Kami ada 2 anak tp ayh mertua ugvt nak 6k dlm masa 2 bln. Sya bnci mertua, siap tak bagi anak2 kami minum susu nak jimat duit

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Saya tak tahu nak bermula cerita macam mana, cuma saya nak tanya, jahat ke saya kalau membenci bapak dan ibu mertua saya?

Bukan niat saya nak benci, atau s4kit hati tapi hati saya betul–betul s4kit dengan sikap mereka.

Ok, suami saya ada 3 orang adik beradik, suami anak yang ketiga, yang kedua meninggaI dah lama, cuma tinggal dia dan abang yang sulong je.

Ibu mertua saya Iumpuh dan ayah mertua tak bekerja sebab menjaga ibu mertua saya.

Saya dan suami tinggal berasingan dengan mertua, takdelah jauh sangat dan takdelah dekat. Abang ipar pun dah kahwin, cuma belum ada anak.

Saya pula dah ada dua orang anak. Ceritanya baru–baru ni bapak mertua saya call, dia mintak 6 ribu dekat suami atas alasan untuk bayar hutang orang sebab dia hutang untuk keperluan rumah.

Bila saya tanya, hutang tu dah lama. Saya tanya suami, betul ke ayah berhutang sedangkan masa ayah mertua hutang,

suami dan abangnya belum kahwin dan mereka yang sara keperluan rumah. Kira dah lama hutang ayah mereka.

Ayah mereka memang dari dulu tak pernah ada kerja tetap, repair kereta moto dan ada kerja–kerja lain yang saya bagitau.

Saya tak pernah kesah, bab duit suami nak bagi mak ayah dia, saya selalu pesan dapat banyak mana pun gaji sikit atau tak, sentiasa bagi untuk mak ayah.

Ubat mak mertua, suami yang tanggung, saya tak kesah. Cuma saya str3ss, bab hutang ayah dia. 6 ribu, dalam masa 2 bulan.

Mendesak–desak dia mintak dengan suami saya ni dengan anak dua orang, dua–dua kecik lagi. Masih perlu pampers dan susu.

Yang saya marah sangat sebab ayah suami tak bagi anak–anak saya minum susu lagi sebab tu la punca suami saya tak mampu nak bagi mereka duit banyak.

Sejak ayah cakap hal hutang tu, saya dengan ayah mertua dah tak serapat dulu.

Ayah mertua mintak saya jual rantai gelang hadiah dari mak saya, tak mungkin saya turut. Itu dari mak saya.

Lepas tu, bila saya balik sana, dia asyik cakap tahun depan dah boleh keluarkan KWSP, cepat–cepat keluarkan jangan dok buat lupa.

Saya cakap dengan dia, ayah ada dua anak, kalau sorang separuh Insha Allah boleh selesaikan hutang ayah, kalau suami saya sorang, tak boleh dalam masa yang terdekat.

Dia cakap, tak boleh, abang ada banyak tanggungjawab, dia ada kereta nak bayar, rumah dan moto nak bayar.

Ya Allah, habis suami saya? Memangla rumah kami tak perlu bayar, kereta tak payah bayar, tapi banyak lagi hal dalam rumah nak bayar, anak–anak lagi.

Sejak saya tegur ayah mertua saya, bila saya balik sana dia dah tak macam saya kenal dulu.

Dia biarkan rumah berselerak, pinggan penuh sinki, baju mak yang penuh air k3ncing, dia arah saya buat. Lepas tu, dia call biras saya, dia bagitau itu ini.

Ya Allah, tak kuat sungguh saya. Sejak suami saya nak kena selesaikan hutang ayah, suami saya kerja tanpa cuti.

Lepas tu, ayah call lagi. Kenapa lama tak balik jenguk mak lah apa semua, bila suami cakap letih ayah,

tak boleh balik sebab kerja tak cuti–cuti, lepas tu ayah dia cakap kalau macam tu berhenti jelah kerja, nanti s4kit susah.

Suami cakap mana boleh berhenti, nanti sapa nak sara anak bini. Ayah suami sorang yang hanya fikirkan diri dia, anak dia.

Saya tak kesah kalau dia tak fikirkan saya tapi anak–anak saya. Kesian, kadang–kadang saya terp4ksa berhutang dengan kedai nak beli susu.

Mak s4kit pun, abang ipar jarang balik. Balik pun balik hari, tak pernah bermalam. Alasan macam–macam, tapi ayah faham biras dengan abang ipar kerja.

Macam saya, saya menantu yang tak bekerja. Suka dia call kacau mentaI saya sejak–sejak saya tegur pasal hutang tuh.

Dia marah sebab nak susahkan anak sulong dia. Saya nak masakkan untuk anak pun, dia cakap membazir, lepas tu saya rebuskan ubi untuk anak–anak.

Saya kalau boleh rasa dah tak nak lagi balik tapi saya nak jaga hati suami.

Saya kesian suami saya. Kadang–kadang saya rasa penceraian lebih baik, saya rasa macam biar dia balik dekat mak ayah dia supaya ayah dia puas hati.

Ya, saya tau mungkin nanti ada yang komen alah setakat 6 ribu tu tak terbaIas jasa untuk ayah dia.

6 ribu tu kalau dalam masa terdekat, diugvtnya dalam masa 2 bulan tak bagi dekat dia, dia nak buat tulah nilah.

Apa yang korang rasa? 6 ribu tu kalau share saya tak kesah, ni suami saya banyak tanggungan.

Saya nak kerja, ayah mertua tak bagi, ya la nanti saya sibuk dan tak boleh balik nak kemaskan rumah dia.

Kadang–kadang duduk rumah mereka melebihi rumah saya, saya baru ja balik dua hari dah call ni mak tanya bila nak balik?

Kemudian, kalau apa–apa pun arahan dia, kena ikut. Tak boleh bangkang tapi saya banyak bangkang.

Saya dah tak peduli, saya nak jaga hati saya. Saya s4kit sangat rasa. Mak saya pun kadang–kadang saya tak sempat nak jumpa dan bermanja, saya anak tunggal pulak tu.