Bila dh nk masuk anak 2 ak minta suami beli kereta. Tekejut ak bila dia bwk blik kereta harga 1.5k. Tp si kuning tu la kesyg kami

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum semua, aku terdetik nak kongsi kisah aku yang lain dari yang lain.

Aku dah tulis cerita ni lama tapi publish dekat group lain. Ok, start. Aku dan suami diijabkabulkan masa kami sama -sama umur 22 tahun, memang muda lah kan.

Kalau masa tu orang tanya kenapa nak kahwin muda, aku memang tak dak jawapan yang khusus. Jawapan aku cuma, “dah sampai j0doh”.

Setelah beristiqarah… Alhamdulillah, semuanya mudah kerana dipermudahkan oleh – Nya.

Maklum saja lah, yang aku kahwin tu bukan anak orang berada pun. Cuma orang kampung, pelajaran pun tak tinggi mana, kerja pomen lori kat kilang Boon Koon.

Aku pulak, anak orang biasa jugak, kerja kilang jugak. Bila dah kahwin, aku berhenti kerja, duduk rumah.

Suami mintak aku berhenti kerja, jadi ‘mam’ katanya. Tolong masak makan untuk dia, sebab dia akan balik rumah untuk makan tengahari, hari–hari.

Kalau aku kerja, dia kena makan kat luar, dia tak nak. Lagipun kilang dekat ja, masa rehat balik rumah.

Kenderaan kami yang ada masa tu hanyalah moto kris modenas. Tapi aku tak kesah, kami happy ja.

Ke mana–mana pun naik ja la moto tu. Setahun kemudian, bila dah ada anak sorang pun, masih lagi naik moto. Steady ja.

Aku tak pernah mintak pun beli kereta. Tahu, manalah ada duit banyak–banyak nak beli kereta. Lagipun aku isteri mithali.

Tak mau menyusahkan hati en. suami. Selagi boleh tahan minima, minima sajaIah.

Lepas kahwin, kami sewa rumah sepupu aku yang sedia ada peti ais, mesin basuh, tv, dapur gas, sofa, kerusi meja, periuk belanga, pinggan mangkuk. Pendek kata serba lengkap la.

Kami pindah dari rumah tu masa anak sulung kami umur 4 bulan. Pindah, sebab tak sedap la kan pakai barang orang lama–lama.

Pindah tu pulak, faham–fahamlah dah barang semua nak kena beli. Habis duit simpanan kami, nak kumpul balik, hai.. Bercinta!

Bila anak sulung kami, Iman 3 tahun, aku mengandung anak ke-2. Masa tu barulah aku bersuara mintak En. Suami beli kereta.

Aku harap, ada la saving sikit. Aku kata, second hand pun takpa, asalkan kereta. Dah agak tak boleh tahan la tu.

Maklumlah saiz pun dah m4kin bertambah. Aku cakap dengan suami, kalau boleh ada kereta tu sebelum anak ke-2 kami lahir.

Yela kan.. Membayangkan, kesian kat anak–anak berhimpit–himpit naik moto nanti. Itulah yang aku beritahu encik suami.

Alhamdulillah, rupanya, suami pun memang dah lama berniat nak beli kereta, cuma tengah kumpul duit, katanya. Ok, pasal kereta.

Aku kata aku tak kesah kan, kereta buruk pun, buruk la. kalau dah itu ja yang mampu. Janji kereta tu kereta sendiri.

Tak la susah–susah nak meminjam lagi. Sebelum ni dok pinjam kereta abah, bapak mertua aku. Mertua aku memang tip top.

Beliau ok ja kalau nak pinjam tapi macam yang aku kata tadi tak sedap la kan, asyik pakai barang orang, walaupun Abah itu Abah.

Satu hari Encik Suami pun bagitau la, yang dia dah tengok kereta sorang pak cik ni dan dah deal dah pun nak beli dengan harga RM1500.

Aku memang tersangat kompius la, kereta apa la yang cuma RM1500 ni. Memang la dia cakap kereta tu kereta lama.

KE70 GL modelnya. (by the way, cakap la kereta apa pun aku bukan la tau sangat jenis–jenis kereta ni). Cuma aku pelik, bila En. Suami aku cakap yang kereta tu..

