Kebencian emak buat sya brtahan hanya 8 bulan. Skrg sye pulangkn anak ksygan emak. Moga emak bhagia dgn menantu pilihan

Foto sekadar hiasan. Kepada ibu mertuaku H..Ini coretan hatiku selepas anak terunamu menjatuhkan talaknya dan sempena hari penghabisan Iddahku.

Ibu, ibu memang ibu yang cukup sayangkan anak dan tidak boleh melihat ksusahan anak walaupun sekelumit pun.

Memang saya bukan menantu pilihan, berdasarkan saya tidak bekerja tetap dan ibu tidak tahu yang bekas menantumu ini adalah lulusan master di UK.

Ya, saya tidak menghebohkan kepada sesiapa kerana bagi saya sijil ini tidak perlu dihebahkan dan menjadi ukuran sebagai calon menantu.

Bila kali pertama kita bertentang mata, ayat pertama ibu adalah apakah pekerjaanku.

Saya hanya menyatakan saya bekerja sendiri disamping menjadi cikgu tusyen part time.

Belum habis mukadimah, ibu terus menjeling dihadapan saya.

Ya, anak ibu itu bekerja kerajaan, sebagai pembantu perubatan. Dengan mudahnya ibu luncurkan ayat “paling tidakpun carilah jururawat” didepanku pada pertemuan pertama kita.

Ibu, ibu tahu tak selepas itu saya membawa diri jauh dari anak ibu. Bukan kerana rajuk, tetapi saya tidak ingin perkahwinan yang mendapat restu terpaksa dari ibu mertua.

Kerana anak ibu itu masih mencari saya, menagih kasih sayang sehingga masuk hspital akibat depresi, saya membuat solat istikarah dan dialah yang saya nampak sebagai jodoh saya di dalam mimpi saya.

Oleh itu saya menerima dia dengan harapan yang satu hari nanti ibu akan menerima saya sebagai menantu.

Ibu, memang dia anak teruna ibu, tetapi hanya pasangan hidup yang lebih mengetahui dari hujung rambut hingga hujung kaki sang suami.

Ibu mengatakan yang anak ibu ini bekerja kuat dan mempersoalkan saya kenapa tidak minta kerja gomen.

Tapi ibu tidak tahu, pusat tusyen yang saya katakan saya bekerja part time sebagai cikgu itu adalah milik saya.

Rumah yang anak ibu tinggal itu rumah saya, kereta yang anak ibu bawa ibu pergi jalan-jalan itu adalah kereta saya.

Ya, saya halang dia untuk berterus terang kerana maruah suami saya perlu jaga.

Lagipun pasti ibu rasa janggal sekiranya ibu bertandang ke rumah menantu, bukan rumah anak teruna ibu sendiri.

Saya sayangkan ibu, dan saya sayangkan suami waktu itu. Setiap kali ibu datang, ada sahaja benda tidak kena dimata ibu.Ada sahaja kesalahan saya yang ibu cari.

Ibu tengking saya bila saya ingin renovate rumah kononnya tidak bersyukur rumah yang suami sediakan.Tetapi ibu tak tahu yang rumah itu milik saya yang sebenarnya bukan milik anak kesayangan ibu itu.

Ibu buang masakan saya kerana kononnya masakan saya ini menambah penykit anak ibu.Sedangkan saya tidak pernah tergamak pun buat sesuatu yang tak baik terhadap suami saya sendiri.

Duhai ibu, kerana mulut saya ini ringan kononnya ingin menjaga ibu dek kerana skit, saya menjadi hamba dirumah sendiri.

Selama 5 bulan kami berkahwin ibu sudah heboh mengatakan saya ini mandul. Habis semua ipar duai mengata saya dan bila saya enggan balik kampung, ibu hamburkan kata k3sat kepada saya.

Tahukah ibu disaat itulah saya baru keguguran kerana terlalu stress dengan sikap family mertua dan perangai ibu itu sendiri.Saya kemurungan tapi dengan sikap ibu terhadap saya.

Ya silap saya kerana saya banyak pendam. Saya banyak menjaga hati semua orang, maruah suami sehingga diri saya tergadai dan depresi.

Setiap bulan ibu dapat duit belanja RM700 dari suami, ibu ku sayang, ibu tahu tak berapa gaji sebagai pembantu perubatan setiap bulan? Selalu tak cukup tapi saya yang tolong mewahkan ibu.

Bila suami belikan emas sebagai hadiah, ibu merajuk balik kampung sampai enggan bercakap dengan anak ibu.

Habis saya dimaki oleh ipar duai mengatakan saya menantu derhaka walaupun ipar2 itu tkde sorang pun yang ingin menjaga ibu.

Ibu, 8 bulan usia perkahwinan kami saya memohon fasakh. Ya, kerana saya tidak sampai hati melihat air mata anak ibu hari2 apabila ibu enggan bercakap dengannya.

Saya tidak berdend4m mahupun bergduh dengan suami. Tapi saya enggan melihat suami tersepit diantara isteri dan seorang ibu yang melahirkannya.

Apabila k3s ceraai berjalan, ibu datang ke mahkamah dan paksa anak ibu untuk dapatkan hak rumah itu.

Barulah terbongkar semuanya yang segala harta benda termasuk kereta adalah milik saya yang mutlak.

Tiada harta sepencarian kerana semuanya saya beli sebelum kahwin.

Ibu tersayang, saya kembalikan anakmu semula dan kahwinkanlah dia dengan menantu pilihan ibu.

Walaupun dia masih sayangkan saya, tapi saya selalu mengatakan.. isteri boleh dicari, tapi ibu hanyalah seorang didunia ini. Biarlah saya beredar kerana saya jugak ada hati yang ingin dijaga.

Buat R, 8 bulan menjadi isterimu adalah kenangan terindah sepanjang hidupku. Ketahuilah yang bekas isterimu ini redha diatas segalanya.

Bahagialah dirimu dengan kunci syurgamu dan doaku takkan pernah terputus hingga akhir hayatku

Buat semua pembaca, jadilah memoriku ini sebagai pengajaran.

Sekiranya bakal mertua sudah tidak berkenan, janganlah teruskan hubungan kerana amat jarang bagi seorang ibu mertua dapat menerima menantu bukan pilihan apabila sudah berkahwin kelak.

Buat ibu2 mertua, hargailah menantumu. Kerana hanya mereka yang mengetahui mengenai kekurangan dan kelebihan anakmu.

Harta dan pangkat bukan beerti menantumu itu akan menjaga dan menyayangimu hingga akhir usia.

Sekian nukilanku,