Tekejut ak ada prmpan chat ckp pasal tanda dri suami. Tiba2 ak ngis smpai anak2 smua trjaga dan trkaku tgok ak

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Hi.. Aku terpanggil nak share kisah aku ni and kejadian tu berlaku betul–betul lepas aku baca confession pasal seorang suami yang rasa diabaikan oleh isterinya.

Masa baca kisah ni aku rasa macam terpukuI sikit sebab sikit sebanyak layanan aku pada suami macam ni.

Bukannya aku tak sayang suami tapi aku betul–betul penat handle anak–anak yang masih kecil and suami pun jadi kurang dapat perhatian dari aku.

Aku silap sebab ingat suami faham tapi hakik4tnya mungkin sebaliknya.

Anak ramai tu memang pilihan kami suami isteri. Cuma sebab aku dan suami kurang berkomunikasi. Aku seorang yang banyak cakap manakala suami seorang yang pendiam.

Boleh kata bahasa badan kami kaku dan kami tak berapa pandai share masalah serta pandangan antara 1 sama lain.

Kiranya jika salah seorang dari kami bercerita, kami hanya memberi respon dengan mendengar. Kami tak pandai nak bagi pendapat.

Kadang–kadang tu tak sempat nak jawab anak pulak tanya macam–macam. Jadi kurangnya di situ.

Tapi aku tak rasa tu masalah besar dan itulah salah paling besar yang aku akui kami buat. Aku tak pasti suami sedar ke tak. Bila baca confession tt di atas aku rasa bersalah.

Bersalah sangat dengan suami aku. Aku janji pelan–pelan aku akan berubah atas layanan aku pada suami.

Suami aku pun macam tt tolong aku buat keje rumah jaga anak mandikan anak semua sama la tapi dia buat ikut mood jugak dan kalau dia larat.

Aku pulak jenis yang tak boleh rumah bersepah dan tak terurus. Jadi kekadang burnout jugak dengan kerja rumah yang tak pernah habis.

Nak dijadikan cerita sehari lepas aku baca confession tu tiba–tiba naluri seorang isteri yang di mana sebulan ni memang aku tak sedap hati, rasa akan jadi masalah besar.

Naluri tu sem4kin kuat dari hari ke hari. Tapi aku abaikan sebab aku fikir nak fokus untuk lahirkan anak dalam kandungan aku ni anytime saja.

By the way, aku tengah sarat tunggu masa nak sambut newborn dalam family kami. Malam tu laki aku cakap dia nak pergi jumpa dengan kawan dia sebab dah lama tak jumpa, aku pun macam tak ragu–ragu cakap ok.

Padahal aku pelik jugak esok dia kerja, shif laki aku pepagi buta kena sampai tempat kerja dia.

Usually dia jenis tidur awal pukuI 10 pm dah masuk tidur sebab kerja dia perIukan dia sentiasa focus. Tapi ni elok pulak dia keluar.

Aku pun macam tak pe la bukan selalu. Sekali malam esoknya pun dia bagitau yang tiba–tiba dia dapat tukar cuti sebab ada kawan dia last minit bagitau nak tukar cuti dengan dia.

So malam tu dia cakap nak pergi bengkel lepas magrib sebab nak betulkan aircond. Aku pun macam okla. Malam tu dia keluar lepas magrib tu balik around 1 pagi.

Hati aku terjentik lagi. Masa ni eg0 aku tinggi lagi. Aku macam salahkan suami aku patutnya dia duduk rumah layan anak dan isteri tapi dia lebihkan kawan.

Balik tu lepas dia tidur aku tak boleh tidur maklumlah hujung kehamilan ni susah nak tidur. So aku pun nak main games dekat hp dia.

So aku pun ambil hp suami aku, untuk pengetahuan semua memang antara aku dan suami tak ada privacy pun pasal hp atau media social so memang tak nampak tanda–tanda curang tu

dan tiba–tiba saja aku terdetik nak tengok media social dia dan aku jumpa something yang betul–betul buat hati aku k0yak.

Seorang perempuan chat bagitau tanda yang suami aku tinggalkan. Aku terus reply tanda apa?

Dia jawab loveb1tes dekat d4da yang memang katanya laki aku yang kata nak tinggalkan tanda kononnya gigitan cinta sebagai kenangan.

Kenangan apak dia la. Masa ni aku tak tau nak nangis ke nak marah. Hati aku patah. Aku rasa macam putvs cinta.

Ibarat aku bakal kehilangan suami aku saja rasanya. Suatu perasaan yang dah lama aku tak rasa dengan suami aku, perasaan yang buat aku sedar dari eg0 aku.

Bahawasanya suami itu bukan milik aku selamanya. Pinjaman yang ALLAH bakal tarik anytime.

Aku sabar saja dari pukuI 2 pagi sampai 4 pagi lebih untuk tunggu reply perempuan tu.

Dan kebetulan masa perempuan tu reply and confess pasal gigitan cinta tu sebab dia ingat aku ni suami aku.

Dan masa tu jugak suami aku bangun untuk bawa anak pergi toilet dan masa tu jugak aku meraung. Aku hilang pertimbangan.

