Gara2 benti kerja ikot suami dikata b0doh. Esok lusa laki tinggal cari lain, baru myesal. Rezeki brbeza jgn dibandingkn

Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum. Confession kali ini bukan nak membangkitkan perdebatan tentang siapa lebih hebat, siapa lebih penat diantara surirumah dan ibu bekerja. Tidak sama sekali. Jangan skeptikal dengan tajuk. Baca dulu.

Saya Bunga. Awal 30an, sudah berkahwin dengan 3 cahaya mata, punya latar pendidikan yang bagus. Saya ada sarjana (master) sebenarnya. Dari mula kahwin saya dah bergelar surirumah.

Sebelum berkahwin, punya karier yang bagus. Saya seorang tenaga pengajar di sebuah kolej tempatan. Atas dasar ‘nak ikut suami’, saya resign dan terus fokus jadi housewife.

Ramai cakap saya bodoh sebab berhenti kerja, buang masa jadi surirumah, tak ada masa depan, tak ada simpanan.

Tipulah kalau saya langsung tak terksan. Ya, beberapa kali dah diusulkan pada suami, saya nak mula bekerja balik.

Tawaran kerja pun bukan calang calang, silih berganti. Memang menduga. Tapi jawapan suami tetap, tak payahlah kerja dulu, saya mampu tanggung awak.

Haaa, jangan skeptikal dulu dengan jawapan suami saya. Tak, dia bukan tidak mendukung minat dan karier isteri, cuma dia ada sebab tersendiri.

Dan sejujurnya, saya berlapang dada dan senang dengan hujah dia untuk tidak mengizinkan saya bekerja dulu buat masa ini.

Alhamdulillah, kami dikurniakan 3 anak yang comel, sihat dan bijak. Suami cakap dia nak golden years anak anak, mereka dibimbing dan dididik oleh saya.

Dia sangat risaukan keadaan anak anak dibawah jagaan pengasuh sementelah lambakan k3s k3s pender4an di rumah pengasuh saban hari.

Suami saya tidaklah kaya raya, tapi alhamdulillah sepanjang kami berkahwin dan beranak pinak, suami saya adalah sole bread winner kami dan serba serbi cukup sahaja.

Suami saya kerja biasa biasa sahaja. Setiap bulan dia akan bahagikan gajinya kepada 2 bahagian, satu bahagian untuk dia dan sebahagian lagi untuk saya dan anak anak.

Walaupun saya tidak bekerja, suami sentiasa pastikan saya dan anak anak punya simpanan bulanan. Suami saya berjimat cermat orangnya.

Alhamdulillah. Kami dari golongan M40 saja, tu pun paras paras hidung je kelayakan M40 tu, hehe.

Suami saya adalah seorang essential service worker. Alhamdulillah dari PKP 1.0 dia masih punya pekerjaan dan pendapatan. Tapi nature of work dia menyebabkan dia jarang berada dirumah.

Hari hari balik tapi waktu bersama keluarga itu sangat terhad. Ini juga antara punca suami berat hati nak mengizinkan saya kembali bekerja.

Kalau dia dah sibuk, jarang di rumah, saya juga sibuk dengan urusan kerja, anak anak macamana? Mereka perlukn kita, at least one of us.

Suami juga risau kalau saya terlalu stress dan kepenatan bekerja dan menguruskan anak anak nanti. Saya juga setuju akan kebimbangan yang berasas itu.

Alhamdulillah, saya bersyukur menggalas jawatan yang satu ini.

Banyak tohmahan dan kata kata hinaan yang saya dapat bukan sahaja dari kawan kawan, bahkan ahli keluarga.

Apatah lagi mereka lihat, hidup kawan kawan seangkatan saya dahulu, kini mewah dan terlihat sempurna di laman sosial.

Sedangkan saya, sibuk bergelut dengan urusan rumah dan anak anak. Comot. Tak punya harta. Hehe. Ini pandangan mata mereka lah.

Pandangan mata saya, saya sangat bahagia melalui aturan hidup saya disamping keluarga tercinta.

Paling penting saya sangat bersyukur dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan adil pada saya dan keluarga.

Kami taklah kaya raya, kami juga tak mampu nak bercuti ksana sini, berbelanja mewah bagai, tapi kami bahagia dengan cara kami.

Masih cukup makan, cukup pakai, ada tempat tinggal yang selesa. Alhamdulillah. Nikmat apa lagi yang nak didustakan.

Oh dan ya, satu lagi nikmat yang saya nak kongsikan sepanjang saya bergelar surirumah. Nikmat kelapangan dalam beribadah.

Allah mudahkan urusan saya dalam hal ini. Dah jadi surirumah ni, 100 peratus urusan masa dan jadual harian kita yang uruskan sendiri.

Penting untuk setiap surirumah punya disiplin yang tinggi supaya tidak stress dan kepenatan menguruskan rutin harian.

Alhamdulillah, saya berjaya ‘curi masa’ untuk mengaji dan beribadah saban hari walaupun punya anak kecil. Dapat solat awal waktu, dapat dhuha.

Alhamdulillah, rezeki semua tu. Pokoknya kena pandai urus masa. Suami juga lebih suka saya berada di rumah kerana katanya aurat dan pergaulan saya lebih terjaga dan terbatas.

