H4ncur hati siti bila rosmah kata, abah tiada anak dan isterinye dh men1nggal. Saat ibu bert4rung nyawa, abah kahwin lain rupanye

Assalamualaikum… Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak admin kerana sudi menyiarkan hasil coretan saya.

Apa yang dicoretkan disini bukanlah untuk memaIukan sesiapa dan bukan niat untuk memburuk–burukkan sesiapa.

Apa yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri.

Pertama sekali saya memperkenalkan diri. Nama saya siti dan saya merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarga.

Kehidupan yang ingin siti coretkan bermula dengan perkhabaran ibu menghidap k4nser pangkal rahim.

Sewaktu itu usia siti 16 tahun. Pada awalnya, ibu dan abah cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan siti.

Namun hari sem4kin hari kesihatan ibu sem4kin merosot dan siti mulai mengesyaki sesuatu kepada ibu.

Akhirnya, ibu memberitahu doktor mengesahkan ibu menghidap k4nser pangkal rahim. Abah seorang yang setia pada pandangan mata siti.

Abah setia di sisi ibu dan tidak pernah lekang senyuman di muka abah untuk ibu. Sepanjang ibu menjalani rawatan abah akan sentiasa menemani ibu.

Bulan berganti bulan, ibu terus menjalani rawatan, namun kesihatan ibu masih merosot.

Siti ketika itu hanya mampu memberikan sokongan dan doa untuk ibu. Sikap abah mulai berubah sedikit demi sedikit.

Kalau dahulu abah sering menemani ibu membuat sesi rawatan, namun kini tiada lagi abah di sisi ibu.

Kadang–kadang siti perlu memanggil grab untuk membawa ibu ke hospitaI. Abah mula memberi alasan sibuk dengan urusan kerja.

Siti pada awalnya tidak ambil kisah dengan sikap abah memandangkan kerjaya abah yang memerIukan abah perlu memberi fokus yang lebih untuk kerjanya.

Namun lama–kelamaan, abah mula tinggalkan ibu dan siti di rumah sendirian. Kadang–kadang dalam masa seminggu adalah 2 atau 3 kali berjumpa abah di rumah.

Perbelanjaan rumah juga dikurangkan dengan alasan perlu berjimat cermat disebabkan kos rawatan ibu yang mahal.

Jika sebelum ini, siti mengikuti kelas tuisyen tambahan di luar waktu sekolah namun abah memberitahu supaya siti berhenti daripada kelas tersebut.

Bila tanya kepada abah, alasan yang diberikan ibu sendirian di rumah dan yuran tuisyen siti mahal.sedangkan selama ini okay sahaja.

Siti terpaksa mengikut sahaja kehendak abah. Selepas habis waktu sekolah siti akan terus balik ke rumah untuk menjaga ibu. Tahun berikutnya siti bakal menghadapi SPM. Tahun yang paling sibuk dan mendebarkan untuk siti.

Tambah pula dengan keadaan ibu yang tidak sihat dan sikap abah yang terlah berubah dan makin lama abah tidak mempedulikan ibu. Abah mula naik suara dengan ibu dan siti.

Apa yang membuatkan siti terkilan dengan abah apabila suatu hari sewaktu siti pulang dari sekolah,siti terdengar perbualan ibu dan abah di dalam bilik.

Abah menengking ibu dan cakap ibu menyusahkan hidup dia, ibu tak sembuh–sembuh walaupun telah banyak kali berubat sana sini, hidup abah kononya musn4h dan bermacam–macam perkataan yang meny4kitkan keluar dari mulut abah.

Allahuakhbar.. Berang dengan kata -kata abah, siti mula bersuara kenapa tiba–tiba abah mula berubah, kenapa abah sanggup layan mama macam sampah, kenapa abah tak lagi di sisi ibu bila ibu sangat perIukan abah disisinya? Abah terdiam dan terkejut selepas siti mengherdik abah .ibu hanya mampu mendiamkan diri dan menangis.

Hubungan siti dengan abah tidak lagi rapat seperti dahulu. Abah bukan lagi abah yang siti kenal dan hormati macam dulu. Abah dah berubah. Sangat berubah.

Ibu pula kini penghuni tetap di hospitaI. Ibu tak mampu untuk bergerak sendirian dan sem4kin lemah disebabkan k4nsernya mula merebak ke organ–organ yang lain.

Dikala sanak saud4ra datang mengungjungi ibu, abah tiada. Yes, abah tak datang langsung menjenguk dan bertanya khabar tentang ibu. Langsung tidak mempedulikan ibu.

Mujur ahli keluarga yang lain menolong situ menjaga ibu bergilir-gilir sepanjang di hospitaI. Ibu menangis kerana insan yang dia sayang tiada ketika dia sakit. Makin lama ibu makin tidak lagi berharap dengan abah.

Siti masih berharap agar abah akan berubah dan datang melawat ibu ketika itu sebelum terlambat.

Selepas tamat peperiksaan SPM, siti ambil alih tanggungjawab sepenuhnya menjaga ibu di hospital. Suatu hari, ibu meminta siti untuk menghubungi abah.

