Persiapan anniversary ke 3 dah siap. Tp tak sangka nilai kasih sayang aku dan anak2 hanya RM100, taIak dijatuhkan. Hancur segalanye

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku sekadar ingin meluahkan rasa. Aku tak punya tempat untuk meluahkan.

Nak bercerita dengan kawan, akan buka aib. Nak bercerita dengan keluarga, masih buntu cari masa yang sesuai.

9 Disember suami aku melafaz akad nikah terhadap aku dan kami sah sebagai pasangan suami isteri yang halal.

Baru–baru ini 8 Disember, suami meleraikan ik4tan halal kami dan meruntvhkan rumahtangga yang kami bina selama 3 tahun. Genap 3 tahun.

Sepatutnya kami sedang bergembira meraikan ulangtahun kami, tapi sebaliknya yang berlaku.

Awal–awal aku sudah merancang percutian bersama suami dan anak kami yang berumur hampir 2 tahun, pada hari jumaat yang akan datang 13 Disember sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3.

Hotel sudah aku tempah dan dah buat bayaran penuh pun, baju renang dan pelampung anak sudah aku beli semasa sales 11.11 tempoh hari.

Sudah terbayang–bayang gelak tawa anak kami bila bermain pasir dan air nanti. Apa yang harus aku lakukan dengan semua ini?

Bukan itu sahaja, percutian pada bulan Februari tahun depan pun sudah aku rancang sempena ulangtahun kelahiran suami dan anak yang kebetulan hanya berselang sehari pada bulan Februari.

Semua sudah diatur awal, tempahan awal supaya kos penginapan tidak terlalu tinggi, lengkap dengan makan malam untuk kami anak beranak.

Ye semua aku sediakan, semua aku yang sponsor. Apa yang harus aku lakukan dengan pakej tersebut?

Halaman rumah kampung aku yang luas, selalunya diuruskan oleh suami aku. Dia akan mengemas halaman, mem0tong rumput dan sebagainya semasa hari cuti.

Bagaimana aku nak menguruskan halaman yang luas ini seorang diri? Bagaimana aku nak menggalas mesin pem0tong rumput mengelilingi kawasan halaman? Bagaimana aku hendak ke pasar seorang diri bersama anak aku?

Pasar yang selalu aku pergi memang sentiasa sesak pada hujung minggu walaupun seawal jam 7 pagi.

Sebelum ini, aku dan suami akan pergi bersama–sama. Suami mendukung anak sementara aku memilih ikan, sayur dan ayam.

Aku tak mampu untuk dukung anak aku dan dalam masa yang sama menjinjit beg–beg barangan.

Anak aku tak mahu berjalan di pasar, mungkin keadaan lantai yang basah dan licin membuatkan dia takut.

Apa yang harus aku lakukan kalau berlaku kerosakan lampu, dapur gas yang bocor, tayar kereta bocor atau masalah–masalah teknikal lain?

Selama ini, aku hanya memerhati suami aku melakukannya. Bila aku cuba buat sendiri, pasti ada sahaja masalah yang timbul atau tak berjaya.

Suami aku telah meleraikan ik4tan perkahwinan kami dengan nilai RM100.

Suami pernah melakukan kesalahan dengan berhutang, bukan sahaja dengan ahli keluarga dan kawan–kawan,

malahan dengan pinjaman wang berlesen a.k.a ahl0ng. Sudah kerap kali aku membantunya membayar hutang setakat aku termampu.

Tapi bila keadaan mendesak, dia tidak berfikir panjang dan akan mula membuat pinjaman lagi.

Kemuncaknya bila dia kembali terjebak dengan hutang ahl0ng beberapa bulan lepas dan aku nekad untuk berpisah tempat tinggal.

Setelah hampir dua bulan kami berpisah tempat tinggal, suami merayu untuk kami kembali bersama dan berjanji untuk baiki segala kerosakan yang dia wujudkan.

Aku pun mula nampak perubahan dirinya dan kebetulan takdir tuhan aku jatuh s4kit beberapa kali sepanjang kami berjauhan dan dia amat terkesan.

Aku pun memerIukan dia disaat–saat sukar seperti itu. Jadi aku buat keputvsan untuk perbaiki semula rumahtangga kami.

Semasa suami dalam fasa memujuk dan merayu itu, dia telah bertakliq berbunyi,

‘saya berjanji takkan pinjam walau 1 sen pun dari sesiapa tanpa pengetahuan isteri saya dan kalau saya lakukan lagi maka gugurlah taIak 1’

dengan tujuan untuk meyakinkan aku bahawa dia benar–benar ingin memperbetulkan keadaan dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Dan suami telah meIanggar takliq dengan meminjam RM100 dari kawannya pada 8 Disember lalu, genap 3 tahun perkahwinan kami, atas alasan, ‘terp4ksa meminjam dari kawan’

kerana memerIukan duit untuk pergi kerja memandangkan ketika itu kami berselisih faham dan dia tidak bercakap dengan aku apatah lagi untuk meminta sedikit wang belanja.

Ye, sejak kejadian hutang yang terakhir itu, kesemua urusan kewangan termasuk gaji suami diserahkan kepada aku untuk diuruskan dengan berhemah

dan dia akan meminta sedikit wang belanja bila memerIukan. Aku masih buntu dengan keadaan sekarang.

Aku terlalu sedih dengan hakik4t, ‘nilai rumahtangga kami dan kasih sayang aku dan anak terhadap suami rupanya lebih rendah dari RM100’. – Nur (Bukan nama sebenar)