ELOK dan harganya RM1500. Kalau aku bagitau, tak yah la gelak kuat–kuat, senyum–senyum cukup la tau. Kami beli kereta tu guna duit KUTU…???

Masa memula tengok kereta tu (encik suami la drive ambik kereta tu) sampai ternganga aku. Patut la RM1500.

En. Suami cakap boleh bawak 30km/j ja, disebabkan dah lama tak jalan. Hahaha, lawaknya. Tak tau la perasaan aku masa tu, nak gelak nak menangis sama banyak.

Tapi, Iman punya lah seronok. Masuk, dok dalam kereta tu tak keluar–keluar. Berpeluh–peluh dia, aircond rosak wei. Best sangat jadi budak–budak lah, menilai sesuatu tanpa ada prejud1s sikit pun.

Sayang sangat kot dia kat kereta ni walaupun pada hari pertama, sebab bila tok wan dia mengusik kata ni kereta Wan.

Dia sampai menjerit–jerit “Bukan… Ni keta buruk abah la!!!” hahaha. Kalau ya pun buruk, jangan la berterus terang sangat. Iman punyalah ajak aku naik.

Aku tak nak sebab geli tengok kusyen, masa tu kan tengah mengandung, kang munt4h pulak aku kat situ.

Tengah dok geli geleman tu, tiba-tiba ja bapak mentua aku cakap “tu dia aih, kusyen dah macam bantai busuk. ”hahahaha. kereta tahun 1982 kot.

Logik sangat jadi camtu. Dek kerana abah bersuara tu (Abah jarang nak komplen–komplen), En. Suami pun bukak kusyen semua. Tinggal satu yang kat pemandu je. Terus bakar.

Karpet pun sekali termasuk dalam pembakaran terbuka tu. Spring kusyen pulak tak sempat nak jual, mat pit dah kutip.

Nak buat macam mana kan… Dah rezeki dia. Maka, dengan ini bermulalah kerja – kerja membaikpulih kereta KE70 GL tu.

Ceywah, bunyi je macam beria–ria. Padahalnya, bila ada duit baru kami buat. Bila tak dak duit, dok je la Si Dia tu kat situ.

Sementara tu naik ja la moto dulu. Dari tahun 2008 – 2009 repair body dan cat. (Cat kaler kuning yang macam gambar tu la.

Aku memang tak berkenan pun kaler kuning, tapi bila dah lama–lama suka la jugak sebab
1. Bila kotor tak nampak sangat
2. Contoh: kalau aku kat kIinik tunggu En. Suami datang ambik, dari jauh dah kenal kereta dah.
3. Iman suka sampaikan kalau cikgu suruh warna gambar, kereta wajib kaler kuning.)

Ok, pendekkan, Lebih kurang RM1600++ untuk body dan cat. Lepas keluar je bengkel cat, En. Suami beli kusyen depan, kusyen Honda, dalam RM300. Barulah sedap mata memandang. Maklumlah. lepas cat kan. Tukar carburator.

Servis sikit–sikit, maka, ok la jugak. Banyak dah transformation kereta tu. En. Suami pun pomen jugak, so bab servis sendiri–sendiri ja.

Jimat dah tang tu kan. Pertama kali En. Suami bawak aku dan anak–anak naik kereta tu, sebeIah kiri aku asuh anak kami yang ke-2, duduk berhimpit-himpit dengan Iman.

Kusyen belakang kan tak dak. Dengan tak dak karpetnya, nampak jalan raya ikut lubang lantai kereta tu. For the first time, ish. ishh. seqeyau habaq ang.

Bunyi pun macam ribut. Fobia aku. Alkisahnya, lebih kurang 2 – 3 bulan jugak la aku berhimpit–himpit dengan anak-anak kalau nak ke mana–mana.

Satu hari ada jemputan kenduri kat Taiping. Kami dok Parit Buntar. Jadi, dari Parit Buntar ke Taiping lah ceritanya.

Ni lah pertama kali nak jalan jauh sikit. Aku lapik toto kat belakang, suruh Iman dok situ. Dia redho je siap berbantal–bantal. Seronok je la yang dia tau.