Saya bersyukur kerana menjadi seorang surirumah. Buat masa ini, tiada apa lagi yang saya mahukan selain mengejar bekalan akhirat dan hidup bahagia bersama keluarga.

Rezeki itu tak sama untuk setiap makhluk. Rezeki Allah itu luas. Kita je yang kena belajar mensyukuri. Dapat suami yang bertanggungjawab, itu rezeki.

Anak anak yang sihat, peralatan rumah yang dalam keadaan baik, sentiasa ada makanan diatas meja, itu semua rezeki. Rasa bahagia, lapang dan tenang untuk beribadah, itu juga rezeki.

Jangan dibanding rezeki kita dan dia. Didik hati untuk ikhlas mensyukuri dan menikmati setiap rezeki kurniaan Ilahi.

Jangan mengeluh. Bukak mata, bukak minda, lapangkan hati. Bila hati sentiasa resah dan berat, kadang kita lupa untuk bergembira dan count on our blessings.

Pada yang berpendapat, wanita wajib punya kerjaya, punya wang sendiri. Pada saya, bergantung pada siapa suami kalian. Kalian lebih mengenali siapa suami kalian. Bagaimana hidup kalian.

Kalau kalian bersuamikan lelaki yang bertanggungjawab dan menyediakan nafkah mencukupi buat kalian sekeluarga, mungkin kalian juga akan berfikiran seperti saya. Tapi kalau sebaliknya, you know what you should do.

Sejujurnya saya yakin dengan rezeki Allah. Jikalau ditakdirkan 1 hari nanti apa apa bakal terjadi pada rumahtangga kami (nauzubillahiminzalik), saya bersedia.

Suami pun dah buat hibah untuk kami. Saving bulanan secara konsisten untuk saya dan anak anak pun dah ada.

Saya pun bukanlah tak punya apa apa. Saya ada pelajaran. InshaaAllah saya mampu bangkit sekiranya apa apa terjadi.

Tapi buat masa sekarang, saya rasa tak perlu dulu untuk saya bekerja. Pendapat kalian begitu, pendapat saya begini.

Tak perlu mendoakan keburukan pada orang lain hanya kerana kita punya pendapat yang berbeza.

Belajar untuk raikan perbezaan pendapat dan berlapang dada dengan pilihan hidup orang lain selagi mana ianya tidak melibatkan dan menyusahkan diri kita.

Tak perlu keluarkan ayat, “Esok lusa laki tinggal, carik lain, taulah.” It’s okay, kebergantungan saya pada Allah.

Jika itu dugaan saya suatu masa nanti, mesti Allah akan titipkan kekuatan untuk saya bangkit bersama dugaan itu. Aamiin. Buat masa sekarang, apa yang saya ada mencukupi buat kami.

Izinkan saya selitkan teguran sikit pada perkongsian saya ini, dunia kita sekarang ni, terlalu banyak negativiti.

Buat isteri isteri, jika ada masalah dalam rumahtangga, adu lah pada yang berkuasa atau layak. Jangan adukan di laman sosial, di page confession.

Kerana nasihat yang diberi, rata ratanya menggalakkan pada perceraaian dan permusuhan diantara kalian suami isteri.

Ibarat mencurah minyak kedalam api yang marak. Sedangkan cerita hanya didengari dari satu pihak.

Kita yang tengah emosi ni, baca pula komen komen berbaur negatif seperti itu, bertambah tambahlah lara dan gundah hati masing masing.

Masalah rumahtangga kalian akan selesai ke? Tak pun. Mungkin bertambah p4rah.

Carilah saluran yang betul untuk meluah rasa dan mengadu perihal peribadi kita.

Buat yang membaca pun, dinasihatkan janganlah terlalu beremosi. Doakan yang baik baik. Bukan semua masalah rumahtangga itu harus berakhir dengan perceraaian.

Tengoklah laporan statistik k3s perceraaian di Malaysia saban tahun. Sangat tinggi. Menakutkan. Apa akan jadi dengan anak anak yang berada dalam broken family.

Memang ada yang berjaya, tapi berapa peratus. Yang emosi dan mentalnya terjejas akibat perceraaian, bagaimana pula.

Jangan kita jadi punca pada perceraaian orang lain. Ada sebab kenapa Allah bencikan perceraaian walaupun ianya halal. Wallahualam.

Niat saya berkongsi hanya untuk membuka mata dan minda kita semua yang terbelenggu dengan negativiti dan keresahan kebelakangan ini.

Ya, masih wujud suami yang bertanggungjawab dan setia. Ya, masih wujud rumahtangga yang bahagia dan harmoni. Ya, masih wujud keluarga yang sederhana tapi terasa lengkap hidupnya.

Pokok pangkalnya, letakkan Allah sebagai yang paling utama, and everything else will fall into places.

Allah will take care of everything. Dia maha merancang dan maha mengetahui. Berbahagialah dengan cara masing masing.

Maaf andai kalian kurang senang dengan perkongsian ini. Maaf jika isinya juga berterabur.

Maaf jika penulisan saya kurang baik. Mana yang baik, ambiklah sebagai pengajaran. Yang buruk dijadikan sempadan. Assalam.