Aku cakap apa salah aku? Aku tak pernah tolak keinginan dia selama aku pregnant ni. Aku tanya dia apa yang kurang atau aku dah tak menarik ke di mata dia?

Dia cakap dia yang salah, aku takda salah and kurang.

Aku speechless aku rasa kosong tapi aku cepat–cepat istighfar sebab aku taknak effect pada baby dalam kandungan aku. Aku tak boleh berenti fikir apa yang dorang buat belakang aku.

Sentuhan dia pada perempuan tu aku tak boleh berenti fikir. Sebab bagi aku tu sangat special hak aku yang halal dah tercemar.

Aku menangis–menangis sampai semua anak aku terjaga dan dorang yang masih kecil macam terkaku tengok aku menangis sampai macam tu sekali.

Suami aku berulang kali minta maaf dan cakap dia tersalah pilih jalan tapi aku tak boleh terima.

Walaupun mereka belum sampai tahap terIanjur. Aku rasa hak aku tercemar. Dir4mpas. Masa ni baru aku sedar besarnya cinta dan sayang aku pada suami aku.

Aku tanya dia adakah penceraian yang dia ingin kan? Aku cakap aku kesian pada anak kami semua sebab mereka tak boleh kalau sehari tak jumpa bapak mereka, macam mana aku nak hidup asing dengan anak tanpa dia?

Jadi aku cakap aku bagi dia pilihan jika dia inginkan perempuan tu lepaskan aku tapi cerai kan aku lepas abis pantang nanti ataupun kami masih bersama demi anak. Dan jika antara kami dah jumpa penganti baru proceed untuk cerai.

Dia diam seribu bahasa. Dia menangis dan mohon maaf kan dia, dia bersalah. Untuk bertahun dalam perkahwinan kami inilah pertama kalinya aku dengar permohonan maaf yang tulus ikhlas dari dia. Baru aku sedar aku perIukan kata–kata maaf dan terima kasih dari dia.

Itu yang aku nak selama ni. Aku nak dia hargai usaha aku yang sanggup berenti kerja untuk focus anak walapun pengakhirannya aku sebenarnya str3ss duduk rumah dengan kerja rumah yang melambak–lambak penatnya mengalahkan masa aku kerja dulu.

Seharian aku tak tidur. Bukan tak cuba tapi asyik terbayang aksi mesra mereka. Dan aku menangis lagi, berkali–kali aku mohon maaf pada anak dalam kandungan aku.

Sampai sekarang dah lebih 24 jam aku tak tidur. Seharian jugak dia duduk sebeIah aku pujuk aku peIuk aku supaya tak tekad nak cerai.

Sebab katanya dia tak niat nak tinggalkan kami anak beranak untuk perempuan tu. Katanya sekadar hiburan.

Aku cakap baik–baik dengan dia benda yang dia buat ni tak baik, berd0sa besar. Aku ingatkan dia walaupun perempuan tu sendiri rela.

Aku terIuka. Aku tanya mana iman dia sampai tak dapat beza d0sa pahala? Perempuan tu pun maybe terIuka lepas dapat tau laki aku tu suami orang.

By the way, lepas aku act as suami aku masa chat perempuan tu dan perempuan tu macam syok ingat d0sa mereka, aku pun confess dekat dia aku ni wife suami aku.

Dan dia ingat macam suami aku bergurau. Aku cakap dengan dia aku tak tau sejauh mana hubungan mereka dan apa yang terjadi antara mereka tapi aku minta dorang stop berhubung sebab anak–anak aku perIukan bapak mereka.

Dan semudah tu perempuan tu cakap ok. Sebab dia cakap dia pun tak tau laki aku tu suami orang dan tak berapa tau pasal laki aku.

Masa tu pun aku tanya laki aku dah kalau dia tak tau dan tak berapa kenal suami aku kenapa mudah sangat dia bagi?

Aku tanya dorang sama ada dorang dah terIanjur ke? Masing–masing cakap belum sampai tahap tu.

Aku bersyukur Allah gerakkan hati aku awal sikit walaupun dah jadi sesuatu macam ni. Aku offer juga nak pinangkan perempuan tu kalau suami aku nak tapi dengan syarat lepas tu ceraikan aku.

Tapi dia cakap tak ada perbincangan ke arah tu pun dengan perempuan tu. Dan dia tak niat atau janji pun dengan perempuan tu untuk ke arah tu.

Perempuan tu pun minta maaf tapi aku sure dia pun terIuka. Aku perempuan aku faham.

Dan aku pun nasihatkan dia sebagai perempuan jangan mudah sangat bagi pada laki.

Korang pun yang dekat luar sana selidik dulu latar belakang laki tu jangan biar asal tengok gaya macam bujang korang pun on. Jagalah diri bezakanlah mana baik buruk.

Aku juga nasihatkan laki aku lepas ni terus terang status dia, jangan perempuan bagi hint dia pun melayan. Tu yang jadi camni.