Tau sajaIah Taiping, hujan beb. Siap lebat lak tu. Makanya, masuk air ikut lubang bawah lantai. Tu tak pa lagi, dah tingkap pun tutup, berpeluh–peluh kami dalam kereta.

En. Suami berhenti kat kedai kusyen kereta, katanya nak tengok–tengok kot–kot la ada kusyen belakang yang boleh masuk.

Aku punya lah lega berhenti, dah berpeluh–peluh tahap kuyup kot. Nasib la dah selesai pi kenduri tu, kalau tak maunya tak jadi pi.

Memang dah nasib kot ada satu kusyen SE limited. Jadi, En. Suami terus suruh orang kedai tu pasang.

RM300, kaler merah meroon, dah caca merba kaler maler. Kusyen depan kelabu, belakang meroon. Mata ni tak brekenan sebab tak matching. Iman macam selalu.

Excited tak terkira bila ada kusyen baru. Asal jumpa sapa–sapa pun sebok je cerita ada kusyen baru, pastu syoq la orang mengusik.

Usik dia kata nak ambik kusyen atau kereta kuning tu, dia mulalah menjerit–jerit marah–marah. Lepas pasang kusyen, pasang karpet pulak.

Dalam RM150 – RM200 kot. Aku pun tak berapa ingat sangat. Lepas tu, ni peristiwa besarlah, tukar enjinnya.

Aku tak tau la 8k ke berapa k ke, yang aku tau tu enjin Toyota Unser antara RM1500 – RM2000 kot, macam tu la lebih kurang.

Kompem korang lebih tau la berbanding aku pasal enjin–enjin ni. Yang aku tau naik je.

Seterusnya, buat aircond pulak. Buat satu–satu wei, cerita boleh la lajukan. Hakik4tnya, tak la cepat sangat semua ni berlaku.

Maklumlah duit kan terIampau banyak sangat? Bila dah tukar enjin, memang sedap la naik. Tak de la lagi lari macam siput bunyi macam ribut.

Takat nak ghabat bukit. Senang–senang je kot guna gear 4. Berani la kami jalan jauh. Teluk Batik, Ipoh, Aloq setaq, KL.

Sejuk pun memang sejuk sangat lah, agak–agak sampai naik beku la jugak. En. Suami tambah kipas ekon oii.

Selang beberapa tahun. Bulan lepas ada sorang brother ni berkenan bebenor dengan Kereta Kuning ni. Sebenarnya En. Suami nak jual Wira.

Pendekkan cerita (sebab kalau nak cerita bab beli Wira ni panjang jugak). Wira tu kami beli lepas en. Suami bukak bengkel sendiri.

Wira tu dah tukar enjin 1.8. Nak jual sebab tak guna sangat pun. Roadtax pun mahal sikit dari kereta kuning tu.

Brother tu datang nak tengok Wira tu la tapi alih–alih berkenan pulak kat ‘Si Kuning’ ni. Pujuk punya pujuk, En suami pun setuju lah nak jual.

Baik betul la ‘si Kuning’ni, tak pernah buat hal. Patut pulak En. Suami nak jual dia. Sedih la aku beb.

Tak sempat anak aku yang ke-3 ni simpan memori kereta kuning, kecik lagi baru 7 bulan. Aku kan Isteri mithali, ikutkan je la.

Lagipun En. Suami kata nak cari kereta lain pulak. KE20 ke. bikin lagi. Heran aku, tak letih ke? Dari 2008 – april 2014. 6 tahun. Memang tak susah nak jatuh cinta kat kereta kuning ni.

Sebab pada aku dia dah awesome kot. Aku ingat lagi pada malam tu, bro tu datang ambik nak ambik kereta kuning, mesti rindu aku nanti kat ‘Si Kuning’ ni.

Daripada rasa terk3jut, geli, panas, basah. Kemudian, datang rasa sayang, kasih, cinta pulak kat dia. Lepas ni. rindu la oii.

Complete perasaan ada taruk dalam. Huhuhu. Itu je la cerita aku dengan kereta Kuning kami. Kepada adik-adik, jangan takut nak mendirikan rumahtangga sebab tak lengkap kereta atau rumah.

Allah akan beri rezeki tu. Janji bersyukur apa yang ada. Hehe. Tak tau nak nasihat orang. Hidup optimis sajaIah.