta isterinya, Kak H mengasuh.

Masa tu umur Kak H dalam 40an++. Masih kuat lagi nak mengasuh. Maka bermulalah kerjaya kak H sebagai pengasuh cucu.

Anak Kak H tinggal serumah, maka m4kin mudahlah anak menantu Kak H.

Anak nenek jagakan, kerja rumah, masak semua Kak H yang siapkan. Oklah mungkin Kak H pun tak ada masalah.

Cucu sorang je. Anak-anak dah besar. Sudah urus diri sendiri. Tahun–tahun berikutnya anak–anak yang lain pun berumahtangga dan lahirkan cucu–cucu Kak H lagi.

Maka atas ARAHAN suami Kak H, kena mengasuh cucu–cucu yang lain pula. Maka rumah Kak H seolah–olah seperti taska.

Kak H lah pengusaha, penyelia, tukang masak, clener dan kakitangan taska. Semua atas bahu Kak H. Dari seorang cucu meningkat ke 6 orang cucu untuk Kak H asuh.

Ketika ini usia Kak H sudah meningkat ke 50++. Sudah memasuki usia emas. Kak H sudah mula ada d4rah tinggi dan k3ncing manis. Setiap hari kena makan ubat.

Pagi–pagi makan ubat sudah mengantuk. Disebabkan kerjaya tanpa rela sebagai pengasuh cucu Kak H tahan juga untuk tidak tidur dan berehat.

Sedihkan, diusia ini dengan keadaan kesihatan sem4kin merosot, anak–anaknya langsung tidak memahami keadaan ibu mereka.

Lagi–lagi suami Kak H yang mencadangkan agar cucu–cucu dijaga oleh Kak H. Pandai beri cadangan dan arahan saja.

Bayangkan kebanyakan anak cucu tinggal serumah. Jadi sepanjang masa mereka bersama Kak H.

Walaupun anak–anak Kak H sudah ada di rumah, Kak H masih kena uruskan beberapa tugasan sebagai pengasuh sepanjang masa.

Kak H ni nak jaga hati anak-anak saja. Kalau tolak jaga cucu yang lain, nanti terasa pula anak–anak lain.

“Anak along boleh jaga.” “Anak angah, alang, ateh, acik semua tak nak jaga. ”

Memang Kak H ni mempunyai anak–anak yang tak bertimbangrasa, nak kata zaIim pun ye, kerana menjadikan ibu mereka sebagai “pekerja” mereka.

Taska dan pengasuh berlambak ada, tak nak usaha hantar ke sana masih mengharapkan ibu mengasuh anak–anak mereka diusia emas dangan kesihatan tidak mengizinkan.

Hingga lah satu hari Kak H s4kit kepala teramat sangat. Kak H dimasukan ke hospitaI kerana salur d4rah Kak H pecah dan menjalani pembedahan.

Kini Kak H terlantar menerima rawatan. Nampak tak bertapa bersusah payahnya seorang ibu besarkan anak–anak, dan diusia emas bersambung pula tugas mengasuh cucu–cucu pula.

Kerjaya yang tidak pernah selesai. Kepada anak–anak elaklah menghantar anak anda untuk diasuh oleh ibu anda sendiri.

Mungkin ibu anda sendiri yang tawarkan untuk mengasuh. Ketika itu mungkin ibu masih sihat, tetapi sampai satu masa, mereka sudah tidak larat untuk mengasuh cucu.

Berikan mereka masa untuk mengisi usia emas mereka dengan meningkatkan amalan mereka untuk dibawa ke sana kelak.

Jangan jadikan mereka seperti “Pekerja” anda. – Kak M (Bukan nama sebenar)