Mlm tu ak nk tamatkn prmainan ni. Ak tanya isteri samaada dia nk ikot ak atau tinggal disini. Tindakan isteri buat ak gugup

Foto sekadar hiasan. Ramai yang telah membaca cerita aku sebelum ini kan .

Untuk part 1,2 & 3 boleh klik link diruangan comment.

Sesampainya lewat malam tu di rumah isteri aku, aku dimaaki dan dimarahi bertalu talu oleh isteri aku dan ibu mertua aku.

Isteri aku rupanya telah memberitahu ibu mertua aku bahawa selain keretanya tertunggak, bil utiliti lain juga telah tertunggak kerana sudah tidak tahan didera mentaal oleh ibunya.

Aku memberitahu lemah bahawa masih ada 14 hari lagi sebelum kereta itu akan dilelong. Aku akan pinjam dengan ayah aku dan ambil semula kereta itu.

Ibu mertua aku tetap memaaki hamun aku dengan ayat ayat yang kurang enak tetapi aku tidak menghiraukannya kerana badan aku sudah agak penat pada masa itu kerana memandu jauh bersama adik aku untuk menghantar kereta tersebut di rumah aku. . Aku menarik isteri aku kedalam bilik dan memujuknya.

Setelah emosi isteri aku stabil, die menceritakan bahawa ibu mertua aku telah memaksa isteri aku meminta ceraai sekali lagi dan jika kali ini tidak diikuti,

isteri aku dicop anak derhaka dan ibu mertua aku menghalau kami berdua dari rumah ini.

Ketika ini mata aku telah bersinar dan aku telah nampak jalan yang Allah dan ayah aku tunjukkan sekian lama ini.

Isteri aku tidak mahu diperlakukan sebegitu kerana dia tiada tempat lain hendak dituju. Aku cuma memujuknya dan meyakinkannya bahawa tiada apa yang akan berlaku.

Isteri aku memberitahu bahawa jika kereta itu telah aku tebus semula dari pihak bank,

ibu mertua aku mahukan kereta tersebut bagi kegunaan adik ipar aku yang baru dapat kerja di Bangi kelak.

Dia yang akan bayar setiap bulan selepas itu. Aku hanya tergelak dan terus melelapkan mata.

Keesokan harinya aku keluar bekerja seperti biasa dan aku nekad pada malam ini aku akan mengakhiri permainan aku sendiri kerana sudah muak dan sedih melihat isteri aku sering kemurungan.

Kemurungannya agak teruk sehingga isteri aku sering mengadu haidnya tidak teratur lagi seperti dahulu.

Malamnya aku balik, ibu mertua aku memberitahu bahawa dia telah membayar semua bil utiliti yang tertunggak dengan menggadaikan gelang dan rantai hantaran kahwin isteri aku.

Duit selebihnya dia simpan untuk bil mendatang kerana aku sudah tidak berkemampuan untuk membayar lagi. Isteri aku hanya mendiamkan diri di sofa sambil menangis.

Aku tidak mengambil kisah dengan hal itu sambil tergelak. Ibu mertua aku meminta aku menceraaikan anaknya malam itu juga dan meminta aku untuk keluar dari rumah itu.

Peluang yang aku tunggu telahpun tiba. Tidak perlu aku memikir ayat untuk mencarik pergduhan dengan ibu mertua aku.

Aku memandang isteri aku dan meminta dia membuat keputusan sama ada untuk mengikut aku atau tinggal disitu.

Aku agak goyah dengan apa yang akan mendatang dari mulut isteri aku. Lama isteri aku membisu dan aku bertanyakan sekali lagi.

Isteri aku bingkas dari sofa dan mengatakan bahawa dia akan mengikut aku keluar dari rumah itu.

Ibu mertua aku memaaki hamun isteri aku dan menamparnya serta memanggil anak derhaka.

Tidak dihiraukan isteri aku lantas menarik tangan aku masuk ke bilik untuk mengemaskan barang kami semua.

Sementara kami berkemas, aku terdengar ibu mertua aku terjerit jerit memaaki hamun aku termasuk ipar aku.

Semasa kami mahu keluar, aku mengatakan bahawa kereta isteri aku adalah milik isteri aku dan aku tak akan serahkan kepada sesiapa pun. Ibu mertua aku menggelakkan aku dan memerli aku.

Jika aku sayangkan isteri aku, aku tak akan membiarkan kereta itu ditarik oleh pihak bank.

Aku mengeluarkan resit bayaran penuh kereta itu dan memberikan kepada ibu mertua aku.