Sebab memang laki aku nampak macam bujang tapi sebenarnya anak berderet. So sekarang ni aku nak minta doa semua supaya doakan suami aku dan perempuan tu kembali ke pangkal jalan dan tak terus buat d0sa.

Sebab tak selamanya aku dapat jaga suami aku 24 jam kan. Aku betul–betul patah hati. Sampai masa pegang pis4u pun aku cakap dengan diri aku untuk tamatkan semua ni.

S4kit yang tak boleh dilupakan. Dan doakan aku juga dijauhkan dari mer0yan masa pantang nanti. Aku sayang family aku.

Anak–anak kami semua perIukan kami dan aku cuba w4ras dan bertahan untuk kuat. Dan bagi aku dalam hal ni aku pun bersalah dan tentunya laki aku yang paling bersalah sebab buat tak fikir dulu. Fikir nak sedap saja.

Aku keep mention dengan dia, jangan cari yang h4ram sedangkan yang halal ada terabai depan mata.

Aku pun manusia biasa ada hati perasaan, kali ni aku maafkan. Lain kali hanya perpisahan jalannya sebab aku tak sekuat yang dia nampak.

Dan untuk yang mungkin tertanya–tanya, aku dan suami aku sebaya muda lagi dan aku housewife yang jaga juga la penampilan since aku pernah kerja dulu and mostly as PA bos.

So isu aku selekeh ke tak jaga penampilan 100% tu tak ada cuma yela masa pregnant ni sometimes ada masa yang tak larat.

Mood swing kadang–kadang maybe tu yang buat laki aku bosan kot. Aku pregnant ni pun ada yang tak percaya aku dah kawin dan anak berderet. Ada yang tak perasan pun aku pregnant sebab perut aku comel saja nampak tak nampak.

Ada yang ingat anak–anak aku tu adik–adik aku saja. Tapi bila jadi camni aku rasa useless giIa sebab tak pandai jaga laki sampai dia cuba usha luar. Aku keep bIame diri aku sendiri. Rasa tak gunanya diri aku as isteri.

Perkara ni pun aku terp4ksa rujuk dengan mertua aku sebab aku kena panic att4ck aku tak leh nafas aku tak leh tidur dan asyik fikir aksi mesra mereka.

Aku perIukan nasihat dan kata–kata positif dari someone. Dan bagi aku mertua aku lah orang yang paling tepat.

Walaupun malu dan aib tapi aku perIukannya. Selepas aku confess dekat mertua aku, dia marah dan terk3jut dengan perbuatan anak dia.

Dia minta kebenaran aku untuk nasihat laki aku tapi aku cakap buat masa ni tak perlulah, aku just cerita untuk kurangkan tekanan serta bebanan ni aku tak mampu simpan sendiri.

Alhamdulillah aku rasa ok sikit. Cuma tu la aku masih terbayang aksi mesra mereka dan aku akan terus menangis.

Laki aku pun seharian ni dia macam hilang arah dah sehari suntuk ni tak lepas dia pujuk and peIuk aku. Sebab aku memang tekad nak bercerai mulanya.

Sebab untuk apa simpan kalau hati dia bukan milik aku lagi. Harapnya dia betul–betul menyesal la sebab hati aku dah kosong tapi aku janji dengan dia aku akan tetap laksanakan tanggungjawab sebagai isteri dia selagi dia janji untuk berubah dan jaga family kami.

Ya ALLAH jagakan dia untuk kami. Semoga dia sentiasa dijalan yang benar. Jauhkan dia dari z1na dan maksi4t.

Bantulah kami sama–sama ke syurgaMU. Jangan jauhkan kami dari rahmat dan hidayahMU. Mungkin ini juga baIasan atas kealpaan kami.

Maaf coretan ni sekadar untuk luahan hati aku yang ters4kiti. Kepercayaan yang kami bina selama bertahun h4ncur dalam sekelip mata saja. Janji setia tu dah terkubvr dengan perbuatan dia ni.

Aku dah memaafkan dia tapi nak melupakan tu payah sebab tak pernah sedetik pun aku terniat nak curang dengan dia walaupun jalan tu sentiasa terbuka.

Aku harap ada yang boleh ambil ikhtibar dari kisah aku walaupun tak sepahit kisah di luar sana namun Iuka tu tetap ada berparut kekal selamanya dihati. Sebelum terlambat korang baikilah hubungan korang. Buang eg0.

Dab mana–mana laki yang rasa kurang layanan isteri tu kaji semula layanan dan perhatian korang pada anak isteri korang cukup tak?

Jangan harap layanan seperti raja kalau di sisi lain pasangan rasa seperti h4mba. Terbeban seorang diri mengapai bahagia dengan d3rita yang tak sedar kau tinggalkan.

Aku doakan pasangan yang diuji diberikan jalan dan sinar bahagia suatu hari nanti. Moga korang jumpa penyelesaiannya.

CURANG ITU PILIHAN BUKAN KESILAPAN. Akui dan baiki hubungan jika masih sayang. Teruskan berju4ng untuk cinta kalian, kuatkan hati demi orang tersayang. – Hati Yang Ters4kiti (Bukan nama sebenar)