7 tahun brcinta xpernah ajak kawin. Ak terima pinagan org lain. Lepas kawin ex muncul dan pujuk ak kawin pula. Dilema atr suami dan cinta

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Terima kasih admin.

Nama aku Seri, berumur 29 tahun, bekerja sebagai saleswoman di bandar Nusajaya. Aku sudah berkahwin tahun lepas bulan 8, dengan majlis yang sederhana dek pkp.

aku mengahwini seorang suami yang aku tidak cintai, yang aku tidak bermimpi untuk hidup dengannya sampai m4ti.

Aku sebenarnya menerima lamaran suami Aku itu atas dasar aku sudah patah hati “br0ken heart”” setelah aku minta putus dengan bekas kekasih aku. Suami aku juga berumur 29 tahun, anak kenalan mama aku.

berpendidikan tinggi, seorang engineer tetapi sekarang bekerja sebagai seorang pensyarah di pusat pengajian swasta, berpendapatan angka 4 digit la juga.

Suami aku ni aku boleh katakan seorang yang baik pekerti, lembut bicara sampai aku kadang2 malu dengannya. Suami aku ni jenis peramah dengan semua orang.

senang berbicara dan petah terutama kalau bercakap dengan warga emas. Memang dah jadi menantu kesayangan mama aku.

Dia memang tak berkira dengan keluarga aku, memang seorang yang ringan tulang dan sangat baik dengan orang tua..

Keluarga mertua aku pulak sebuah keluarga yang harmoni, memang aku malu dengan keluarga suami aku, memang tertib dan penuh adab.

Mak mertua aku, aku panggil ummi memag lembut tutur bicaranya, mungkin dari sini la suami aku dapat perangai dia.

Ipar aku 3 orang, semua lelaki, suami aku yang sulung tetapi perangai rajin mengalahkan perempuan.

Sampai aku kalau singgah rumah ummi m4ti kutu tak tahu nak buat apa, dari kemas rumah sampai lah memasak mereka saja buat.

tambah2 pkp ni semua ada dekat rumah. Beralih kisah aku sebelum kahwin, sebenarnya aku dah ada boyfriend, kami bercinta dah masuk 7 tahun.

Dia kerja sebagai seorang guru, kami bertemu di universiti. Ha mesti korang ingat aku takde degree, aku ada la ijazah sarjana muda kimia, aku pun bukan calang2 tau.

Aku bertemu time dekat universiti di nun utara malaysia. Dia cinta pertama aku, memang dia seorang aku kira baik juga, memang kami bercinta lama.

Segala onak dan duri kamj lalui bersama. Sampailah aku suakan pertanyaan, bila mahu melamar aku menjadi isterinya Pelik kan? aku lagi pelik, selalunya lelaki yang beria-ia nak kahwin cepat.

Tetapi ex aku ni jenis yang suka berdalih dan suka berahsia, sepanjang 7 tahun kami bercinta, dia tak pernah sebut pasal kahwin dan tak pernah sekali bawa aku berjumpa dengan family dia.

Tapi, aku pulak yang beria… bawa dia jumpa family aku, kenalkan dekat semua orang, sampai tempat kerja aku semua kenal dia.

Semua itu berlarutan selama setahun, dan dia masih berdalih dan beribu alasan diberi.

Aku juga ada misi aku sendiri, buat apa bercinta lama2, aku pun ada keinginan berkeluarga.

Lama kelamaan kami berdua sering berbalah, benda yang sama, pasal perkahwinan sampai aku dah nekad.

Aku kata dekat dia kalau perhubungan ini tak bawa kita kemana baik kita berpisah saja.

Kami pun berpisah, aku memang he4rtbre4k g1la sampai tahap nak bnuh diri, hahaha g1la kan. Yela cinta bagai nak rak, tujuh tahun akhirnya hampeh…..

Aku pun meneruskan hidup aku seperti biasa walau hati ni memang sangat terluka. Memang sepanjang aku berpisah ni, aku rindu sangat2 wehhhh.

aku tunggu mesej ex aku tapi aku cekalkan hati aku tak balas. Hati ni aku telah tutup serapat2nya.

Setelah berbulan2 lamanya, satu hari mama aku call kata ada orang nak masuk meminang, aku kata tak nak, yelah hati aku ni dah calar dan r0bek. Aku suruh mama aku tolak. Dan yes mama aku tolak.

Mama aku pon faham keadaan aku, Ex aku tu mama anggap macam menantu dah, dah memang kenal.

Mama pun kecewa dengan ex aku tu, dan mama pun dah tak bagi balik semula dengan ex.

After beberapa bulan, mama call aku, dia kata dia terima pinangan anak rakannya ni, which is orang yang sama! Iaitu suami aku sekarang.

Suami aku ni sebenarnya rakan sekolah menengah, dia memang suka dekat aku dari dulu lagi tapi sebab aku tak berapa suka dia, bukan taste aku la walaupun orang baik.

Entah kenapa hati aku masa itu cakap ya saja dekat mama aku, entah macam mana boleh setuju. Fast forward aku dah kahwin dengan suami aku ni dah 8 bulan.

Overall dia memang seorang yang rajin dan pandai memasak, nasib baik, aku bukan reti pun memasak, jangan nak kutuk aku ya, sibuk belajar mana ada masa nak belajar masak.

Bab dapur aku bagi laki aku, dia tak marah pun kalau aku tak masak, jangan korang pulak m4ki aku eh..

Alkisahnya, aku jumpa balik ex aku dekat tempat keje aku petang tu. Maka bermula la flashback cinta cintun kisah aku dengan dia.

Aku masih sayang dekat dia weyhhhh…… Dia ajak aku get back, dia janji nak bawa aku jumpa mak dan ayah dia, dia tak kisah aku dah kahwin dan dia sanggup ambik janda sebagai isteri dia.

Dan, aku nampak keikhlasan dan kesungguhan yang aku tak pernah nampak di mata dia.

Pada saat ni dia masih mesej aku, ajak getback semua tu, dan aku pulak asyik teringat dekat dia, mana taknya 7 tahun kot, mana boleh lupa.

Sampai satu saat aku rasa menyesal kahwin, dan aku rasa bersalah dekat ex aku sebab desak dia suruh kahwin ngan aku.

Dia pernah call aku menangis2 pagi akad nikah, tapi aku tak layan sebab masa tu masih geram dan kecewa.

Sekarang aku rindu dia weyh, tapi aku sedar aku dah kahwin, aku juga rasa bersalah kepada suami aku. Tetapi hati ni tak pernah sayang dan cinta kepada suami aku.

Dan aku masih lagi tidak membenarkan suami aku sentuh aku kerana aku rasa belum bersedia untuk memberikan suamiku sepenuhnya jiwa dan raga.

Walaupun suami aku tak pernah paksa aku dan dia kata bila2 masa aku bersedia, tetapi aku rasa aku takkan bagi sampai bila2 sebab jauh di sudut hati aku aku masih sangat2 mencintai ex aku. Tolong aku…. – Seri (Bukan nama sebenar)