Kesemua baki pinjaman berjumlah RM23,300 aku telah jelaskan sebaik kereta itu ditarik oleh pihak bank.

Maka kereta itu secara rasminya tiada hutang lagi. Ipar aku bertanya jika dah dibayar dimana kereta itu. Lantas aku mendiamkan diri dan menarik tangan isteri aku keluar dari situ.

Didalam kereta aku, isteri aku menangis mengenangkan nasibnya dan memikirkan dimana tempat untuk bermalam pada malam itu. Aku cuma mendiamkan diri dan terus memandu ke rumah baharu aku.

Rumah itu terletak di setia alam dan memakan masa 1 jam setengah perjalanan dari seremban.

Sesampainya di rumah itu, isteri aku terkejut melihat keretanya berada disitu.

Aku menjelaskan bahawa itulah rumah baharunya dan mulai hari itu dia akan duduk disitu.

Isteri aku pada mulanya kurang percaya dan terus memeluk aku kerana tidak menyangka semua itu.

Aku menjelaskan semua permainan aku dan niat aku hanya untuk membawa dia keluar dari situ.

Isteri aku terdiam dan mula menyedari setelah aku memberitahu bahawa dia hanya digunakan kerana mertua aku melihat dan beranggapan aku adalah seorang yang berduit.

Mulai hari itu, aku melihat isteri aku mula berubah kepada perwatakan asal semasa kami berkenalan.

Namun aku meminta dia untuk menukar nombor telefon bimbit dan memutuskan langsung hubungan dia dengan keluarganya.

Cuma apabila berlaku kematian baru aku akan membawanya pulang. Isteri aku bersetuju dan mula membuat semua perkara yang aku mahukan iaitu menukar semua alamat surat menyurat.

Alhamdulillah ayah aku menerima penuh isteri aku yang selama ini dia langsung tidak hiraukan setelah mengetahui isteri aku memilih aku.

Namun, sehingga sekarang, kesemua ipar dan mertua aku masih tidak mengetahui status aku dan isteri aku.

Isteri aku telah bekerja di firma audit yang stabil di kuala lumpur dimana gajinya lebih sekali ganda daripada aku.

Namun sehingga sekarang isteri aku tetap rapat dengan aku kerana katanya tanpa aku dia masih merempat di rumah ibu bapanya.

Katanya ibunya bukan sahaja menghasutnya perkara yang tidak elok malah mengikis keyakinan dirinya sepanjang dia menetap disitu sehingga dia berhenti kerjanya sebelum ini.

Sehingga kini kami masih hidup bahagia dan dah dikurniakan dua cahaya mata. Namun anak anak kami langsung tidak pernah mengenali nenek sebelah mami mereka. Isteri aku pula yang tidak benarkan anak anak kami mengenali mereka.

Semua gambar gambar termasuk gambar kahwin yang mempunyai gambar keluarga sebelah isteri semua isteri aku buang.

Katanya dia masih trauma dibuat begitu dengan emaknya dan tidak mahu mengingatinya lagi.

Aku tahu banyak cerita cerita buruk yang aku dengar dari kawan kawan ipar aku berkaitan aku dan isteri aku.

Antaranya adalah aku hidup merempat di nilai sementara isteri aku bekerja kilang di sana. Namun aku memilih untuk mendiamkan diri dan mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan.

Lebih baik begini daripada memendam rasa memelihara semula biawak hidup jika mereka mengetahui keadaan sebenar isteri aku dan aku.

Aku berjumpa mereka pun secara kebetulan di Aeon shah alam semasa membeli barangan dapur.

Namun aku meminta kawan kawan mereka merahsiakan perjumpaan kami kerana risau mereka akan mencari kami semula.

Kepada pembaca yang hendak mengecam tindakan aku, aku ingin jelaskan bahawa aku tidak memutuskan hubungan kekeluargaan.

Isteri aku yang memilih untuk mendiamkan diri daripada mereka kerana masih trauma dengan emaknya.

Katanya dia tidak perlu buktikan apa apa kepada keluarganya. Cukup lah dia dah membuktikan kepada dirinya yang dia dah mampu bekerja di firma audit impiannya sejak dahulu.

Sekian coretan terakhir saya. No more story after this. Ini last kerana ramai pembaca tertanya tanya apa yang saya buat sepanjang 9 bulan buat operasi sebegini.

Ini lah cerita sebenar. Alhamdulillah saya dah bebas daripada keluarga yang seperti seorang pembaca ungkapkan, seperti ular telan lembu.

Sekian…