Siti mengikut kehendak ibu dan menghubungi abah. Paling meng3jutkan siti apabila panggiIan telefon dijawab oleh seorang wanita dan wanita tersebut memperkenalkan diri sebagai isteri abah. Siti rasakan ibarat sebijik batu yang menghempap kepala. Terduduk siti ketika itu,dia tak menyangka yang abah tergamak buat macam tu.

Sampai hati abah! Wanita tersebut memperkenalkan diri sebagai rosmah dan dia memberitahu mereka telah berkahwin 6 bulan yang lepas.

Katanya abah tiada di rumah ketika itu. Siti dengan berat hati memberitahu ibu yang tengah s4kit tenat dan nak berjumpa dengan abah.

Selang beberapa hari selepas kejadian telefon itu, seorang wanita lingkungan 30-an datang melawat ibu dan dialah rosmah @ isteri baru abah.

Ibu tidak menyangka dengan kehadiran madunya itu. Rosmah bersalaman dengan ibu dan memberitahu dia isteri baru kepada abah.

Siti yang tidak dapat menahan perasaan ketika itu mula menyer4ng rosmah dengan kata–kata ,mula m4ki hamun rosmah sampai membuatkan kata-kata siti terkubvr dalam hati.

Ibu ketika itu hanya mampu mengalirkankan air mata. Siti member0ntak dengan sikap abah dan kata-kata kesat dilontarkan kepada rosmah.

Rosmah mula bersuara. Dia sendiri terk3jut apabila mengetahui ibu s4kit dan masih lagi hidup kerana sebelum mereka berkahwin abah memberitahu ibu telah meningg4l dunia dan mengaku dia seorang duda, malah turut mengatakan yang dia tiada anak. Abah, what the he1I are you doing??

Sampai hati dan tergamak abah cakap ibu dah m4ti. Sampai hati abah cakap abah tak ada anak. Allahu..

Jadi selama ini abah memang mengharapkan dan mendoakan supaya ibu m4ti cepat. Selepas peristiwa di hospitaI, siti nekad untuk berjumpa dengan abah.

Abah agak terk3jut dengan kedatangan siti di rumah barunya bersama rosmah. Siti cakap ibu tengah tenat dan dia nak sangat jumpa abah sebelum terlambat.

Abah ketika itu diam seribu bahasa dan kemudian abah bersuara.. Maafkan abah sebab tinggalkan siti dan ibu.

Abah sudah tawar hati dengan perkahwinan abah dan ibu.abah sudah jumpa dengan seseorang sebagai pengganti ibu.

Ibu tidak mampu lagi bagi apa yang abah mahukan seperti dulu. Ibu bukan lagi ibu yang dulu.

Itulah kata–kata hikmat yang amat perit yang keluar dari mulut seorang lelaki yang siti hormat dan paling siti sayang sebelum ini. Sampai hati dan tergamak abah buat macam tu dikala ibu tengah tenat dan sanggup abah mengaku yang abah tiada anak.

Manusia jenis apa abah ni. Sanggup tinggalkan seorang wanita yang telah berk0rban apa sahaja untuk seorang lelaki bergelar suami.

Dipendekkan cerita, selepas mengharungi liku–liku yang menc4bar bagi keluarga siti, pada tanggal 12 Mac 2019 ibu telah menghempuskan nafasnya yang terakhir di katil hospitaI.

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Pulanglah ibu ke sisi pencipta-Nya. Malah ibu langsung tidak dapat berjumpa dengan abah buat kali terakhir.

Abah? Jangan ditanya apa yang telah dibuat. Seminggu sebelum pemergian ibu, siti dikhabarkan abah bersama isteri barunya sedang bercuti di luar negara.

Siti hanya memaklumkan pemergian ibu melalui mesej dan hanya dibaIas selepas 2 hari ibu meninggaI.

K3jam betul abah sampai ibu meninggaI pun abah tiada di sisi ibu. Kini, siti tinggal bersama ibu saud4ra di selatan tanah air.

Kenangan dengan ibu dan abah adalah yang paling indah dalam hidup siti. Kata–kata akhir ibu yang siti masih ingat sampai sekarang ‘siti, kita bukan hidup seorang diri, kita ada tuhan. Yakin dengan-Nya’.

Abah jarang sekali untuk menjenguk siti. Perbelanjaan bulanan sepenuhnya ditanggung oleh ibu saud4ra sit dan hasil simpanan arw4h ibu.

Dear abah, Seandainya abah ada terbaca coretan ini, siti harap papa sentiasa dalam lindungan tuhan.

Walaupun apa yang abah buat adalah perit untuk siti dan arw4h ibu, siti maafkan abah sepertimana mama memaafkan abah.

Ibu telah maafkan abah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Arw4h ibu tersangat rindukan abah. Siti harap suatu hari nanti siti dapat bertemu semula dengan abah.

Dear rosmah, Jagalah abah dengan baik. Apa yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan.

Arw4h ibu telahpun memaafkan rosmah. Siti dah penat untuk mengejar kasih sayang seorang lelaki yang bergelar abah. -siti D-