Prempuan mmg suka surprise tp klo dah melampau sgt dan boleh jdi tr4uma sapa je suka kan. Bila marah kata mcm tu plk

Foto sekadar hiasan. Budaya pr4nk melampau ni dulu kita nampak orang Barat saja kerap buat.

Pastu ingat lagi kat rancangan Bang Bang Boom pun lucu-lucu sangat kat TV3 dulu. Tapi sekarang makin kemaruk buat and yes, benda tu menghiburkan.

Tapi bila pr4nk yang dibuat tu melibatkan hal rumah tangga, MasyaAllah rasa terganggu sangat jiwa ni.

Korang perasan tak dekat tiktok terutamanya, ada beberapa surprise planner yang mulakan benda ni sejak awak tahun lepas.

Client nak bagi hadiah tapi surprise sekali konon seller tu as awek/isteri orang. Bermulalah drama kenakan si penerima kononnya dia dah kacau rumah tangga orang.

Jadi penerima tu akan rasa down dapat tahu lelaki yang diaorang cinta rupanya dah jadi suami/pakwe orang.

Ada timbul perasaan kecewa, takut dan juga macam hilaang kepercayaan. Rasa tak guna sebab macam dah ambil hak orang padahal semua tu rekaan saja.

Bila dah nangis overthinking macam-macam, barulah seller cakap semua tu pr4nk saja sambil bergembira nyanyikan lagu Hari Jadi sambil gelak bagai nak rak.

What??? Aku tak kisahlah orang nak kata aku ni kuno ke, tak sporting ke. Tapi bila kau buat pr4nk berbentuk unsur curaang-curaang acah nak experimen macam mana reaksi pasangan tu, memang otak kau pendek.

Takde common sense ke?

Mula-mula seller sendiri cipta idea macam tu. Bila dah viral, ramai yang rasa seronok pakat order surprise dengan pakej nak pr4nk benda sama juga.

Yang menyedihkan, ramai sangat menyokong benda sebegitu. Alasannya? “ALA PR4NK saja PUN. TAKYAH SERIUS SANGAT”.

Sejujurnya aku punyai seorang kawan perempuan. Baru 3 tahun kahwin. Dia duduk PJJ dengan suami dia. Satu hari masa jaga anak kat rumah, sorang seller ni datang bagi salam. Dia keluarlah ingatkan sapa datang.

Tiba-tiba seller tu cakap ayat macam “Kau Lina eh? Kau buat apa dengan suami aku eh. Puas jadi perempas?”.

Jadi kawan aku yang tengah stress jaga anak sorang kat rumah pun dah terkejut. Blur gila perampas apa pula ni?? Mulalah drama acah-acah kau rampas suami aku bagai.

Kawan aku memang dah b4ran tapi terkedu tak tahu nak jawab apa. Keluar air mata dia terfikir rupanya laki dia adalah laki orang lain. Tiba-tiba keluar sorang lagi perempuan lain dari kereta bawa kek and bunga.

Lah rupanya suami dia yang upah geng seller ni buat suprise sempena anniversary diaorang.

Happy? Kawan aku tak happy langsung. Bahkan sejak kejadian tu, mula timbul rasa syak wasangka yang sangat tinggi beserta overthinking.

Padahal sebelum ni, kepercayaan dia pada suami okey saja walaupun duduk jauh. Dahlah pjj, bila jadi macam tu, dia mula fikir benda bukan-bukan sampai menangis keresahan setiap malam.

Daripada sihat terus ada ment4l health problem iaitu anxiiety.

Puncanya? Pr4nk curaang macam-macam itu la. Jadi, korang rasa benda tu normal ke?

N-O-R-M-A-L-I-S-A-S-I sangat bhaya di mana bila terlalu ramai buat benda tu, benda buruk pun akan dianggap biasa and normal.

Bagilah pada mana-mana perempuan pun, siapa saja yang tak suka orang buat kejutan? Tapi once hati dah dipermainkan dengan pr4nk melibatkan kepercayaan ni, dekat situlah berputik masalah baru yang lebih besar iaitu isu kepercayaan.

TAKDE MASALAH JADI MASALAH.

Bila kita tegur seller jangan business dengan cara macam tu, seller akan jawab “Ini customer yang request. Jangan sedap cakap kalau tak tahu cerita”.

Padahal dia la yang mula-mula sekali cipta pr4nk yang macam tu sampai ramai terikut. Tak rasa bersalah ke? Kalau nak pr4nk pun, biarlah guna hati dan fikiran yang Allah bagi. Banyak lagi idea fun yang lain.

Orang sekarang ni, banyak sangat nak dijadikan trend pr4nk. Bila orang tu sampai nangis marah mengmuk baru puas hati.

Dulu curaang ni isu yang sangat sensitif. Minta dijauhkan dalam rumah tangga kita. Takut nak sebut sebab kata-kata adalah DOA.

Nauzubillah.

Tapi sekarang? Curaang pun jadi content semata-mata demi view. Bukankah rumah tangga asasnya adalah kematangan? Jadi sebenarnya boleh saja fikir balik apa impak buruk bila buat macam tu.

Lagi pula perempuan ni sejenis makhluk yang mudah dikawal emosi. Jadi kenapa sengaja nak pancing atas dasar pr4nk?

Suprise tu sekejap saja macam 10 minit dah settle buat. Tapi kepercayaan bertahun-tahun kahwin hilaang sekelip mata bila kita tanamkan sendiri MASALAH BARU kepada pasangan kita.

Elok saja dia percaya and hidup bahagia dengan kita, alih-alih terus rasa tak tenang all the time terkenangkan balik surprise yang sangat TRAUMA tu.

Kalau betul nak pr4nk pun, plan la apa-apa asalkan jangan melibatkan isu curaang macam ni. Korang nak experimen, akhirnya pasangan merana pun tak bagus tau.

Sendiri cari penykit. Nanti bila pasangan mula berubah, awak juga pening balik nak betulkan keadaan.

Memang padan muka. Siapa suruh cari pasal. Rumah tangga dah bahagia tu layanlah baik-baik sesama pasangan. Jangan sebab pr4nk sesaat, ranap segalanya.

Apa yang orang lain buat, tak semestinya kita kena ikut. Tepuk balik hati, tanya kewarasan akal.

Kita lebih kenal pasangan kita macam mana. Rasanya lagi baik surprise makan kat hotel or bagi hadiah handbag saja terus daripada sibuk pr4nk bagai siap upah seller menyamar jadi bini orang.

Pasangan mesti suka, surprise menjadi and jadi kenangan gembira dalam ingatan dia. Bukannya kenangan yang meningg4lkan trauma besar.

Harap jangan marah ya. Aku cuma risau tengok trend ni makin melampau. Silap-silap hari bulan ada yang bercer4i bertalak pulak takkan baru nak sedar pr4nk curaang ni benda bodoh?

Jangan cakap “ala seriusnya TT ni”. Semua orang boleh terima gurauan. Tapi gurauan dalam bentuk sebegitu, tak semua orang boleh terima.

In the very first place, tak sepatutnya dijadikan pr4nk pun isu CURAANG ni.

Tapi kalau masih nak berpegang dengan benda ni sekadar gurauan, suka hatilah. Yang tanggung nanti pasangan korang, bukan kami.